Tawaran biasiswa Jepun dan IMF tahun 2011 / 2012

Berita baik untuk bakal pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke pelbagai bidang di peringkat Master dan Phd. Tawaran biasiswa daripada Negara Jepun yang diuruskan oleh IMF telah diterima oleh pihak JPA.

Dalam usaha untuk membangunkan barisan kepimpinan masa depan Pegawai Kanan Kerajaan Malaysia, pihak JPA telah menerima TAWARAN JAPAN-IMF SCHOLARSHIP FOR ASIA YEAR 2011 - 2012 di mana biasiswa ini akan dibiayai oleh Kerajaan Jepun dan ditadbir oleh International Monetary Fund (IMF) bagi pelbagai bidang Pengajian Master dan PhD di universiti-unversiti berprestij di Jepun.

Objektif penawaran biasiswa ini adalah sebagai penyumbang kepada pembangunan modal insan dalam pembuat keputusan berkaitan ekonomi untuk menggalakkan pertumbuhan pakatan ekonomi serantau yang berdaya saing di rantau Asia dan Pasifik.

Pegawai JAN Kumpulan Pengurusan & Profesional yang telah mencapai LNPT yang cemerlang, bermotivasi dan berdaya maju serta memiliki potensi kepimpinan; bercadang mengikuti pengajian kesarjanaan di universiti Jepun (tanpa syarat khusus JPA), anda dipelawa untuk memohon Biasiswa JAPAN & IMF For ASIA YEAR 2011-2012.

Permohonan secara Online di http://www.imf.org dan Borang JPA (L) LDP 1B/96 (Pin. 1/2010) mesti dihantar melalui perakuan pelepasan daripada Pengarah Sektor/Pengarah Audit Cawangan Negeri/Setiausaha Bahagian Audit Dalam Kementerian/Setiausaha Bahagian Audit Sekolah oleh pemohon untuk dikemukakan kepada KETUA SEKSYEN PERANCANGAN KERJAYA (MODAL INSAN) JAN PUTRAJAYA (u.p En. Sabarudin bin A.Kadir Wahab). Tarikh tutup permohonan pada 15 November 2010 (Jumaat).

Pemohon yang berjaya ditawarkan penajaan, pihak JPA akan mengeluarkan Surat Tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) dan Hadiah Latihan (Tajaan Asing).


ReJaM©

1 Comments

  1. salam.nk tnye..ni utk masters ngn phd je ke?utk degree xda?

    -miya

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan