Indonesia sayur kot... - kapten pasukan Malaysia


JAKARTA - "Indonesia tak sehebat Vietnam. Bagi saya Vietnam lagi mantap berbanding Indonesia, cuma Indonesia ada kelebihan beraksi di tempat sendiri... sayur kot"

Begitulah kata-kata yang dilontarkan daripada kapten Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia, Syafiq Rahim yang semakin yakin untuk mencatat sejarah sebagai rakyat Malaysia yang pertama menjulang Trofi Piala Suzuki AFF malam ini.

Bagi Syafiq, 23 pasukan Indonesia tidaklah sehebat mana berbanding pasukan Vietnam dan Thailand yang merupakan dua pasukan bekas juara yang disifatkan sebagai lebih kuat.

"Saya rasa Vietnam jauh lebih bagus dan kuat. Malah Thailand juga sebenarnya lebih baik dari Indonesia" menurut kapten pasukan Malaysia itu lagi.

Syafiq juga berharap pasukan Malaysia akan dapat menjaringkan gol awal untuk menekan pasukan dan penyokong Indonesia, maka Indonesia akan tertekan untuk mencari 5 gol.

"Jika kita dapat jaring satu gol, Indonesia terpaksa cari lima gol. Tetapi jangan pula kita beri mereka gol awal kerana ini akan membangkitkan semula semangat pasukan lawan" kata Syafiq.

"Saya harap kita akan pulang khamis ini bersama-sama trofi Piala Suzuki AFF," ujar pemain kelahiran Seremban Negeri Sembilan itu.


ReJaM© "Payah Indonesia nak jadi juara, sangat-sangat payah!"

16 Comments

  1. Sayur tu kira pasukan belasahan cerkleng...colloq word

    ReplyDelete
  2. jgn terlalu yakin... ingat tak, sebelum 1st leg mula, indon kte filipina lebih kuat dpd malaysia...?

    ReplyDelete
  3. harap2 malaysia sumbat satu gol la..
    teringat dulu2..malaysia ni senang je kena bolos pada 1st half.

    ReplyDelete
  4. belum menang dah panggil sayur...perghhh...

    ReplyDelete
  5. gudlak harimau malaya.. aum!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. sumber dari mana ni???mana ada dia cakap gitu!

    ReplyDelete
  7. Saja nak kongsi video, fakta no.26 yg banyak catit peristiwa malang buat Indonesia temasuk kalah 0-3 pada Malaysia 26/12/10:
    http://www.facebook.com/video/video.php?v=1744666214202

    ReplyDelete
  8. Nabila sila buka akhbar Kosmo hari ini.... baca muka surat paling belakang di ruangan sukan.... =)

    ReplyDelete
  9. sayur sedap untuk dikunyah. =D

    ReplyDelete
  10. Ganyang Indonesia, Ganyang! kah kah kah...
    Memang ada berita ni kat KOSMO aku ade baca...

    ReplyDelete
  11. tp sblom brlwn jgn mninggi diri...xelok.nnt kne kpla sndiri..
    just do the best la ok!pepun chaiyok ntuk MALAYSIA!!

    ReplyDelete
  12. btl tu. bola tu bulat. lg 90 minit. apa2 pn bole terjadi. jgn ego dan bongkak. apa pn buat yg terbaik demi MALAYSIA....

    ReplyDelete
  13. sayur? xbaik ckp camtu.. please dont underestimate team indonesia.. takut jd lain je 6ti.. kite cool jer.. kalu menang baru celebrate.. biarla diorg nk maki ke ape ke.. kite tenang jer.. hope yg terbaek dari team malaysia

    ReplyDelete
  14. hahahaha...sayoorr

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan