Apa tindakan ke atas GRO yang ditangkap?

Kalau dilihat, setiap minggu ada sahaja berita tentang kejayaan pihak berkuasa menemui sarang-sarang maksiat dan memberkas perempuan-perempuan jalang serta ibu-ibu dan bapak-bapak ayam disiarkan di dada-dada akhbar sebagai salah satu taktik pihak akhbar untuk melariskan jualan akhbar mereka.

Hasil carian ReJaM© pada simpanan berita di Utusan Online untuk tahun 2010 sahaja, menemukan beratus hasil carian tentang keyword "gro" menunjukkan betapa kerapnya laporan berita tentang kejayaan pihak berkuasa memberkas gro-gro di serata Malaysia. Ini bermakna sekurang-kurangnya hampir seratus kali pihak berkuasa telah menangkap gro-gro di Malaysia untuk tahun 2010 sahaja.

Di bawah ini ReJaM© berikan sebahagian kecil keratan berita hasil screenshot yang diambil di Utusan Online. Untuk membuat screenshot sahaja tak mampu ReJaM© nak buat kerana terlalu banyak. Tahun 2010 sahaja sudah begitu banyak berita tentang penangkapan GRO di seluruh Malaysia. Belum lagi keyword-keyword yang lain seperti "pelacur" dan lain-lain. (sila klik untuk membesaran image di bawah ini).



Andai kata keluar 10 berita tentang kes pembunuhan, tentu sekali kita akan dengar sekurang-kurangnya 10 kali juga berita perbicaraan kes pembunuhan tersebut. Begitu juga kes kecurian dan rompakan, 30 kali kes yang dilaporkan tentu sekali akan disusuli dengan sekurang-kurangnya 30 kali juga perbicaraan.

Namun persoalannya di sini, lebih seratus kes penangkapan GRO-GRO ini, untuk tahun 2010 sahaja, mana pula laporan perbicaraannya? Belum dikira kes penangkapan pelacur, belum lagi dikira kes-kes penangkapan yang lama-lama di tahun-tahun yang lalu. Kes penangkapan di tahun-tahun yang lalu pastinya beratus juga. Jadi apa tindakan pihak berkuasa terhadap kes-kes ini semua?

Adakah pihak berkuasa tidak mampu menyediakan bukti untuk mendakwa mereka ini semua? Adakah mereka ini semuanya dibebaskan begitu sahaja? Jadi apa guna mereka ini ditangkap? Sekadar menutup mata rakyat atau bagaimana?

Adakah pihak berkuasa sengaja berbuat demikian kerana menyahut seruan Perdana Menteri Najib untuk menjadikan Malaysia sebagai Hub Hiburan di rantau ini?


ReJaM© "Kalau tangkap-tangkap lepas, baik tak payah tangkap, biar je negara ni hancur! Biarkan sahaja bala Allah turun di bumi Malaysia supaya kita semua mampos ditimpa bencana Allah S.W.T"

6 Comments

  1. INILAH DUNIA AKHIR ZAMAN
    BANYAK KEROSAKAN AKHLAK MAKIN BERLELUASA
    MALAH KEMUNGKARAN PUN BERLELUASA
    PEMERINTAH BUAT2 X TAU JE

    ReplyDelete
  2. 1) GRO yg kena tangkap di bawa ke balai utk urine test ( klu sangkut depa boleh lepas tapi kena jadi mata2 polis ) sbb tempat tu sarang bagi penjenayah...polis kena pasang mata2

    2) nnt akan sampai mami atau owner club ke balai..jumpa ketua operasi (kawtim)1 kepala GRO depa kena bayar 5 ratus utk lepaskan..

    3) dan owner akan menberi VVIP acess utk angota yg terlibat..mereka di beri sebuah bilik, GRO, dadah dan air free all nite long..

    4) ada juga GRO yg di jaga oleh polis..utk bt stock penyedap atau jadi balaci jual dadah dlm club or karaoke..

    5) ada beberapa tempat yg menyediakan bilik, katil khas utk tertamu..ramai ahli politik serta VVIP yg ak kenal yg selalu langgan GRO di bintang palace bukit bintang, gold mine ( tmn maluri ), la vegas sebelah hotel park royal, carnival, de boss, dll...
    suma dlm poket ak...sebab ak penah join mereka tapi skung ak dah insaf...ak ada cadang nak kongsi maklumat dgn milosuam tapi ak takut depa bunuh ak..hehehehe..klu korng nak tau..bkn setakat anak menteri, ahli politik, VVIP malah kerabat pun ada..tapi klu korng nak tau, korng kena cari sendiri la...

    ReplyDelete
  3. "Polis samseng, tak dapat rasuah pukul orang" cina ni klu x silap dia selalu ada kat salah satu karaoke di subang...tokan eramin 5 dan K..padan muka..

    ReplyDelete
  4. masa heboh pasai 16 september DSAI nak ambil putrajaya, ahli UMNO ada bt wild party kat hotel ritz carlton (YTL group) di bukit bintang, belakang marriot hotel.dlm bilik presiden suite...ada beberapa ahli parlimen dari sabah join itu party..ada GRO dari rusia, china, vietnam dan indo..terbaik.muka ala2 model..GRO cuma pakai G-string..porn dance..mereka di jamu dgn dadah dan arak..nie bkn fitnah..sumpah..ada seorng cina jadi bapak ayam anta itu GRO..ak lupa namanya..tapi yg pasti kat pinggang dia terselit 'L'

    ReplyDelete
  5. dihantar kpd menteri2 yang dahaga

    ReplyDelete
  6. tau xpe...taktik utk ikat agar ahli parlimen UMNO tak lompat parti..dan nama cina laknat tu ERIc..VIP suma kenal bapak ayam nie..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan