Mukhriz terpaksa puji Negeri Pakatan Rakyat

Kalau dahulu sebelum Pakatan Rakyat dapat merampas beberapa buah negeri di Malaysia, UMNO BN mendabik dada kononnya hanya merekalah yang pandai memerintah, mereka sahajalah yang membawa kebaikkan kepada rakyat. UMNO BN sedaya upaya ingin menggambarkan kepada rakyat kononnya Pakatan Rakyat hanya pandai membangkang tetapi tak pandai memerintah.

Namun hari ini negeri-negeri Pakatan Rakyat terus maju mendahului negeri-negeri lain di Malaysia. Satu demi satu kejayaan Pakatan Rakyat dibuktikan. Ini menunjukkan dakwaaan UMNO BN sekadar motif politik. Dahulu mereka mendabik dada kononnya merekalah yang hebat! Namun mereka bertanding seorang diri! Lawan seorang diri tentulah UMNO BN yang menang!

Namun hari ini, bila diadakan perlawanan yang jelas di gelanggang pentadbiran, ternyata pemimpin Pakatan Rakyat lebih hebat UMNO BN hanya pandai cakap! Tahniah Pakatan Rakyat!

Di dewan parlimen hari ini, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir terpaksa mengakui kecekapan Selangor, Pulau Pinang dan Kedah yang diperintah pakatan Rakyat sebagai tiga negeri yang paling tinggi merekodkan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) berbanding negeri yang ditadbir Umno-Barisan Nasional.

"Dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, antara lima negeri yang menerima FDI tertinggi adalah Selangor, Johor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah."

"Negeri yang paling tinggi menerima kemasukkan FDI adalah selangor dengan pelaburan sebanyak RM5.66 bilion, yang kedua tinggi adalah Johor iaitu di bawah kerajaan Umno-BN, yang ketiga dan keempat adalah Pulau Pinang dan Kedah manakala Perak pula di tempat yang kelima.

"Ini membuktikan bahawa kerajaan Umno-BN tidak pilih kasih dan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) terus menjalankan tugas mereka untuk mengalakkan pelaburan," kata beliau menjawab soalan lisan Ahli Parlimen yang meminta penjelasan berhubung isu pengaliran FDI negara yang merosot 81 peratus tahun lepas.

Walaupun tidak dapat menutup kekecewaannya bahawa negeri-negeri Pakatan Rakyat lebih menarik bagi pelabur, Mukhriz tetap membuat dakwaan kononnya pemimpin Pakatan Rakyat memburukkan nama Malaysia di luar negara sehingga wujud rasa kurang senang di kalangan pelabur.

Bagaimana dakwaan tersebut dilihat tidak selari dengan kejayaan tiga negeri Pakatan Rakyat yang berjaya menarik FDI berbanding 9 negeri yang masih lagi di bawah Umno-BN yang dilihat lesu dalam usaha membawa pelaburan baru ke negeri masing-masing



ReJaM© "Sekarang terbukti UMNO BN hanya pandai berlagak habuk pun tarak!"

2 Comments

  1. Bckp bdasarkan fakta, beramal bdasarkan ilmu.. Tp sygnya, ramai yg mengikut bdasarkan ckp dgr, beramal bdasarkan ikutan.

    ReplyDelete
  2. Anak perompak gangster kerala! keturunan durhaka dan biadap!

    ' bapak kencing berdiri anak kencingggg berlari-larii'

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan