Keputusan PRK Galas Calon PAS menang

Andainya para pengundi yang bijak memilih pada pilihan raya kecil, (PRK) DUN Galas melebihi pengundi yang bodoh dan kurang bijak, serta pengundian dilakukan secara bersih tanpa pengundi hantu yang diimport oleh Barisan Nasional, maka awal-awal lagi ReJaM© nak umumkan bahawa kemenangan berpihak kepada Calon PAS iaitu Dr Zulkefli Mohamad secara tidak rasmi sebelum Suruhanjaya Pilihanraya, SPR melalut dan mencarut melambat-lambatkan pengumuman keputusan sehingga ke pukul 2 pagi seperti yang berlaku sebelum ini.

Sebelum ini Muhyidin Yassin mengakui sendiri bahawa kewibawaan dan kredibiliti Calon DUN Galas bagi PAS Doktor Zulkefli Mohamad sememangnya jauh melebihi Calon Barisan Nasional PRK Galas Abdul Aziz Yusof. Muhyidin Yassin sekadar mampu meletakkan harapan kepada nama Barisan Nasional yang diwakili Abdul Aziz. Malah Muhyidin mengakui kalau nak harapkan bergantung kepada namanya sahaja tentu sekali calon BN akan kalah teruk.

Calon PAS PRK Galas merupakan seorang lulusan Ijazah Sarjana Dr Perubatan dan Pembedahan, manakala Calon BN pula hanyalah lepasan SPM. Dari segi pendidikan dan kebolehan jelas sekali pengundi yang bijak akan memilih Calon PAS untuk DUN Galas. Adalah sesuatu yang kurang bijak bagi pengundi Galas untuk memilih Calon yang hanya lepasan SPM untuk menjadi wakil rakyat.

Pengundi yang bijak akan memilih calon yang berkebolehan dan berwibawa kerana ADUN yang dipilih oleh pengundi ini yang akan bersama-sama penduduk setempat menjalankan tanggung jawab untuk bekerja sebagai wakil rakyat di kawasan yang mereka menangi. Adalah tidak bijak memilih calon berdasarkan Parti kerana Parti hanyalah sekadar nama. Apabila sesebuah parti itu menang, parti tidak akan dapat membela nasib rakyat, sebaliknya ADUN yang mewakili parti itulah yang akan menjalankan tugas.

Akhir kata dari ReJaM©, jadilah pengundi yang bijak! Undilah Calon dari PAS yang lebih berwibawa berbanding Calon BN yang hanya mengharapkan nama BN, tanpa BN dia hanyalah seorang rakyat biasa berkelulusan SPM.


ReJaM© "Selamat mengundi! Satu undi satu suara!"

4 Comments

  1. Cari menantu nak yg elok, pelajaran tinggi.
    Cari kawan nk yg elok, amanah dan pelajaran tinggi
    Cari partner bisnes nak yg pandai pelajaran tinggi
    Maka nak pilih pemimpin pun kenalah cari yg elok pelajaran tinggi dan murni agamanya.

    Dah ada 2 pilihan. Pengundi majoriti orgnya tidak pekak bisu atau tuli, harap mata hati, telinga hati dan mulut hati juga berfungsi....pilihlah yg terbaik...pangkah PAS ok.

    ReplyDelete
  2. teman nk cakap sikit pasal pengundi hantu nih....
    kalo le ade pengundi hantu..xyah le PM turun berkempen sana-sini..time pilihanraya duk umah...tgu keputusan..
    ape le bengap sangat...tak abis2 isu pengundi hantunye...

    ReplyDelete
  3. taklah name pengundi hantu kalo sume org boleh mengundi...
    dah tau x leh menang pakai la pengundi hantu..
    x pon bagi "saguhati" sikit..
    macam-macam boleh buat kalo ade power..
    org lain pun bukan bengap macam kau kalo x perasan..

    -hantu-

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan