Wang RM250 PAS adalah rasuah kata SPR

Seperti yang telah diramalkan sebelum ini, Parti Komponen Barisan Nasional SPR hari ini memberi amaran kepada PAS kerana ingin memberikan wang sebanyak RM250 kepada pengundi di luar DUN Galas yang sudi pulang mengundi. SPR menyifatkan perbuatan itu sebagai sogokan dan menyalahi undang-undang.

Nampak sangat SPR ni berat sebelah. Bila Najib bagi rasuah di Sibu, SPR senyap. Bila Muhyidin umumkan projek mee segera yang dikatakan "projek kebetulan" setiap kali ada PRK, SPR diam.

GUA MUSANG, 31 Okt — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan tindakan PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi luar pulang mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Khamis ini sebagai satu bentuk sogokan dan menyalahi undang-undang.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan PAS itu bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh ditafsir dengan tujuan memancing undi.

“Tindakan PAS itu merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan ia boleh ditafsir dengan bertujuan untuk memancing undi,” kata beliau sambil menasihatkan agar PAS berhati-hati.

“Mungkin PAS kata ia bertujuan untuk membiayai kos pengangkutan, tapi itu mereka yang cakap.

“Mereka boleh memberikan pelbagai alasan seperti wang itu adalah saguhati untuk menampung kos makan minum.

“Akta Kesalahan Pilihan Raya dengan jelas menyatakan tindakan berkenaan adalah salah di sisi undang-undang, jadi saya minta PAS supaya berhat-hati sebelum melakukannya,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Datuk Halim Abdul Rahman bahawa parti itu akan membayar wang sehingga RM250 kepada seramai 1,557 pengundi berdaftar di DUN Galas yang berada di luar kawasan bagi menampung kos perjalanan pulang mengundi.
[TMI]



ReJaM© "Moga-moga cepatlah lingkup parti UMNGOK Be End ni!"

7 Comments

  1. aku rase, mungkin definisi "rasuah" dalam kamus SPR tu; kalau bantuan yang dihulurkan dibawah RM5,000.00/pengundi, maka ianya diklasifikasikan sebagai rasuah. haha~

    jilat jgn xjilat, ade rezeki boleh jadi Pengarah SPR kelak. haha~

    ReplyDelete
  2. dah terang2 memang depa ni balaci..

    ReplyDelete
  3. SPR> g Sapu Punggung Rosmah la...

    ReplyDelete
  4. UMNO biaya pi tgok bola yg X DE KENA MENGENA ngan pilihanraya x rasuah eik? Bukankah amalan biasa wang saku diberi bagi pengundi2 luar & malah sepatutnya dibiayai oleh SPR sendiri?
    p/s: umno dr dulu lg bg duit, masa PRK Manik Urai ramai dgr citer dapat RM500.. sapu tetap sapu, pangkah lain citer.. Bagi kain pakai, bagi gula kacau...

    ReplyDelete
  5. Bagus tektik PAS tu. Kot2 seganla sikit umngok nak bagi rasuah sebb SPR dah hilight bab rasuah tu. Lepas ni kita pantau pula umngok bagi duit macamana. Kalau ada, bisingkan kat SPR, nk tgk SPR kata rasuha juga atau dia kata memang duit tu 'kebetulan'.

    Sebenarnya duit 250 tu pun kebetulan je sebb PAS kerajaan negeri memang dah lama nk bagi rakyat. Hihihihih

    ReplyDelete
  6. rasanya berbeza bagi imbuhan balik mengundi dengan imbuhan mengundi BN... PAS tak kata suruh undi depa.. bagi duit suruh balik mengundi je.. nampaknya SPR terus buat tak reti UMNO rasuah selama ni.. rasanya U help me i help u lebih kuat bunyi rasuahnya daripada imbuhan utk balik mengundi.. ada kat sini dapat beza..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan