Sarang burung walit tiruan penyebab kanser


Gara-gara ingin mendapatkan untung yang lebih terdapat segelintir pengusaha sarang burung walit yang menjual produk tiruan untuk mengaut keuntungan lumayan. Sekiranya anda tidak berhati-hati, mungkin anda akan tertipu dengan produk tiruan sarang burung walit yang seakan-akan berkualiti tinggi.

Ada pengusaha yang tidak bertanggung jawab semata-mata ingin mendapat keuntungan harga pasaran sarang burung walit yang berharga tinggi untuk produk berkualiti, menjual sarang burung walit yang serupa dengan sarang burung yang terbaik kualitinya.

Produk minuman kesihatan yang diperbuat daripada sarang burung walit kualiti terbaik yang berwarna kemerah-merahan boleh mencecah RM8,000 sekilogram namun jika anda tidak berhati-hati ketika memilih, pengambilan produk itu boleh menyebabkan kanser.

Kesan mengejutkan produk premium itu didedahkan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong yang berkata, risiko kanser itu bukan tindak balas semula jadi tetapi hasil perbuatan pengilang menggunakan bahan kimia berbahaya.

"Bahan kimia ini menjadikan sarang burung kemerah-merahan dan seakan-akan sama dengan sarang burung daripada kualiti terbaik.


ReJaM©

3 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan