Lembutnya kereta Malaysia!



RASANYA ramai yang dah tahu bahawa kereta Malaysia seperti Proton dan Produa memang terkenal dengan keadaan body yang sangat lembut. Anda yang memiliki kereta buatan Malaysia tentu sekali mengetahui hal ini. Gambar di atas yang dikirim oleh salah seorang pembaca MiLo SuaM membuktikan betapa lembutnya badan kereta buatan Malaysia. Di dalam kes kemalangan di atas, sebuah kereta Proton Wira berlanggar dengan sebuah kereta import.

Kalau dilihat di dalam gambar di atas, kereta import yang dilanggar itu seolah-olah tidak terkesan langsung dengan hentaman kereta buatan Malaysia yang menyondolnya. Kereta yang menyondolnya pula yang kemik teruk! Jelas sekali betapa lembutnya kereta buatan Malaysia.

Untuk pengetahuan pembaca, pihak proton telah menegaskan bahawa mereka sengaja menghasilkan kereta menggunakan bahan yang lembut dan mudah kemik bila mengalami hentaman demi menjaga keselamatan pemandu dan penumpang di dalamnya. Apabila kereta menjadi mudah remuk selepas mengalami hentaman kuat, maka secara teori fiziknya, fenomena ini akan menyerap hentakan sekaligus mengurangkan impak kesan pelanggaran kepada pemandu dan penumpang yang menaikki kereta buatan Malaysia. Maka keselamatan pengguna kereta buatan Malaysia lebih terjamin.

Baguslah kalau itu menjadi sebab mengapa kereta Malaysia mudah menjadi remuk. ReJaM© tiada sebarang bantahan terhadap pembuatan body mudah remuk oleh kereta Malaysia ini, maklumlah keselamatan pemandu lebih utama. Kereta rosak boleh repair, tak ada duit boleh cari, tapi kalau orang yang rosak dan tak ada duit macam mana nak repair?


Namun apa yang menjadi persoalan di sini ialah, kalau Malaysia mengambil langkah yang boleh dikatakan bijak untuk menjaga keselamatan pemandu keretanya dengan menghasilkan kereta mudah remuk ini. Mengapakah negara luar yang jauh lebih canggih kepakaran dan ilmu pengetahuan fiziknya berbanding Malaysia memilih untuk menghasilkan kereta yang lebih keras dan sukar untuk remuk berbanding kereta Malaysia?

Negara lain tu bodoh ke?


ReJaM© "Mungkin teknologi Malaysia telah mendahului Jepun, Amerika dan negara maju yang lain! Tahniah Malaysia!"

45 Comments

  1. sebab kereta malaysia lembut la ramai yang mati tersepik dalam kereta...lagi parah mangsa-mangsa kemalangan dan semuanya dalam keadaan yang mengerikan...

    ReplyDelete
  2. lain kereta, lain teknologinya... kita xley samakan ngan keta buatan lain.. huhu... just my 2 cent onli.. :)

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya anda mempertaruhkan nyawa bila
    menaikki kereta buatan Malaysia!
    Brek pun tak cengkam, terutama masa hujan beringatlah!

    ReplyDelete
  4. Sudah beli kereta Made IN Malaysia.OK!

    ReplyDelete
  5. fadzli...

    adeh.. memang la keter proton camtu... tapi cuba compare pulak ngan harga keter ferari tu bape juta?? klu nak buat perbandingan biar la adil... n bape ramai yg mampu beli keter ferari??? tapi ape2 hal pun proton kena improve la dorang punya kualiti

    ReplyDelete
  6. tengok harga la jugak... lagi tinggi harga yang dibayar, lagi tinggi kualiti yang kita patut dapat..

    ReplyDelete
  7. betol2 kete malaysia x selamat langsung..ckp je lebat..

    ReplyDelete
  8. xsemsti nye yg buat keras tu bodoh yg buat lembut tu "pandai".
    ikut negara la nak design mcmane.
    harga pon masing2 laen kan.
    dua2 teori ade pro n cons.

    ReplyDelete
  9. ade auta kat gambar tu... takdek kete yang tak kemik bile kene sondol mcm tu... aku ade tengok video tu... ade kete lain yng kene langgar sebelum tu... kereta ferrari sempat tersentuh je.. memang la tak remuk.. driver kereta proton tu cekap gak sebeb sempat break sebelum langgar ferrari tu... siapa yang belajar fizik die tau istilah nie.. to reduce the impact time so the force will decrease... itu yg proton nak cakap.. tapi tak semua orang paham.kalu korang tak belajar fizik boleh fikir dengan otak yg pandai.. corak kemik tu tak logik dengan kedudukan sentuhan perlanggaran.... suka dengan komen fadzil.. jngan la jadi terlampau pandai sampai nak komen kete proton dengan ferrari... kompare dengan yang sepadan la... cube korang compare diri korang dengan professor fizik dalam menerangkan tenaga dalam sebutir atom... konpem korang berada pada tahap yang bodoh hina lagi menghinakan... remove entry nie sebab ade AUTA...

    ReplyDelete
  10. Harap Putera Eddie Darwisy boleh bagi link video pelanggaran kereta di atas, jgn cakap je bro ko yang lebih auta ni kang!

    Lagipun persoalan di dalam artikel ini bukan menafikan teori impulse atau menentang proton, but mempersoalkan, atau menimbulkan persoalan mengapa kereta malaysia pilih mudah untuk Remuk? tapi kereta negara lain tak pilih begitu contohnya kereta buatan india TATA, memang keras gila babi! dan byk lagi kereta yg keras2....

    ReplyDelete
  11. blkg kan ada besi padu.. sbb tu ferrari tu xnmpak byk effect..
    kalo wira tu langgar viva pun, viva tu xla remuk sgt nk banding ngn wira tu pnya kemek..
    mengikut fiziknya apabila brek bumper blkg akan terjungkit,bumper depan akan condong ke bawah..
    jadi kenapa wira tu kemek sampai macamtu korang pikir la sendiri
    ape daa..

    ReplyDelete
  12. Sokong Anonymous. Sy sbg mahasiswa mekanikal ingin berkongsi pengetahuan, bahagian depan mana2 kereta memang mudah remuk untuk serap impak, x seperti belakang kereta yang dikukuh dgn besi padu. Kalau depan tu kuat dan x serap impak langsung, semua momentum itu akan beralih pada pemandu dan penumpang yang sah2 akan mati atas tekanan yang kuat. Tetapi, memang diketahui model Proton Wira dan ke bawah tidak kuat binaannya berbanding dengan model2 Proton yg baru. Apa2 pun, sy cuma mahu menegaskan, buat kajian dahulu sebelum terus tembak melulu tanpa arah. Benci sikap rakyat Malaysia yg bodoh sombong, x tahu tp buat2 tahu. Slm..

    ReplyDelete
  13. tgk je lah statistik kemalangan kat malaysia..muka depan kemalangan..mesti keta malaysia yg remuk gile..apsal xwat statistik kemalangan maut mengikut jenis kereta..mesti proton top 1..
    korg perhatikan ayat ni ek..

    Untuk pengetahuan pembaca, pihak proton telah menegaskan bahawa mereka sengaja menghasilkan kereta menggunakan bahan yang lembut dan mudah kemik bila mengalami hentaman demi menjaga keselamatan pemandu dan penumpang di dalamnya. Apabila kereta menjadi mudah remuk selepas mengalami hentaman kuat, maka secara teori fiziknya, fenomena ini akan menyerap hentakan sekaligus mengurangkan impak kesan pelanggaran kepada pemandu dan penumpang yang menaikki kereta buatan Malaysia. Maka keselamatan pengguna kereta buatan Malaysia lebih terjamin.

    sepatutnya material hadapan yg lembut cz menyerap hentaman..tp keta malaysia 1body lembut..senang cite keta proton 99% xselamat..1% takdir Allah..pk2kan la..suruh cerdik pandai malaysia wat kajian tentang kemalangan di Malaysia mengikut jenis kenderaan..ader berani??

    ReplyDelete
  14. Samada kreta kemek atau x, bgantung kpd kualiti sesbuah kenderaan. Pada adatnya, stakat kreta wira tu bukanlah tandingan ferrari. X hairanlah kenape ferrari tu mahal harganya.

    Tetapi hakikat yg sebenar, apakah kreta nasional juga adalah sama standard dgn HARGA kereta senilainya dr negara luar?
    Sbgai contoh, jika harga kereta nasional RM60,000, apakah sama standard nya dgn harga kereta USD20,000 (Dgn nisbah RM3:USD1)di Amerika atau lain2 negara?

    Sbagai perbandingan, honda jazz di pasaran UK sekitar 12,000 pound atau RM59,400 (GBP1:RM4.95), tetapi harga di Malaysia RM109,800 atau GBP22,182 pound.

    Seperkara lagi yg juga menghairankan, kreta nasional SE (special edition) yg biasa utk diekspot (mempunyai standard yg lebih baik) harganya lebih rendah (di negara yg dieksport) berbanding dgn pasaran tempatan sendiri!

    Apakah rakyat malaysia mudah ditipu dgn menaikan cukai yg berlipat kali ganda bg kenderaan luar, bg melariskan kereta nasional. Apakah ukuran sebenar harga kereta, apakah berdasarkan kualiti standard atau sememangnya mewujudkan keuntungan melampau bg syarikat kenderaan tempatan dgn menipu rakyatnya sendiri?

    ReplyDelete
  15. ye ke 99% x slamat??ko prnh tgk x kete volvo lme xcident cmne??kete x remuk mne...but...org yg pndunye meninggal...so...pk2kn la...

    ReplyDelete
  16. untuk membuktikan kesahihan artikel ni...suruh jer ferari 2 langgar wira balik...kta tengok sape yng kemik..haha

    ReplyDelete
  17. ni cikgu fizik nak mencelah... teori fizik tu dah betul dah... bila kereta mudah kemek, masa perlanggaran akan dipanjangkan... masa perlanggaran berkadar songsang dgn daya impuls... jadi, bila masa panjang, daya impuls kecik... jadi kuranglah bahayanya... yg dilembutkan cuma bahagian badan kereta... tp dlm kereta ada kerangka yg diperbuat drp besi yg kukuh... khusus utk melindungi penumpang dan pemandu kereta... korang tak belajar fizik reti nak hentam org je ek... tp persoalan yg penting kat sini, kenapa kereta negara lain keras? diorang tu bodoh ke? yg buat soalan ni yg tak berapa cerdik sebenarnya... korang compare la kadar kemalangan kat malaysia dgn negara luar tu... dgn UK.. dgn US... dgn jepun... korang yg malu sendiri jadi rakyat malaysia nnt...

    ReplyDelete
  18. dah la lembek..jual mahal lak..haduhhh...nk beli kete import tax giler2 mahal..nape taknak bg org malaysia guna kete bagus eh? pelik laa...

    ReplyDelete
  19. sahabat hamba, seorang pemandu teksi pernah bercerita kepada hamba. satu hari beliau membawa penumpang warga australia bernama Ryan berusia lingkungan 60an sambil bercerita, menurut Ryan beliau telah membeli sebuah Proton Satria GTI di Australia dgn harga setelah di convert bersamaan RINGGIT MALAYSIA 16,000.00 untuk dihadiahkan kepada anak remaja beliau. kereta tersebut bukanlah kereta terpakai atau 2nd hand car tetapi kereta baru. betapa murahnya kereta Malaysia di luar negara seolah2 kereta mainan.

    ReplyDelete
  20. Leh, video ada kat sini.

    http://www.youtube.com/watch?v=lCL7PWejmUE

    ReplyDelete
  21. cikgu bibi ngajar fizik sekolah tadika mana? :)

    ReplyDelete
  22. jangan lah compare Wira dgn Ferrari.. ni seumpama compare gajah dgn semut.. cuba compare persona dgn vios ker logik lah jugak.

    ReplyDelete
  23. sejak bila plak tadika ada fizik... kesiannya... saya pun dulu x tadika jugak... tp tau la kat tadika tak de fizik...;P

    ReplyDelete
  24. Gambar ni patut di ambil dari sisi sebelah lagi.
    Sebelah Ferrari yg dilanggar tidak kelihatan.
    Body Ferrari diperbuat daripada carbon fiber.
    Karbon fiber adalah sangan keras, ringan dan tidak mulur.
    Maka apabila mengalami kemalangan, body Ferra...ri tidak kemik, tetapi pecah berderai.
    Ia adalah ciri keselamatan F1 yg mana jikalau berlaku kemalangan, body carbon fiber ini akan berderai kepada beribu2 serpihan.
    Ia adalah lebih effisen untuk mengurangkan impuls perlanggaran jika dibandingkan dengan crumple zone convensional.
    Saya yakin bumper belakang sebelah kanan ferari tersebut pecah kerana sebahagian daripada bumper dan sebelah lagi ekzos muffler sudah tidak kelihatan.

    ReplyDelete
  25. website ni konon2nya perjuangkan islam, tapi rasanya lebih byk penghinaan ke atas malaysia ye?
    UMNO itu la ini la.. sebenarnyer ape yg admin ni buat bakal memecah-belahkan malaysia.

    nak komen pasal kereta mudah remuk ni, sile blaja dulu! jangan main hemtam keromo jer nak kondem sana sini. tak civilized betul!

    kalo kereta tu keras macam batu, masa perlanggaran pendek. daya yang dihasilkan besar! walaupun manusia dalam kereta tu tak cedera secaa fizikalnya, dalaman die parah! dah blaja pasal inertia? bile kereta bergerak, badan kite dan organ2 dlm bdn kite turut sama2 'bergerak' dlm kereta tu. bile kereta suddenly stop, organ2 kite ni ade inertia. lambat sikit la die nak stop bergerak. maka dgn itu, sebagai contoh, otak akan berlangar dengan tengkorak. oleh kerana itu, terjadilah pendarahan otak, yang seterusnya akan meningkatkan tekanan dalam otak dan akhirnya org tersebut mati.

    kalo kite panjangkan masa perlanggaran, daya yang terkene pada kite blh dikurangkan. kereta hancur xpe, nyawa melayang boleh carik ganti ker?

    kereta ferrari ni, kalo die berlanggar dgn kereta mudah remuk cam ni die selamat, sebab masa perlanggaran turut dipanjangkan oleh kereta mudah remuk ni. tapi, kalo die berlanggar dgn pokok ke ape ke, tak tau la mcm mane. dan satu lagi, kereta yg mudah remuk ni hanya mudah remuk kt bahgian dpn dan blkg jer. tempau duduk penumpang pulak dikukuhkan supaya blh melindungi org kt dlmnya.

    ReplyDelete
  26. Anonymous , otak akan berlangar dengan tengkorak!???? bapak kelakar (gelak guling2). dlm otak tu ada cecair otak la bro...selalunya pendarahan otak berlaku apabila terhentak kuat kt benda keras....zmn skrg kn ada airbag tok pemandu n penumpang...so aku tak nmpak tang kereta lembut tu as selamat...yg dok mati tersepit n ada gak kes kete lembut sgt smpai bersepai time perlanggaran tusuk pemandu@penumpang sampai mai...ada gak kn...tak yah sngkal arrr...benda logik n pernah berlaku kot...aku tak sangkal teori tu tp dlm situasi, aku n ramai2 kt atas ni termasuk admin nk argue teori ni tak sesuai dalam situasi ini...

    p/s: aku tak tahu blog ni nk bela siapa....tp hampir sume yg aku baca adalah benar setakat dlm pengetahuanaku....bukan mengutuk mane2 pihak...tp cuba menjelaskan kebenaran, hakikat kita sedang ditipu oleh gov...mcm dlm kes minyak...dlu kita pkai ron97, harga rm1.70-1.90....skrg harga lebih kurang gak, tp quality low...gov bg kita ron95 je...sbb tu ada byk kes kenderaan rosak@terbakar dll...sedarla...open your eyes, your heart and mind

    ReplyDelete
  27. 1st keta aku satria gti,pas tu aku beli perdana v6 pas tu aku pakai waja ...alo bro semua aku bukan la minat sgt keta malaysia nie tp memandangkan aku ni nak sokong brg malaysia ja semua keta yg aku pakai tu teknologi jepun (mitsubhshi) body tu xpayah citer la memang out.sori la bro2 yg komen kata keta malaysia tu bagus sgt.hampeh la bro...wira tahun 93 tinggal rm5k ja honda tahun 93 bule jual lg 15k atas.patutnya kita patut bersyukur juga fakta admin ni bukan la pasal kita proton tu xbagus tp minta proton atau produa meningkat kat lg mutu brg depa.sokong bg rebah???

    ReplyDelete
  28. Kereta proton lembut kerana ia direka oleh rakyat malaysia yg lemah lembut. Maka pemandu rakyat malaysia pun sepatutnya berjiwa lembut dan berhemah dalam pemanduan. Bila lemah lembut dan sopan santun memandu dapatlah mengelak kemalangan. Kalau guna kereta buatan kertas pun takpa kalau berhemah.

    Ada kawan cerita rumah2 di Jepun byk yg dibuat ala tradisional dgn kertas dan kayu. Yg sangat mudah utk dipecah masuk. Tetapi kejadian pecah rumah sangat kurang malah hampir tiada, maka rumah lembut pun selamat. Wallahualam

    Berbanding dgn rumah di malayisa. Yg dipasang keselamatan begitu kuat sehingga kalau terbakar, penghuni rumah bakal hangus kerana sukar utk penyelamat pecah masuk dan sukar utk penghuni pecah keluar.

    ReplyDelete
  29. yg mamat tu, nak ambil no. 4D pon jgn la sampai kantoi..

    ReplyDelete
  30. Alaa.. ape nak diherankan. Keta M'sia ni dah lama mati pucuk, lembik. Keta luar sumer makan viagra, sbb tu la keras je. Keta proton saga (no plat PROTON) yg mula2 kluar je yg ada body betul2 berkualiti.

    ReplyDelete
  31. Kalau dah hentak buntut Keta cap kuda....keta negara lain pun kemek...aku ada gambar aku hentam buntut VIOS...buntut VIOS tu rebeh...keta aku tak ada apa-apa pun & aku pakai keta Proton....so..? - Tok Bond

    ReplyDelete
  32. org konvoi ferari ada hangin nak ikut dekat2 las2 kantoi haha. pengajaran dari eksiden ini ialah biarkan mereka laju dengan kereta mereka. kita laju dgn kereta kita, speed kita, brek kita.
    duk depan takpa tapi lau folow belakang hati2 yer. kekalkan jarak kite. yang penting speed budget baik2 aa. ingat masa cikgu lesen kreta tu ajar.. sifir 1-2-1 hehe.. (aku pun dah lupa daa)

    ReplyDelete
  33. kalau dh guna bhn lembut...jual la murah...hrge krete import mahal kt malaysia sbb dh kne cukai tinggi..xgitu?

    ReplyDelete
  34. Body mana2 kereta dibahagian hadapan mmg lembut dengan tujuan bagi mengurangkan inersia semasa kemalangan... dimana apabila berlaku perlanggaran daya impuls tersebut akan dapat dikurangkan... kereta import dan kereta tempatan adalah sama dari segi konsep ini.... sebagai contoh, apabila berlaku perlanggaran yang memberikan impak sederhana bumper akan jatuh bagi mengurangkan impuls... apabila perlanggaran lebih kuat berlaku bahagian hadapan kereta import akan mengalami situasi yang sama seperti proton wira tersebut... bahagian belakang mana2 kereta pula sengaja dibina lebih kukuh berbanding depan kerana secara logiknya kereta x akan dipandu dengan begitu laju menggunakan gear reversed... jadi perlanggaran dari bahagian belakang akan memberi impak yang lebih kepada pihak yang melanggar... oleh itu mana2 pihak yang membina kereta berpendapat adalah relevan apabila bahagian hadapan kereta yang melanggar dibina untuk remuk berbanding bahagian belakang yang akan dibiarkan kukuh bagi melindungi penumpang didalam... Namun saya bersetuju binaan body kereta import lebih kukuh berbanding kereta tempatan...

    lihat contoh dibawah bagi menjelaskan situasi ini:-
    http://www.youtube.com/watch?v=gQnxGFYThKI&feature=related

    P/S : Kereta berbody lembut kalo kemek boleh ketuk tapi BMW aku 3 bulan lepas mat rempit langgar lari kat jalan ipoh x boleh ketuk... tukar satu pintu terus... So body lembut or x, ader pro n contra dia...

    P/S/S: Isu ini hendaklah dibincangkan secara ilmiah bagi mencari jawapan kepada keadaan proton wira diatas... rasanya penerangan aku dah jawab kepada persoalan semua...terpulang pada masing2 untuk menilai..

    P/S/S/S: jangan jadikan isu ini sebagai isu politik atau isu bg memecahbelahkan perpaduan di malaysia... bukan di sini, blog atau laman sewang bagi mengubah kerajaan tetapi gunakan kuasa anda sebagai penggundi bagi mengubah kerajaan....

    ReplyDelete
  35. Mcm2 teori korang kluar, tp aku percaya dr bukti fizikalnya tidak boleh dipertikaikan. Kalu dah lembut, tentunya mudah kemek dan sebgainya.
    Kalu aku rujuk komen Abu Hakim di atas, harga jazz (buatan jepun) di RM59,400 sedangkan di Malaysia RM109,800. Bermakna 1/2 perbezaan. Apakah krjaan UK x ambil cukai dr kreta import? Atau lain2 negara, jepun jual lain2 harga?
    Ini menunjukan k'jaan malaysia mngenakan cukai yg tinggi termasuk kereta nasional sendiri dgn menaikan cukai kereta import berlipat kali ganda. Kos2 cukai yg dibayar, apakah tidak boleh digunapakai bagi meningkatkan kualiti kereta terutamanya utk tujuan "safety"? Atau bahasa yg mudahnya, jika honda jazz itu buatan Malaysia, perbezaan harga sekitar RM50,000 itu, apakah tidak boleh digunakan bagi meningkatkan kualiti keselamatan kereta?
    Pokoknya, k'jaan nak untung lebih, soal keselamatan rakyatnya cukup2 ala kadar dah laaa... Kalu itu laaa cara k'jaan mendapatkan keuntungan yg maksima, bermakna k'jaan yg ada sekarang tidak pandai mentadbir ekonomi atau elemen2 penyalahgunaan kewangan negara begitu berleluasa.

    ReplyDelete
  36. salam..
    saya ni xlah hebat sgt.. tp ade la sbb kenapa kereta import ni mahal dari kereta msia..

    1. kereta import ni gov da kenakan tax yg sgt tggi.. lebih kurg 200-300%.. tp jgn tanye la duit tu gi mana..

    2. kereta malaysia ni ckd (complete knock down).. brg2 di import dari jepun keseluruhannya n assemble kat msia.. quality check di inspect sendiri oleh manufacturer jepun.. so maknanya, keta jepun = keta msia.. utk bwk masok sebijik kereta yg da siap assemble JAUH LAGI MAHAL!!

    patotnye kita rasa bangga sbb skang ni proton sdg meningkatkan setiap aspect quality mereka.. saya sendiri pakai kereta proton savvy.. ade satu kali tu, 2 hari str8 saya xcdnt.. 1st day, langgar vios, kemek bontot vios tu wlpn saya tersentuh je n nx day, saya terlanggar avanza plak.. skali lagi, bumper avanza roboh.. dalam kedua2 occasion ni, proton savvy saya masih lg selamat.. alhamdulillah..

    menurut kwn saya yg kerja sbg engineer proton, kereta malaysia yg lama mmg agak lembut tp still mematuhi ciri2 keselamatan yg ada ketika itu.. maksod saya, kereta msia di certified selamat dari segi semua aspek.. dan sekrg, kereta2 proton sudah semakin kukuh dan apa yg lagi membanggakan, kereta2 skang di develop oleh anak tempatan wlpn xla 100%.. (den lagi banggo, kwn den sdri antara org terlibat :) )

    pasal accident ni plak, rasanya jgn la kita compare wira dgn ferrari.. jauh bebenor bezanya yop!! ferrari kot!! n mmg logik r kalo kemek pon.. berdasarkan teori2 fizik yg kat atas n ditambah plak dgn melanggar keta ferrari, mmg la jd cmtu..

    this is fact:
    kereta malaysia ada 70-80% atas jalan raya malaysia.. so logik la kalo statistik ckp lagi byk kemalangan maut melibatkan keta msia.. hehe

    kpd yg kutok2 kereta malaysia, korg pakai kereta ape? or korg ni da pakai keta blom? kalo aku knal korg, nmpak korg even naik kereta msia pon, mmg aku gelak la kat korg!!!! hahahahahaha

    ReplyDelete
  37. tgk harga la bai..ferrari tu berapa wira tu berapa..cakap rakyat malaysia tp x bangga langsung!!keja nk condemn..at least malaysia dh ada kereta sendiri which is affordable untuk rakyat malaysia..igt semua org mcm lu ka kaya nk beli ferrari..cakap pakai otak sikit

    ReplyDelete
  38. alah.. nak senang je, nek lrt ke, monorail ke, ktm ke, kompem xkemek.. haha

    ReplyDelete
  39. jalan kaki je..

    ReplyDelete
  40. kecah lebih je ni.macam hebat sgt je nak komen lebih pasal kereta malaysia.kalau kau boleh tolong proton/perodua maju xpe lah gak.matang sket.

    ReplyDelete
  41. to Anonymous | November 23, 2010 11:14 AM ,
    saye belajar medik, yes , mmg otak berlanggar dgn skull.kalo gune bahasa kompleks kang org xfhm pulak. csf fluid dlm otak tu tak cukup nak absorb impact. sile google acute subdural hematoma. tu biase terjadi dlm otak bile berlaku kemalangan dimana rapid change in velocity akan menyebabkan shearing injury kt brain. mmg kepala nmpk normal xde cedera tapi dlm hancur. tu psl org ley mti dlm road traffic accident ni. nek ferrari skali pun,ko tak berdarah sikit pun[KONONNYA ferari tu kebal la ] kalo dah force tu kuat sgt, tak selamat jugak pemandu. pendek kata, bukan kete yg menentukan keselamatan, tapi yg penting pemandu tu sendiri. tgk cam mana org msia drive? fikir2 kn lah..

    ReplyDelete
  42. yup..ak sokong atas..cerebral concussion.. anonymous nov 23 11.14 am ckp xder fact.. kalo xth, tnyer org tahu..jgn buat2 tahu

    ReplyDelete
  43. bukan nye nk kutuk proton tp if krajaan xkenakan cukai import kt kete import mmg proton akn jauh ktinggalan...hrga kete import mhl dsebabkn cukai tu..so, proton kne laa tgkatkan R&D...mggunakan peluang yg ade..hnya mmberi pndapat utk kbaikan proton juga..

    ReplyDelete
  44. tp compare dgn kete nilai 1juta... huhu... mcm tak adil jerk...

    ReplyDelete
  45. suma bangang...kaki ngampu kerajaan..kita ada hak sebagai pengguna.kita bayar tax jadi kita ada hak komplen apa sahaja kerajaan punya kerja kalau apa diorang buat tak betul..banga sebagai rakyat malaysia memang la kita bangga..tapi kalau sekadar sokong membuta tuli..ape kerajaan buat kita beli..kerajaan bagi taik kita makan taik?kalau betul kita rakyat malaysia yang sayangkan malaysia tidak salah kita bagi komen utk perbaiki mutu barangan kita sendiri..tak bangga ke korang kalau proton wira buatan malaysia tu sama kualiti macam ferrari?ni tidak...asal komen sikit melenting?enuff said...bangang

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan