Kenali propaganda Blogger UMNGOK

Di dalam entry kali ini ReJaM© nak dedahkan kepada semua pembaca bagaimanakah taktik blogger-blogger upahan UMNGOK memainkan peranan mereka menyebarkan propaganda. Satu perbezaan ketara antara blogger-blogger Mesra-Barisan Nasional dan Blogger-blogger Mesra-Pakatan Rakyat ialah, mereka ini lebih kurang sama kisahnya dengan kempen Pilihanraya kedua-dua parti. Blogger Barisan Nasional diberi upah oleh 'tuan' mereka, manakala Blogger Pakatan Rakyat terdiri daripada blogger-blogger sukarela.

Salah satu buktinya, anda boleh lihat biasanya blogger Pakatan Rakyat ada meletakkan iklan di blog-blog mereka untuk mendapat sedikit sumber kewangan walaupun sebenarnya taklah banyak mana pun selain itu update blog pun kurang kerana kebanyakkan blogger PR adalah penulis separuh masa. Sebaliknya blogger-blogger pro Barisan Nasional tidak meletakkan iklan tetapi hanya mengharapkan disuap dengan makanan oleh 'tuan' mereka sahaja. Malah mereka lebih kerap mengemaskini blog (update) kerana majoriti mereka menjadi blogger sepenuh masa.

Taktik Blogger UMNGOK

Salah satu taktik serangan propaganda blogger UMNO dan Barisan Nasional ini pula, secara "hit and run". Mereka akan menyerang secara berkumpulan, kemudian bersembunyi bagai kumpulan beruk-beruk dan monyet yang menyerang tanaman orang kampung. Apabila ada PRK contohnya, mereka akan membuat cerita bohong atau fitnah dengan selamber tanpa memikirkan dosa. Mereka akan bersepakat mengeluarkan cerita secara serentak, atau bergilir-gilir agar sesuatu isu itu menjadi fenomena dan hangat di satu-satu masa. Mereka tidak kisah walaupun tahu isu fitnah tersebut diketahui akan terbongkar. Apa yang penting bagi mereka, PRK sudah berlalu dan undi sudah beralih kepada Barisan Nasional walaupun dengan cara fitnah.

Satu lagi taktik yang sangat berkesan digunakan oleh blogger Mesra-UMNGOK ini pula ialah taktik 'Khabar angin'. Taktik ini dilihat sangat berkesan di dalam menyebarkan propaganda ke dalam fikiran pembaca, sedikit demi sedikit. Mungkin anda tidak perasan taktik ini, namun sebagai seorang penulis blog, ReJaM© sangat masak dengan perangai mereka ini.

Ibaratkan seorang budak kecil berumur 3 tahun datang membawa berita kepada anda bahawa 'ada zirafah di belakang rumah anda'. Tentu sekali anda sukar mempercayainya kerana budak kecil berumur 3 tahun siapalah nak percaya cakapnya kalau melibatkan hal yang agak fantasi begini? Namun sekiranya datang seratus budak kecil berusia 3 tahun datang membawa berita yang sama, tak banyak sikit tentu akan membuatkan anda ingin melihat bukan? Tapi percayalah, tiada zirafah di belakang rumah anda!

Inilah taktik yang dilihat sangat berkesan dimainkan oleh blogger-blogger UMNGOK bagi menyebarkan propaganda secara perlahan-lahan. Sekali lagi ReJaM© menyeru kepada blogger-blogger dan pemimpin Pakatan Rakyat untuk menyusun koordinasi Blog-blog mesra PR Senjata tajam ini jangan dibiarkan tumpul!


ReJaM© "Bersatu teguh bercerai roboh! Budak darjah satu pun tau pepatah ni!"

9 Comments

  1. bro milo..
    lately banyak gak pencacai masuk bagi komen kat blog teman..
    kebanyakkan guna anon laa..
    kalau ada nama pun tak bran letak address blog!
    chaitt!!

    ReplyDelete
  2. REJAM, BOLEH TAK SENARAIKAN BLOG2 PRO UMNOK NI..HM

    ReplyDelete
  3. saya rasa rata2 bolgers ini semuanya org melayu islam. cara yg paling baik utk menyedarkan mereka ialah dgn kita kerap mengingatkan mereka kepada amaran Allah dlm ayat2 suci AlQuran tentang dosa2 memfitnah & menyebarkan fitnah.

    ReplyDelete
  4. mampui pi kat depa ler... asalkan anak beranak depa kenyang makan hasil pitnah orang... kahkahkahkah

    ReplyDelete
  5. Taktik sbgini sering digunakan dr dulu. Hit n run. Betul x betul belakang cerita, janji rakyat leh terpengaruh tertutama sblm PRK.

    Mukmin itu jelas, kafir itu juga jelas. Tetapi org2 munafik yg lg bahaya sgt sukar dikesan. Oleh itu, kita sbg penerima maklumat, nilai lah dgn ikhlas segala maklumat yg diterima, terutama dr golongan2 sebgini.

    Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
    “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.
    Riwayat Ahmad

    ReplyDelete
  6. TENGOK DAN FIKIR-FIKIRKAN LAH...

    http://www.facebook.com/video/video.php?v=1755081919587&oid=125074957541518&comments

    ReplyDelete
  7. memang, budaya hit and run, membawa berita fitnah macam duk buat kat adun selinsing, pastu korek cite lama,especially anwar yg diattack habis2xan terutamanya dalam FB, twitter dan forum2x yg aktif.. dalam forum, paling famous hit and run. berhujah banyak menggunakan fakta berdasarkan media perdana. bila dicounterback balik, senyap,no comment, and bla.ceit.

    ReplyDelete
  8. sayang sekali sebab blog dan media arus perdana ni asalnya diungguli dan dimonopoli oleh PR... tapi sekarang bila BN dah mula sedar dan mereka pula lebih organize... lebih tersusun kemas, rapi meninggalkan PR yang terlebih dahulu dalam bidang alternatif ini...

    tak mustahil kalau dibiarkan dalam 3 hingga 6 bulan lagi saya yakin blog dan fb mereka pasti akan lebih banyak dan lebih menyeluruh berbanding PR...

    jadi saya harap sebelum terlewat pemimpin2 atau mereka yang bijak pandai dalam PR harus memikirkan sesuatu untuk menyatukan blogger2 dan blog2 mereka ini...

    ini memang adalah sesuatu perkara yang remeh tapi bakal menggugat PR yang pasti tak akan dapat tempat dalam media arus perdana...

    fikir-fikirkan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan