Nissan panggil balik 2.1 juta kenderaan buatannya

Pengeluar kereta Jepun, Nissan akan memanggil balik 2.1 Juta kenderaan buatannya di seluruh dunia berikutan masaalah pengapian.

Ia melibatkan hampir 84.000 model Micra dan Infiniti yang dibina di kilang Nissan Sunderland di antara Januari 2004 dan Mac 2006.

Menurut Nissan setakat ini belum ada sebarang kemalangan dilaporkan disebabkan oleh kesilapan tersebut yang mana boleh mengakibatkan kematian enjin secara tiba-tiba di saat kenderaan sedang memecut.

Proses panggil balik seluruh dunia ini melibatkan sembilan model termasuk Cube, March dan Tida.

Nissan mengatakan kepada BBC akan menghubungi para pemilik kenderaan yang terkena kesan bagi kerja-kerja yang dilakukan.

Beliau berkata ini akan mengambil masa sekitar 20 minit dan tiada bayaran akan dikenakan kepada pelanggan.

Pertukaran Percuma

Di Eropah, 354.170 kenderaan telah ditarik, namun majoriti yang terkena kesan adalah di Jepun sendiri dan Amerika Utara.

Di Jepun, Nissan akan memanggil balik sejumlah 834, 759 kenderaan dengan 762,000 unit yang lain yang dipanggil kembali di Amerika Syarikat dan Kanada.
[BBC]

ReJaM©"Sebelum ni toyota, ni Nissan pulak, New Marketing strategy nak tunjuk baik..."

2 Comments

  1. Tu bukan sbb nak tunjuk baik, tapi sbb boleh melibatkan nyawa. Dalam kes kecacatan kenderaan yg mana boleh melibatkan kemalangan, jumlah gantirugi teramatlah besar. So, tindakan Nissan tu takde kaitan dgn nak tunjuk baik, tapi lebih kepada kewangan dan nama Nissan itu sndiri.

    Kos nak ganti barang defect kecik je kalo nak banding ngan kos ygng mungkin dibayar bila berlaku kemalangan. Nak bayar gantirugi lagi, nama syarikat pulak terjejas.

    Syarikat jepun bukan cam syarikat malaysia. Kalo proton yg buat camtu baru la boleh kata nak tunjuk baik.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan