Taiwan haramkan mee segera Indomie


Sebelum ini telah didedahkan di laman Free Malaysia Today tentang berita Taiwan mengharamkan mee segera Indomie dari pasaran negara berkenaan. Kali ini keluar juga di Kosmo tentang berita yang sama. Agak-agak dah berapa banyak mee segera Indomie yang korang dah makan selama ni? Berikut laporan Akhbar kosmo.


JAKARTA - Ketua Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Taipei (TETO) di sini, Chen Win-Ping, menafikan larangan pengedaran mi segera jenama Indomie dari Indonesia di Taiwan bermotifkan persaingan perniagaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi menyangkal laporan sebelum ini oleh media Indonesia bahawa Indomie merupakan mangsa persaingan perniagaan tidak sihat ekoran penarikan produk itu daripada pasaran Taiwan.

Laporan itu turut menyatakan, pihak berkuasa Taiwan menarik semula produk itu dengan alasan ia mengandungi kandungan bahan pengawet yang tinggi.

"Laporan itu tidak benar. (Sebaliknya) Petugas kesihatan kami mendapati kandungan pengawet dalam Indomie melebihi standard nasional sejak Mei lalu," ujar Win-Ping di sini semalam.

Menurutnya, selepas penemuan tersebut, pihaknya melaporkan kes itu kepada Kementerian Perindustrian Indonesia untuk tindakan lanjut.

Selain itu, pihak berkuasa di Taiwan turut menghubungi pengilang Indomie, PT Indofood supaya mengurangkan kandungan pengawet Methyl P-Hydroxybenzoate pada standard yang ditetapkan pemerintah Taiwan.

"Namun, selepas melakukan ujian kedua pada minggu lalu, kami masih menemui kandungan bahan pengawet dalam jumlah berlebihan. Justeru, tindakan menarik produk berkenaan dari pasaran terpaksa dilakukan," ujarnya.

Beliau memberitahu, pihak berkuasa Taiwan akan membenarkan penjualan Indomie di negara itu sekiranya PT Indofood bertindak mengurangkan bahan pengawet seperti yang ditetapkan. - Agensi



ReJaM©

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan