Gula naik harga siapa yang untung?

Bila gula naik harga, semua orang bising. Boleh dikatakan semua rakyat bising bila gula naik harga kenapa? Kerana semua orang di dunia ini terutamanya di negara Malaysia ini mengambil gula dalam makanan dan minuman harian mereka.

Baik Doktor, Menteri, Tukang kebun, pencuri, perompak, penyokong kerajaan, penyokong pembangkang, penulis blog, wartawan surat khabar sampailah ke binatang peliharaan, semuanya memerlukan gula.

Bila cerita pasal gula naik, boleh dikatakan semua rakyat Malaysia terkena tempiasnya dan merasa beban kenaikkan ini. Semua rakyat Malaysia termasuklah pendatang asing terpaksa mengeluarkan duit lebih untuk membeli gula.

Isu utama bila gula naik bukanlah harga yang harus dibayar untuk membeli gula yang berapa sen sahaja naik tu, tapi, bila gula naik banyak lagi barang-barang lain yang akan naik harga dengan alasan gula naik harga! Dari yang patut naik sampailah yang sibuk-sibuk nak naik harga juga.

Siapa yang untung? Jawapannya tentulah Tokey gula! Mana tidaknya, duit setiap seorang rakyat Malaysia masuk dalam poketnya kerana seperti yang dikatakan di atas, tiada seorang pun manusia normal di Malaysia ini yang tidak mengambil gula.

Tak hairanlah tokey gula jadi manusia paling kaya di bumi Malaysia ini!

Ya ReJaM© tahu banyak faktor yang perlu diambil kira untuk membuktikan bahawa tokey gula ini yang mendapat untung besar! Namun pusing mana pun faktanya tetap dia adalah manusia paling kaya di Bumi Malaysia dan semakin kaya bila gula naik harga! Tak percaya kajilah!

Kerajaan macam biasa akan buat alasan atau jalan penyelesaian agar rakyat tak marah bila mereka naikkan harga gula, ini salah satu taktik bodoh yang sudah jelas lagi bersuluh! Inilah peranan media propaganda!

Tengah sibuk-sibuk gula naik harga ada pulak kempen kurangkan gula. Jadi adakah ini alasan kukuh agar harga gula boleh dinaikkan? Bagaimana pula harga barang lain yang ikut naik bila gula naik harga?



ReJaM© "Teori BN=Barang Naik semakin jelas terbukti bukan lagi sekadar postulat"

4 Comments

  1. alat penjimatan elektrik sehingga 30% berteknologi german dengan harga runtuh
    http://www.facebook.com/pages/Electricity-Saving-Box-ESB39/109833109090609?v=app_4949752878
    -------------------------------------------
    dapatkan alat penjimat minyak kereta anda yang berteknologi jepun sehingga 35% dengan harga murah harini juga
    http://www.facebook.com/pages/Max-Power-Controller/108994032507000?v=app_4949752878

    ReplyDelete
  2. Sbg k'jaan yg memerintah dan mempunyai kuasa penentu polisi negara tidak sewajarnya memandang kpd keuntungan semata2 yg bakal dikaut hasil dr cukai terutamanya bg keperluan asas. Sdah menjd t/jwb sosial yg wajib, kpd sesiapa shj yg memerintah sesebuah negara dlm mengendalikan keperluan asas, spt pendidikan,kesihatan, air, elektrik, gula, beras dsb. Tidak dinafikan jika dikorperatkan, k'jaan memperolehi cukai yg tinggi (shigga 28% dr keuntungan, itu pun jika sykt berkenaan audit betul2, tp mgkin yg silap mata lg byk) ttp akhirnya rakyat juga yg tersepit ekoran dikendalikan oleh keparat2 yg memonopoli perniagaan ini. Stakat mana k'jaan boleh mengawal harga, sedangan nilai stok sebenar adalah dikawal oleh mereka? Oleh itu, sayugianya, semua keperluan asas ini wajib dikendalikan oleh agensi k'jaan sendiri.

    Ini juga berkait dgn dasar pengswastaan yg seringkali dikaitakan dgn mutu kecekapan yg lebih baik, tetapi dlm masa yg sama mendabik dada bhw mereka sj yg pandai memerintah, sdgkan itulah bukti yg jelas menandakan mereka tidak pandai mentadbir! Aku rasa tidak perlu dibuktikan tahap kecekapan kebykan agensi/jab2 k'jaan, krn masing2 sedia maklum. - Ayat2 yg biasa di dgr, K'jaan bukan x cekap cuma swasta je lg cekap dn krn itu kena serah kat sykt swasta mengendalikannya. Atau bahasa mudahnya, dgn kuasa membolehkan memindahkan harta rakyat kpd harta peribadi mereka.

    Bertitik tolak dr kenaikan petrol, secara langsung melibatkan kenaikan pelbgai brgan pengguna. Begitu juga dgn kenaikan gaji k/tgn k'jaan (bukan aku dengki pun), apabila sbut sahaja gaji naik, samada jbatan itu efektif atau tidak, semuanya merasa. Jika k'jaan kita bijak, sewajarnya mewujudkan persaingan yg sihat antara jabatan dgn mengutamakan jabtan mana yg lbh efektif & produktif (x smestinya yg buat utg). Secara tidak langsung, dapat mengawal harga barangan ekoran kenaikan gaji tersebut.

    p/s: Cerita Gula
    3 4 thn lps, masa gula naik 20sen/kg, byk tempat menaikan harga air pun 20sen. Aku tanya, kenapa naik 20sen, dan pekedai tu jwb psl gula naik. Aku tanya balik, apakah korang taruk sekilo gula dlm st gelas air?

    ReplyDelete
  3. kerajaan kita perintah mcm babi...bodoh punya umno sial..harap2 mampus awal la smua, hidup wt nyusah kt rakyat..bodoh

    ReplyDelete
  4. Tanda2 pilihanraya dah dekat.. Mngkin BN cr modal utk pilhanraya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan