Ireland lindungi penderaan sex atas arahan Vatican

Laman portal berita dailymail melaporkan bahawa kerajaan Ireland telah mengalah kepada tekanan Vatican berdekad-dekad lamanya bagi memberikan perlindungan dan kekebalan kepada pegawai-pegawai gereja di dalam siasatan berhubung penderaan seks oleh paderinya, menurut pendedahan dokumen terbaru Wikileaks.

Siasatan yang dibuat oleh Kerajaan Ireland terhadap gereja telah "menyinggung banyak pihak di Vatican" dan menyifatkan mereka "gagal menghormati dan melindungi maruah gereja Vatican" sepanjang penyiasatan tersebut.

Pihak Gereja Vatican meluahkan rasa kesal apabila 'segelintir ahli-ahli politik Ireland mempolitikkan isu ini apabila secara terbuka menggesa kerajaan meminta jawapan daripada pihak Gereja Vatican atas dakwaan itu.'

Paus akhirnya meluahkan satu kenyataan bahawa dia turut merasai 'penghinaan, pengkhianatan dan malu' terhadap Penganut Katolik di Ireland.

Dokumen Wikileaks itu juga turut mendedahkan bahawa Kerajaan Ireland ingin dilihat sebagai bekerja sama dengan penyiasatan tersebut kerana jabatan pendidikannya sendiri selama beberapa dekad telah menjadi mangsa penderaan seksual tersebut, namun ahli politik enggan untuk berkeras kepada pegawai Vatican bagi menjawab pertanyaan para penyiasat.


ReJaM© "Kah kah kah kantoi!"

2 Comments

  1. bile benda yg terang lagi bersuluh tu nk dicover dgn kesucian status kejadah tu~
    sebab dye paderi so kes jahat ttg dye sumer tutup sensenang cam tu je ke?
    badut2 la diowang ni,tu la dulu kata nabi muhammad fidofili skang..mana warga2 kris nak letak muka~

    ReplyDelete
  2. Mana tahan beb. Hari-hari tengok orang bercium depan mata. Dah tu bila diaorang buat confession macam-macam masalah sulit dan rahsia terpakse kena dengar - masalah skandal seks dan lain-lain. Budak kecik tu asyik marah je!!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan