Jadual berkala paling kecil di dunia sebesar sehelai rambut



Para penyelidik telah menghasilkan sebuah jadual berkala (periodic table) yang dipercayai sebagai "Jadual Berkala paling kecil di dunia" yang ditulis di atas sehelai rambut manusia.

Pakar-pakar daripada Universiti Nottingham telah mencipta jadual berkenaan dengan saiz yang begitu kecil sehinggakan dipercayai sejuta salinan jadual berkala dengan saiz berkenaan dapat ditulis di atas nota Post-it standard menggunakan gabungan pecutan ion dan mikroskop elektron..

Simbol-simbol 118 unsur telah dilukiskan di atas sehelai rambut milik Professor Martyn Poliakoff, seorang pakar Kimia Hijau. Jadual tersebut kemudian diserahkan sebagai hadiah hari jadinya.



Sumber: Zon FikiR

ReJaM©

1 Comments

  1. Pemimpin negara sangat suka mencipta rekod2 konon utk menaikkan nama negara dgn benda2 yg terbesar, terpanjang dan tertinggi. Semua itu melibatkan kos yg tinggi.

    Mereka lupa rekod juga boleh jadi benda yang terkecil, terhalus dan sebagainya. Contoh diatas adalah satu inovasi jika hendak sangat mencipta rekod. Ciptalah rekod benda2 terkecil..kos pun murah, nama pun boleh masuk dalam rekod dunia.

    Apa salah direka bangunan menara warisan yg terkecil/terendah dalam dunia yg tidak melibatkan kos besar. Duit negara dan rakyat pun selamat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan