Adilkah mahkamah kita membicarakan Anwar Ibrahim?

Di dalam menjawab persoalan sama ada mahkamah kita berlaku adil ataupun tidak di dalam membicarakan Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim, ReJaM© minta pembaca buka minda seluas-luasnya, cuba kita bebaskan minda kita dari dicengkam oleh mana-mana parti politik, sama ada anda Pro Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional lupakan seketika ideologi anda.

Adilkah mahkamah kita membicarakan Anwar Ibrahim?

Secara asasnya kalau ditanya kepada penyokong Barisan Nasional tentu mereka akan menjawab mahkamah sangat adil! Begitu juga sebaliknya jika ditanya kepada penyokong Pakatan Rakyat, mereka akan jawab Mahkamah tidak adil! Ada di antara penyokong-penyokong ini yang menjawab membabi buta, dan ada juga yang menjawab dengan alasan-alasan dari sudut pandangan masing-masing.

Jadi, jawapan siapa yang boleh diterima untuk menjawab soalan ini? Untuk mendapat jawapan yang tepat, tentulah kita perlukan golongan yang berilmu, dan berpengalaman di dalam undang-undang serta bebas dari sebarang kecenderungan sama ada kepada BN mahupun PR.

Jadi di sini, ReJaM© memilih jawapan dari Majlis Peguam Malaysia kerana mereka merupakan golongan yang pakar undang-undang serta bebas dari pengaruh politik.

Majlis Peguam Malaysia secara terang-terangan mengatakan bahawa mahkamah tidak berlaku adil di dalam perbicaraan terhadap Anwar Ibrahim. Apa pula pandangan anda?



Sumber: Malaysiakini

ReJaM© "Majlis Peguam yang kata bukan MiLo SuaM yang kata..."

4 Comments

  1. Bila ada DPP (Timbalan Pendakwaraya) bercadang nak letak jawatan kalau jadi pendakwa kes Anwar.... faham sendiri aje la.... nasib tak jadi....

    ReplyDelete
  2. jangankan majlis peguam...semut, katak, angin, batu, kayu, burung, nyamuk, roti canai, teh tarik, nasi lemak .... puuun tahu yg perbicaraan Anwar tidak adil dan dia dinafikan semua hak membela diri secara muslihat dan zalim.

    dizaman mahathir anwar kena 15 tahun penjara, bila naik pak lah dia tidak menganggu perbicaraan mahkamah, maka anwar dibebaskan dari tuduhan liwat dan hanya kena 5 tahun penjara. setiap saksi yg mengaku diliwat mendapat kebebasan dan pembelaan. setiap saksi yg tidak mahu 'kerjasama' disiksa supaya mengaku.

    seolah2 pak lah naik hanya dengan hikmah utk melepaskan anwar sehinggalah kejayaan PR pada 2008. dan kalau kerana itulah pak lah dijatuhkan oleh org umno sendiri, maka itulah nilai keadilan dalam negara ini yg menyebabkan pelabur lari.

    org barat yg kafir pun tahu kezaliman terhadap anwar dan perlekehan terhadap kedaulatan undang2, maka tentu kita faham mengapa dikatakan org munafik itu tempatnya lebih bawah daripada org kafir di'sana' nanti.

    maka ade benarnya kata2 kak wan azizah bahawa anwar anugerah tuhan kepada malaysia. siapakah yg berani menyanggah mahathir kalau tidak anwar. org yg pukul anwar kini hilang tanpa berita dan tanpa publisiti lagi. yg kena pukul terus bangun berjuang. ahli2 konspirator ramai yang sudah ditelan bumi menjadi arwah dgn pelbagai cara yg unik.

    umno sendiri mengakui akan hebatnya anwar ini sehingga seluruh tenaga, masa, wang ringgit negara, agensi kerajaan, media massa dan katak2...digunakan semahu2nya siang dan malam utk menyerang anwar dan PKR. sampai PAS dan DAP pun seperti diketepikan dlm serangan tersebut.

    anwar jg menjadi faktor penentuan tarikh PRU13. selagi dia masih bebas, sukar utk bn menetapkan tarikh tersebut. begitu sekali besar dan agungnya anwar dimata bn, tanpa mereka sedari. tarikh PRU bukan ditentukan najib tetapi ditentukan anwar!

    begitulah lagendanya anwar, bukan kerana dek fanatik penyokong PR tetapi kerana ketakutan dan kebencian bn kepadanya menyebabkan dia menjadi begitu perkasa dimata musuh dan kawan.
    dan ini tidak pelik kerana dia telah menjadi pejuang dan terpenjara sementara pelajar lagi.

    zaid! apa bukti perjuangan kamu membela rakyat yg tiba2 ada hati nak jadi presiden PKR. baru setahun jadi ahli, baru dinaikkan menjadi calon PRK, sudah kata 'masak' dgn PKR. Kamu belum masak dgn masalah rakyat, belum masak dgn tekanan dan ancaman dalam perjuangan membela keadilan, belum masak dgn belantan dan gari ditangan. kamu masih kosong dalam medan perjuangan dan masih mentah utk dinobat sebagai pejuang rakyat. pergila belajar lagi.

    bukan soal tidak demokrasinya pemilihan PKR tetapi soal masuk PKR dengan niat utk cepat2 mengejar kedudukan. seolah2 kamu tidak mahu membela rakyat kalau tiada jawatan. kamu lupa fokus perjuangan PKR dan PR dan setiap org yg ada kesedaran boleh melakukan sesuatu dlm perjuangan, tanpa mempunyai kedudukan pun.

    Anwar akan tetap menjadi lagenda samada hidup ataupun mati, menang atau kalah. Ini yg amat dimarahi oleh pemimpin yg suka dijadikan lagenda selama ini. Sejarah kehebatannya seolah tercemar oleh keujudan anwar. Bukan anwar yg mencemar keagungan sesiapa tetapi berani menentang kebejatan itulah yg tidak dapat dihapuskan dari lipatan sejarah.

    Semuga malaysia akan diterajui oleh pemimpin2 yg hatinya sangat ehsan kepada rakyat, yg sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dlm tindakan dan bukan hanya slogan, yg hatinya tidak tergamak hidup bermewah2 sedangkan tiap minggu dihidang penderitaan rakyat dalam rancangan Bersama Mu.

    Amin yaa rabbal alamiin

    ReplyDelete
  3. Mantap bro JAKA! Gua sokong lu!

    ReplyDelete
  4. wow terbaik komen jaka!anwar akan menjadi lagenda...kita semua tahu beliau dizalimi oleh pemimpin yg mabuk dengan kuasa dan pangkat....

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan