Rumah Anwar Ibrahim diserbu HINDRAF

Sekumpulan penyokong Hindraf menyerbu rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara sambil membawa poster seorang lelaki yang membakar diri kerana tidak puas hati dengan perobohan stor sebuah kuil di Puchong.

Dipimpin penyelaras pertubuhan itu W Sambulningam, kumpulan 20 orang itu berhimpun di depan pagar rumah bangglo Anwar sambil membakar lilin sebagai simbol memperingati 'pengorbanan' lelaki India tersebut.

Mula berkumpul seawal jam 8.30 malam, mereka mempamerkan kain rentang dan gambar mangsa itu sambil melaungkan slogan "Mana janji pkr?" "Mana janji Anwar?" dan "Pakatan janji kosong".

Kumpulan itu dilihat cuba mengaitkan masalah berkaitan isu kuil dengan janji-janji pilihan raya Pakatan Rakyat - antaranya berhubung pemberian hak tanah untuk rumah ibadat kepada penganut Hindu - yang didakwa tidak ditunaikan.

Berucap dalam perhimpunan ringkas kira-kira setengah jam itu, Sambulingam yang juga presiden Parti Hak Asasi Manusia Malaysia (HRP) mendesak Anwar, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang menjamin hak itu di negeri-negeri Pakatan.




Menurut Sambulingam, mereka mengadakan perhimpunan di rumah ketua pembangkang itu kerana suara mereka melalui demonstrasi di depan pejabat PKR di Petaling jaya Mac lalu didakwa tidak diendahkan.

Bukan sahaja hak tanah untuk rumah ibadat, tuntutan lain mereka meliputi hak untuk tanah kubur Hindu, sekolah jenis kebangsaan (Tamil) dan setinggan India.

Sementara itu, berlaku sedikit ketegangan mulut di awal perhimpunan apabila seorang lelaki, dipercayai kakitangan Anwar meminta kumpulan itu bersurai.

Bagaimanapun, mereka terus berkumpul sehinggalah seorang wakil Anwar keluar menerima memorandum daripada Sambulingam di pintu pagar rumah bangglo Anwar itu.

Kelihatan kira-kira 20 anggota polis daripada ibu pejabat daerah (IPD) Sentul mengawal sekitar tempat tersebut. Tiada tangkapan dan insiden tidak diingini berlaku. [Malaysiakini]

ReJaM©

3 Comments

  1. Hindraf adalah alat bn. Dulu berarak ke Kedutaan British menuntut pampasan dan kesal kerana terdampar di Tanah Melayu..tapi tidak pulak balik india.

    Hanya stor yg diroboh bukan kuil. India mabuk tu bakar diri siapa suruh. Mengapa bakar diri baru memorandum? Masa peguam india membunuh dan membakar byk mayat dlm kes Sosilawati, mengapa tidak memorandum?

    Kalau nak memo kat Anwar, pastikan Anwar jadi PM dulu.

    Nampak sgt menjadi alat kepada bn.

    ReplyDelete
  2. Kalau Hindraf tu berkumpul utk protes tentang UMNO/BN pasti dah ada yg kena tangkap tp kalau protes kat PR, xde lak yg kena tangkap...erm.

    ReplyDelete
  3. Hahaha~ betul la polis ni alat BN.... try BN bagi 100 hari utk PKR memerintah, kita tgk ok or tidak.... ada berani BN?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan