Tarikh pilihanraya umum ke 13

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan oleh Akhbar online Malaysiakini sebagai meramalkan pilihan raya umum akan diadakan pada bulan Mac 2011 ekoran pengumuman penangguhan pemilihan Umno selama 18 bulan.

Menurut beliau, Umno hanya pandai mengkritik PKR tetapi tidak berani mengadakan pemilihannya kerana parti itu tidak cukup kuat untuk berdepan dengan perwakilannya.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menegaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi BN dan presiden Umno, mesti mengadakan pilihan raya awal untuk menunjukkan beliau mempunyai mandat dari rakyat.

Bagaimanapun, katanya, Najib mesti menunjukkan bahawa beliau mempunyai keazaman politik untuk membersihkan daftar pemilih sebelum pilihan raya umum diadakan.

"Beliau mesti beri kita tarikh awal, March atau April, dan kita serahkan kepada rakyat untuk buat keputusan," katanya.


ReJaM©

7 Comments

  1. Ape yang ko merapu ni tungkaran hati?
    kah kah kah...
    takde angin takde ribut meroyan tak tentu pasal...
    ha ha ha...

    ReplyDelete
  2. umno berkarat tak pernah nak berubah....nasib kau la labu???

    ReplyDelete
  3. pilihanraya semakin dekat..
    sbb itulah kerajaan menaikkan harga minyak..,
    dgn duit itulah umno akan berkempen dalam pilihan raya..
    hidup umno...........

    ReplyDelete
  4. "Bagaimanapun, katanya, Najib mesti menunjukkan bahawa beliau mempunyai keazaman politik untuk membersihkan daftar pemilih sebelum pilihan raya umum diadakan."

    Komen JAKA :

    Perkara penting yg mesti PR pantau dan perlu bertindak dari sekarang :

    1. Pengundi hantu
    2. Undi pos
    3. Media

    Segala penyelewengan pengundi hantu dan undi pos perlu digembar gembur dari sekarang. Gunakan kes2 lepas untuk dijadikan asas. Warwarkan kes2 yg berbukti kepada rakyat. Mencari saluran undang2 untuk memastikan spr lebih amanah. Mendapatkan maklumat risikan terhadap pendatang asing yg akan menjadi pengundi hantu yg bertebaran sekarang ini. Yang sedang dibela oleh bn dikandang2 dan akan digunakan semasa PRU nanti.

    Kebaikan dan jasa PR kepada kepentingan rakyat disamping penyelewengan berterusan dan terang2an bn terhadap rakyat tidak akan memberi kelebihan kepada PR kerana akhirnya permainan kotor bn pada kertas undi memberi kemenangan kepada mereka. Ini dilihat seperti rakyat masih menyokong mereka sedangkan ramai ahli umno sendiri memihak kepada PR dlm diam.

    Hanya org gila sja yg suka dgn kenaikan harga barangan, petrol dan lain2 keperluan hidup yg dibuat secara senyap sedangkan yang dipapar di media ialah berkembang dan berkembangnya ekonomi negara yg tidak pernah tidak kembang. Data2 peratus perkembangan ekonomi hanya angka2 yg menyakitkan hati kerana ia seolah bermakna akan berlaku kenaikan harga barangan sekali gus kehidupan rakyat semakin terhimpit.

    Hanya org gila saja yg tak suka kepada air percuma 20 meter3 di selangor. Bayangkan sebuah kerajaan negeri terpaksa mengadap YDP Agung hanya utk membela rakyat daripada sebuah syarikat yg sangat berkuasa mengambil keuntungan dari rakyat. Air percuma kepada rakyat ditanggung oleh kerajaan negeri, bukan syarikat tersebut dianiaya. Begitu zalimnya lintah darat tajaan umno. Begitu berkuasanya mereka. Siapa yg beri kuasa? Atau memang didalangi org berkuasa..sudah semestinya.

    PR perlu melipatganda usaha memperkasa media alternatif dalam menangkis semua permainan provokasi media bn terhadap PR terutama tv3 dan utusan loya.

    Satu unit khas menjawab propaganda media bn perlu dibuat. Mungkin dlm bentuk cetak dan blogspot. Contohnya sehabis berita tv3 jam 9 mlm, jawapan dari unit khas PR menjawab telah keluar pada jam 10. Walau sekecil2 fitnah pun mesti dijawab. Biar pendek tapi tepat dan berbisa.

    Unit menjawab media PR adalah anggota yg khas kerja menonton media dan menjawab serta merta..itu saja. Kita malumkan kepada rakyat kalau tv3 ada berita jam 8, kita ada berita menjawab jam 10.

    Kebaikan yg mengunung akan lenyap dengan permainan kotor pihak musuh. PR sudah membukti lebih baik dari bn disebalik kelemahan yg lumrah. Maka sudah masanya memfokus secara maksimum kepada peperangan media massa dan membasmi penggundi hantu dan memantau undi pos.

    Perang terbuka media sudah bermula. Jangan biar fitnah mengatasi kebenaran.

    ReplyDelete
  5. Tajam betul tulisan JAKA ni lah...
    ntah-ntah JAKA ni anwar ibrahim tak?

    ReplyDelete
  6. isu pengundi hantu nih...isu bodoh. kalo betul isu ini..xpayah BN berkempen mase pilihanraya...buang mase. baik duduk umah..pastu tunggu je keputusan...

    ReplyDelete
  7. pengundi antu utk topup undi mana yg sosak, bukan utk undi smeua..apalah

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan