BN rai kemenangan Galas dan Batu Sapi

Tahniah diucapkan kepada calon BN yang berjaya merampas kembali kubu kuat mereka DUN Galas serta mengekalkan parlimen Batu Sapi dengan majoriti yang besar. Kepada Pakatan Rakyat, PAS dan PKR jangan bersedih, kita memang dah biasa kalah. Lagipun PRK ini tidak mengubah apa-apa kepada kerajaan PAS Kelantan. Kita terima dengan hati yang terbuka dan berlapang dada.

Apa yang lebih penting ialah kerja kuat untuk Pilihanraya Umum, PRU 13 yang akan datang. Dijangka BN akan menggunakan taktik pemberian Mykad kepada penduduk tetap dan pendatang asing untuk membantu undi Barisan Nasional. Namun setakat ini ReJaM© masih belum mempunyai bukti yang kukuh.

Apa yang ada sekarang ini hanyalah pengakuan beberapa orang pendatang asing dari Indonesia yang bakal mendapat Mykad dan taraf kewarganegaraan dengan syarat perlu membantu undi BN pada PRU 13. Namun bukti ini belum benar-benar kukuh untuk dibawa ke tengah.

Apapun nantikan pendedahan akan datang tentang isu Mykad ini.


ReJaM© "Kita bukan kalah, cuma tak menang je... "

7 Comments

  1. xpe ini membakar semangat Pakatan Rakyat untuk terus berjuang bagi menghadapi PRU 13... keputusan ini sbg peringatan agar PR tidak terleka dlm persiapan menghadapi PRU 13.. tapi yg peliknya calon BN Galas dah terang2 tipu sejarah pendidikan pown org masih pilih lagi.. x tau la penduduk sana dah selesa kene tipu..

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada BN kerana memenangi PRK Galas dn Batu Sapi... kepada penyokong Pakatan Rakyat jangan kecewa, kita usaha lg sampai berjaya ke Putra Jaya... Rakyat telah bersuara maka hormatinya.. Renung kembali terutama kepada Pakatan Rakyat khasnya PKR kenapa rakyat menolak kita... Pastinya ada penyebab kenapa rakyat tidak memilih kita... Jadikan Pengajaran...

    ReplyDelete
  3. hahahk ada pulak mangkok2 lam blog aku komen... ingat aku naik hangin? gelak jer aku baca.. wakaka

    ReplyDelete
  4. haha biasalah bila kalah memanglah kena kutuk... tahan jelah telinga! keh keh keh...

    ReplyDelete
  5. Salam tuan,

    mohon link blog saya di sini

    http://pemantau-thirdforces.blogspot.com/

    tkasih.

    ReplyDelete
  6. xpe la kalah, skrg repair ibu pejabat dlu

    ReplyDelete
  7. pegang tangan pn jadi hal ke?...ish3...mcm korg x pegang tangan...hahahaha....

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan