Bukti DAP semakin memahami Islam



Nampaknya Kerjasama antara PAS dan DAP sudah menunjukkan tanda-tanda positif. Niat PAS sperti kata Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk mendekatkan diri kepada orang bukan Islam bagi memberikan kefahaman tentang Islam semakin jelas apabila Parti yang dikatakan anti Islam itu semakin terbuka penerimaannya terhadap Islam.

Ini dibuktikan dengan sejarah yang dicipta buat julung-julung kalinya apabila doa dibacakan pada konvensyen DAP seperti yang dilaporkan oleh portal Malaysiakini.

Konvensyen DAP Pulau Pinang 2010 yang berakhir semalam menempa sejarah tersendiri apabila bacaan doa berkumandang buat pertama kalinya dalam sebuah persidangan parti yang berusia 44 tahun itu di Pulau Pinang, yang selama ini diuar-uarkan sebagai parti cauvinis perkauman.

Bacaan doa selama lebih kurang empat minit itu dipimpinkan oleh Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar yang turut menegaskan bahawa Islam adalah untuk semua umat manusia tanpa mengira kaum, fahaman politik mahupun darjat.

Dalam ucapan ringkasnya sebelum membaca doa tersebut, Yaacob berkata, tidak menjadi satu kesalahan untuk mana-mana pihak untuk membaca doa dalam majlis yang kebanyakannya dihadiri oleh bukan Islam kerana ajaran Islam itu membawa kebaikan kepada semua yang mengamalkannya. - Malaysiakini


ReJaM© "Bagus DAP cerdik cepat paham Islam, MCA dan MIC masih tak paham-paham lagi!"

12 Comments

  1. politik ni mcm2..kalau silap pilih,huru hara jdnye..

    ReplyDelete
  2. Aku pun naik minat dgn DAP ni. lebih baik berdamping dgn DAP dari berpeluk dgn UMNgOk Be-eNd!

    ReplyDelete
  3. MIC, MCA, sampai skang prejudis dengan Islam!

    ReplyDelete
  4. Dahulu Sammy Vello pernah menentang penubuhan Negara islam.. dan samy Vello yg disokong penuh oleh Mahathir Kutty Mohamad pernah mengeluarkan kenyataan yang berbunyi " Apa bikin Negara Islam,Itu Al-Quran boleh Bikin Jalam Raya ka..??
    kesemua Pemimpin UMNO tersengeh2 dan tidak membantah apa yg diperkatakan oleh samy vello..

    Agaknya kalau masa tu Samy vello kata Ketuanan Melayu boleh bikin jalan raya ka..?? mahu kena belasah si samy vello tu..
    Sebab bagi UMNO kalau nak kutuk islam kutuklah UMNO tak kesah janji jangan Kutuk Ketuanan Malaon UMNO

    ReplyDelete
  5. saya suka komen hafszach

    ReplyDelete
  6. i loiikkeee..... huhu..

    Orang Melayu WAJIB masuk syurga, sebab dia Melayu. Orang lain WAJIB masuk neraka sebab dia bukan Melayu. (Ini pegangan orang UMNgOk)

    Sebenarnya, yang bagi kebenaran masuk syurga neraka tu hanya ALLAH TAALA sahaja! Walaupun Islam mahupun kafir, hatta seorang pelacur Bani Israel dulu pun , diberitakan masuk syurga hanya sebab dia memberi anjing minum air. Semua tu atas IHSAN ALLAH sahaja.

    ReplyDelete
  7. Ha.Ye la tu.

    Sampai boleh seru ayat-ayat allah...padahal haram diorang tak percaya pun.

    Lakonan bodoh camni pun boleh percaya korang ni?

    LEMAH!

    Janji dapat undi,dah dapat kuasa...ha..PAS ni dia lempar jauh2 la.Sebab apa? Sebab dah dapat undi dari korang ni.Hahahhaa...

    tengok nuar berahi (nama baru dia anuwiki) buat pengumuman,lim kit siang jadi timbalan PM nanti.Ada ka dia bincang DENGAN GENG2 PAS? Ada ka? Jenuh haji hadi menafikan tu ajwapan rasmi.Nik ajis yang pandai berlakon lari ke hospital tu tiba-tiba boleh sokong.

    LOL.

    Memang jenis melayu lemah.

    LOL~

    ReplyDelete
  8. Melayu lemah tak apa jangan Islam lemah, melayu lemah tak boleh masuk syurga, kalau Islam lemah juga tak boleh masuk syurga, jadi kena jadi Islam yang kuat n terima semua syarak n undang2 Islam. Bini Najibpun kena pakai tudung, sebab dia Islam bogel...heheheheh Islam cam rosmah pun hampa tak tau beza..

    ReplyDelete
  9. nanti aku berkokok lah segenap alam..bahwa DAP memperkudakan PAS demi politik mereka...menggunakan ayat2 Al Quran untuk memancing undi....

    ReplyDelete
  10. tolol anonymous yang kata nik aziz berlakon masuk hospital. dah memang sifat umno suka memfitnah, redha jer la kalau dia kata nik aziz berlakon. tak lari dah dari mulut umno yang kaki fitnah ni. sabar2

    ReplyDelete
  11. memang hamPAS...!!!!barua nik ajis...!!!!

    ReplyDelete
  12. Islam is the way of Life.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan