Kemalangan di Kuantan, Isteri rentung suami melecur


KUANTAN 29 Nov. - Seorang wanita rentung selepas kereta yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta lain lalu terbakar di Km 35 Jalan Kuantan-Kemaman dekat Sungai Baging di sini hari ini.

Mangsa, Senik Osman, 69, maut di tempat kejadian manakala suaminya yang berumur 72 tahun yang memandu kereta Proton Iswara mereka cedera parah serta melecur separuh badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Zulkifli Taha berkata, dalam kejadian pada 1.45 petang itu, kenderaan mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Kemaman ke Kuantan.

"Sampai di tempat kejadian, sebuah kereta yang jenis Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun dipercayai gagal memotong kenderaan dihadapannya sebelum merempuh kereta yang dinaiki mangsa dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi

di sini, hari ini.

Katanya, kereta yang dinaiki mangsa kemudian terbakar dan menyebabkan mangsa yang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan rentung dijilat api sementara suaminya yang melecur sempat menyelamatkan diri.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan sementara suami mangsa kini menerima rawatan di hospital yang sama, katanya.

Katanya pemandu kereta Toyota Vios terbabit bagaimanapun hanya cedera ringan.


ReJaM©

5 Comments

  1. sekarang ni,asal eksiden je tebakar,asal tebakar je eksiden...byk dah berlaku selepas keluarnya produk minyak RON 95..baru2 ni depan mata aku tgk myvi terbabas lalu terbakar di jalan bangsar..pemandu sempai keluar dari kenderaan..minyak yg dipakai??sudah tentu RON 95...renung2kan

    ReplyDelete
  2. tolong la kaji balik penggunaan petrol Ron 95..........

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. kerajaan utamakan rakyat mmg la cmni,..

    ReplyDelete
  5. tolong doakan arwah dan doakan semoga abd ghani (suami arwah) selamat. mereka adalah parents housemate saya

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan