Kanak-kanak 10 tahun lahirkan bayi perempuan

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dari Romania bersalin di Selatan Sepanyol menurut pegawai di kawasan berkenaan.

Kanak-kanak itu melahirkan seorang anak perempuan minggu lalu di sebuah Bandar Jerez de la Frontera, kata Menteri Hal Ehwal sosial Andalucia, Micaela Navarro

Kerajaan kini sedang memutuskan sama ada ibu dan keluarganya layak untuk memelihara bayi berkenaan kata Ms Navarro.

Bapa kepada bayi berkenaan dipercayai seorang remaja berusia 13 tahun, yang kini dikatakan masih berada di Romania menurut media Sepanyol.


"Apa yang harus dipastikan ialah kedua-dua bayi dan ibu, yang mana di dalam hal ini keduanya masih kecil mendapat penjagaan yang terbaik" Kata Navarro.

"Sekiranya mereka boleh dijaga dengan baik, maka mereka boleh tinggal dengan keluarga itu" tambahnya lagi.

Nenek kepada bayi berkenaan yang merupakan seorang yang berbangsa Gypsy, terpampang di muka hadapan akhbar Sepanyol sambil tersenyum di luar rumah pangsanya di bandar Lebrija, menurut laporan AFP.

Anak perempuannya yang berusi 10 tahun dilaporkan baru sahaja berhijrah ke Sepanyol dari Romania kira-kira tiga minggu yang lalu.

Wanita berkenaan dikenali sebagai Olimpia, dipetik sebagai berkata bahawa ibunya" sangat sihat seperti anaknya, yang sangat sihat dan sangat cantik".

Menurut Andalucia daily, Diario de Jerez, penulis yang mula-mula melaporkan kisah ini, nenek kepada bayi berkenaan langsung tidak memahami betapa isu ini adalah isu yang hangat. kata nenek berkenaan "umur begini adalah umur kami berkahwin di Romania".

Statistik terkini menunjukkan 177 kanak-kanak perempuan di bawah umur 25 tahun bersalin di Sepanyol tahun 2008. [BBC]



ReJaM© "Kalau di Malaysia ni memang bakal pelajar cemerlang Sekolah Ali Rustam ni..."

3 Comments

  1. "nenek kepada bayi berkenaan langsung tidak memahami betapa isu ini adalah isu yang hangat. kata nenek berkenaan "umur begini adalah umur kami berkahwin di Romania".

    So...aku pn tak faham kenapa ada manusia2 yg bleh kutuk Baginda Rasullullah yg berumahtangga dengan Aisyah pd usia 9 tahun...ish3x...

    ReplyDelete
  2. arab , mat taleh badan besar n cepat matang berbanding org asia ,bukn umur 10 thun mcm org mesia ;) ni ckp berdasarkn pngalaman dok egypt n uk

    ReplyDelete
  3. cara idup mereka..so kita umat islam kena hindarkannya..biarlah lakukan hubungan yg halal

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan