Planet pertama dari galaksi lain ditemui

Sebuah laman sesawang berita, Chinadaily.com melaporkan bahawa Saintis Amerika Syarikat telah menemukan sebuah planet yang disifatkan sebagai planet pertama yang ditemui dari galaksi lain.

Laman sesawang berkenaan juga melaporkan, walaupun Kira-kira 500 buah planet telah berjaya dikenal pasti di galaksi kita, bimasakti (Milky Way) namun tiada sebarang rekod tentang planet yang telah ditemui di galaksi lain di cakerawala.

Kini satu daripada planet di galaksi luar telah berjaya dikenal pasti melintasi orbitnya mengelilingi sebuah bintang yang dinamakan HIP 13044, terletak sejauh kira-kira 2,000 tahun cahaya dari bumi.

Sungguhpun bintang ini dikatakan terletak di dalam lingkungan galaksi kita, para penyelidik telah melaporkan di dalam sebuah jurnal science edisi online Khamis lalu bahawa bintang tersebut berasal dari galaksi yang lain namun kemudiannya ditelan oleh Galaksi Bimasakti (Galaksi kita).

Ini menjadikan planet yang baru ditemui itu dengan saiz 20 peratus lebih besar daripada planet Jupiter sebagai planet pertama ditemui yang berasal daripada galaksi selain Bimasakti.

"Penemuan ini sangat mengujakan" Kata Rainer Klement dari Institut Astronomi Max Planck Jerman di dalam sebuah kenyataan.

Sumber : Chinadaily.com

3 Comments

  1. tak sabar menunggu berita... "penemuan kehisupan di planet lain..."

    ReplyDelete
  2. Kalau planet dari galaksi lain blh ditemui dgn teknologi yg canggih, maka apakah susahnya hendak meneropong kebejatan umno dan bn yg memerintah negara selama ini?

    Hanya perlukan sedikit fikiran dan hati yg berteknologi canggih.

    ReplyDelete
  3. BUKAN AHLI POLITIK ::

    jaka . d sni pun kau mahu komen sal politik2 nie ke ?? hahaa .

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan