PRK Batu Sapi, Calon PKR jatuh laut lagi


Bagaimanalah boleh masuk laut lagi calon PKR ni? Barangkali banyak sangat jambatan yang sudah reput tidak dibetulkan. Mendiang dulu tak pernah pulak masuk parit? Mendiang tak pernah sampai kawasan ini barangkali, maka tiadalah nak terpijak kayu reput di jambatan yang dipijak oleh Ansari.

Apa yang menariknya ada juga blogger UMNGOK yang mengatakan bahawa Ansari sengaja menjatuhkan dirinya ke dalam parit sebagai gimik. Cubalah tengok jambatan tu, agak-agak jambatan patah tu pun boleh ikut berlakon ke wahai blogger UMNGOK?

SANDAKAN 29 Okt - Malang tidak berbau menimpa kali kedua ke atas calon Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat, Ansari Abdullah cedera ringan di bahagian kaki kanan apabila beliau terjatuh ke dalam air laut bila sambungan jambatan katu di sebuah rumah di Kampung Gas Hujung runtuh.

Kejadian tersebut menyebabkan Ansari serta empat anggota rombongan beliau yang mengikuti kempen Pakatan Rakyat ke kampung tersebut jatuh ke dalam air setinggi 10 kaki dari paras jambatan yang runtuh.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tiba di Sandakan pagi tadi dan mengikuti rombongan Ansari bagaimanapun terselamat daripada kejadian tersebut.

Antara yang menjadi mangsa kejadian jambatan katu runtuh itu termasuk dua petugas Unit Penerangan Selangor (Pkom), Jebat Norman dan Zahiruddin Nasir, Ketua Cabang Pandan Zakaria Abdul Rahim dan seorang penduduk tempatan.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.15 petang ketika Ansari, Abdul Khalid serta rombongan melawat kampung tersebut selepas selesai menunaikan solat Jaumaat di Masjid Karamunting, Pohing.

Jebat mengalami calar di bahagian belakang badan manakala Zakaria luka di tangannya. [SK]


ReJaM© "Malang tak berbau apa nak buat..."

2 Comments

  1. Jangan-jangan kena `sabo' tak?

    ReplyDelete
  2. saya rasa jambatan itu memang bukan digunakan oleh penduduk disana kenapa dia saja jatuh nasip lah penduduk disitu tidak simpan paku kah botol pecah kah kan nayah jadinya..bebal juga dia ini ,tapi Calun PKR ini sengaja meniti disitu supaya pemberita dapat lihat dan boleh lah cerita yang bukan-bukan,almaklum lah calun ini kan peguam banyak hujah dan taktik-taktiknya lihat saja di makhamah yg salah jadi tidak salah dan jujur jadi salah,sebab di dunia mereka lah tergolong manusia yang tidak boleh dipercayai 100%.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan