Poland bina patung Jesus tertinggi di dunia

Sebuah patung gergasi Jesus yang dikatakan paling tinggi di dunia siap dibina di barat Negara Poland hari ini.

Patung yang digelar Christ the King in Swiebodzin itu didirikan setinggi 33 meter (108 kaki) di mana setiap meter mewakili setahun hayat Jesus semasa hidupnya, kata Sylwester Zawadzki seorang paderi yang membina patung gergasi tersebut.

Namus menurut sumber lain di negara berkenaan mendakwa patung tersebut sebenarnya setinggi 51 m (167 kaki) sekiranya ia dikira termasuk mahkota emas di kepala patung berkenaan.

Mereka mendakwa patung ini lebih tinggi dari patung Jesus yang terkenal di Bolivia, dan Brazil.

Ketinggian Patung Cristo de la Concordia di Cochabamba, Bolivia ialah 40.4 m (133 kaki) manakala Patung Jesus di Rio de Janeiro, Redeemer setinggi 38 m (125 kaki).

Ratusan orang berkumpul pada hari sabtu lalu untuk menyaksikan sebuah kren gergasi menaikkan bahu dan lengan patung berkenaan dan perlahan-lahan meletakkannya di tempat yang sepatutnya.

Para hadirin memberikan tepukan gemuruh seraya berdoa sebaik sahaja pekerja binaan akhirnya selesai memasang kepala patung berkenaan dan meletakkan mahkota keemasan di atas kepalanya.

Patung tersebut dibiayai oleh dana persendirian dari sumbangan seluruh dunia. Bagaimanapun Rev Zawadzki menolak untuk mendedahkan kos sebenar pembinaan patung tersebut.

Pihak berkuasa tempatan berharap patung tersebut akan menjadi satu tarikan pelancong disamping mempromosikan bandar berkenaan untuk menarik para pelancong dari segenap pelusuk dunia.

Walaubagaimanapun segelintir penduduk tempatan mengkritik pembinaan patung tersebut, mereka mendakwa wang tersebut adalah lebih baik sekiranya digunakan untuk membiayai projek-projek sosial di bandar berkenaan. [BBC]



ReJaM©

2 Comments

  1. Kelantan dengan batu caves ada patung buddha/hindu besar....rilek je

    ReplyDelete
  2. hehehe.. tu le.. rilex je.. memula dorg bantah. pstu lelama xkisah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan