BN dan PR parti berbahaya - PERKASA



Presiden Perkasa Ibrahim Ali sebagai dipetik di dalam tajuk besar laporan Sinar Harian menggambarkan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat adalah parti yang merbahaya. Namun dia mengatakan Parti Pakatan Rakyat lebih berbahaya. Apa yang jelas beliau mengeluarkan isi hatinya bahawa BN juga adalah parti yang berbahaya.

Sekiranya diambil secara langsung daripada tajuk "Pakatan lebih bahaya daripada BN: Perkasa" jelas menunjukkan presiden perkasa itu ingin mengkritik parti Pakatan Rakyat. Namun ibarat mengeluarkan kenyataan "Perompak lebih bahaya daripada pencuri", jelas sekali presiden perkasa menghentam kedua-dua parti gabungan utama Malaysia itu.

Jadi parti apa yang harus kita sokong ye Tok Katak? Adakah parti Perkasa yang rasis pula yang perlu kita sokong? Perkasa yang bertunjangkan perjuangan perkauman, dilihat hanyalah sekadar UMNO versi baru. Adilkah kita menyokong parti-parti perkauman seperti ini? UMNO, MCA, MIC, semua ini parti-parti yang bertunjangkan perkauman.

Kerajaan sibuk mewujudkan semangat perpaduan, integrasi nasional lah (zaman tun Mahathir), Satu Malaysia lah (Zaman Najib). Tapi kaum-kaum di Malaysia dipisah-pisahkan. Adakah adil jika sesuatu kaum itu mahu melebihkan kaumnya sahaja di dalam sebuah negara yang didiami bersama? Bukankah lebih elok memperjuangkan Islam? Semua kaum terbela, tanpa mengira warna kulit, agama dan bangsa.

Malah sekiranya memperjuangkan Islam, tiada siapa yang harus bimbang, kerana tiada paksaan beragama di dalam Islam. Baik Buddha, Kristian, Hindu, dan lain-lain agama tak perlu risau. Tiada siapa yang akan dipaksa untuk menganut Islam. Islam juga tidak membeza-bezakan bangsa.

Ucapkan selamat tinggal kepada Parti-parti yang bertunjangkan perkauman!


ReJaM© "PRU 13 Selamat berkubur Be End!"

9 Comments

  1. PR 2 parti ape lak?
    PR jual bangsa?
    nk memimpin punye pasal sanggup jual melayu?

    ReplyDelete
  2. melayu lebih penting dari islam!!!..kata ketua cawat humno gugusan n9

    ReplyDelete
  3. Gaduh la hampa..aku tak kira la sapa pun. yg aku kisah akhirat aku..kita nak hidup pun takat 70 ke 80 tahun ja..sat ja pun..baik aku pi semayang dari mek tau menda-menda camni..

    ReplyDelete
  4. aduh la hampa..aku tak kira la sapa pun. yg aku kisah akhirat aku..kita nak hidup pun takat 70 ke 80 tahun ja..sat ja pun..baik aku pi semayang dari mek tau menda-menda camni..

    ini la ciri2 org munafik...kita ni hidup berlandaskan islam..ko x sokong PAS??cuba ko tgk dulu dasar2 PAS..apadia?? terang2 PAS mengatakan AlQuran dan hadith sbg sumber rujukan..tu pon ko nk bangkang lg???adui...

    ReplyDelete
  5. pergi mampus le dengan sembahyang kau tu ,kalau perangai orang munafik yang lari dari perperangan.

    ReplyDelete
  6. pakai baju hitam, selendang merah, hunus dan cium keris...tu lagi bahaya....

    nk tunjuk mcm nk perang je...hulur duit kalu..melayu entah ke mana, semangat entah ke mana.....elok buat sate je daging katak ni..jual kt siam

    ReplyDelete
  7. ayat tipikal:

    "lebih baik pentingkan islam dari melayu"

    secara idealistiknya, ini mmg sgt bagus (dari kaca mata seorang Muslimlah). tapi tidak pada hakikatnya. Slogan ini hanya digunakan utk mengaburi orang bahawa mereka "tidak rasis sperti UMNO". Mungkin ada betulnya, tapi adakah Islam terbela pula oleh mereka? Adakah betul mereka mementingkan Islam?

    Melayu tak terbela, Islam tak terbela. Lagilah ape pun tak jadi. Dah tergadai tanah baru nak meraung. Tgk aja kg baru. Bila dah nak tergadai barulah PAS sebok nak bela hak melayu.

    Ey ape dah cakp tak serupa bikin.


    aku sokong kenyataan berahim tu, tapi tak bermakna aku sokong gerakan dia.

    ReplyDelete
  8. Ali: pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang banyak bermunajat, banyak beribadah tetapi masuk neraka? apabila ditanya kenapa si polan itu masuk neraka? kerana si polan itu tiada sedikit pun kerut di dahinya untuk memikirkan masalah umat di muka bumi ini yang semakin hanyut. tidak sedikit pun kerisauan hadir pada diri si polan tentang nasib umat yang lain.

    P/S: aku rase kan ali, orang macam ko la ni...

    ReplyDelete
  9. melayu melambangkan islam, jual bangsa jd jual islam lah. bangsa lain nak sokong islam? jgn harap lah. ekonomi negara habis kena sapu. kita sibuk pejuang politik. nak adakan pulak PM kaum lain. demi perpaduan kononya... alamat jahanam la islam di malaysia. wallahualam...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan