Mari sokong satu Malaysia cara Najib!


Kempen Satu Malaysia dicanangkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak sejak awal peralihan kuasanya dari mantan Perdana Menteri yang lalu Pak Lah. Berjuta-juta wang negara dihabiskan untuk menerapkan Konsep Satu Malaysia yang disifatkan oleh Najib sebagai konsep yang menyatu padukan rakyat.

Namun ReJaM© kira masih ramai lagi rakyat yang bingung dengan konsep ini memandangkan ianya kurangnya keberkesanan kempen yang dilakukan. Sebagai rakyat yang baik, dan taat kepada pemerintah Malaysia tercinta ini, kita haruslah mengikut seruan kerajaan untuk bersama-sama menyahut seruan Satu Malaysia.

Sekiranya rakyat berbilang bangsa di negara ini masih keliru bagaimana untuk menyahut seruan murni kerajaan ini, caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu mengikut sahaja gerak laku dan tindakan serta perjuangan yang dilakukan Najib. Beliau yang mewujudkan konsep Satu Malaysia, tentulah beliau lebih tahu bagaimana mengamalkannya untuk perpaduan rakyat. Maka tindakan beliaulah sebenarnya yang paling tepat di dalam mengamalkan konsep satu Malaysia. Anda hanya perlu meniru sahaja cara yang dilakukan beliau.

Bagaimana meniru tindakan serta perjuangan bapa Satu Malaysia ini?

  1. Najib sebagai Presiden UMNO memperjuangkan 'Ketuanan Melayu', maka rakyat yang berbangsa Cina haruslah memperjuangkan 'Ketuanan Cina', rakyat berbangsa India pula haruslah memperjuangkan 'Ketuanan India' begitu juga kaum-kaum lain, anda semua harus memperjuangkan ketuanan kaum masing-masing selaras dengan tindakan Najib.
  2. Najib bermati-matian memperjuangkan 'hak kaum Melayu', maka Orang Cina harus juga bermati-matian memperjuangkan 'Hak Kaum Cina', Orang India perjuang 'Hak Kaum India' begitu juga kaum-kaum lain harus meniru tindakan yang dilakukan oleh Bapa Satu Malaysia.
  3. Najib bertegas agar kaum-kaum lain jangan mempersoalkan 'Ketuanan Melayu', maka anda juga seharusnya berbuat demikian, agar tidak mempersoalkan 'ketuanan Cina' dan 'Ketuanan India' serta Ketuanan-ketuanan bangsa lain.
  4. Najib dilihat memberikan keutamaan yang lebih kepada bangsa Melayu, maka anda juga seharusnya memberikan keutamaan kepada bangsa anda.
Dengan mengikut tindakan dan perjuangan Perdana Menteri inilah cara yang paling tepat di dalam menghayati konsep Satu Malaysia. Ayuh kita jayakan konsep Satu Malaysia dengan cara yang Najib lakukan! Malah pekerja asing juga boleh menyahut seruan Satu Malaysia ini dengan mewujudkan konsep Satu Indonesia, Satu Bangladesh, Satu Myanmar, Satu Nepal dan sebagainya.


ReJaM© "Ini yang dikatakan kepimpinan melalui teladan!"

25 Comments

  1. Bro Syafiq...
    kenape ko ckp entry sampah??? boleh terangkan kat aku x ?? tang mana sampahnya???

    aku pun leh ckp.. ko bangang!
    xperlu explaination pun :)

    ReplyDelete
  2. Syafiq | Syahan cakap entry MiLo SuaM sampah, tapi izan masuk
    blog die entry die lagi mengarut tah hape-hape! he he he...
    Inilah contoh orang yang perasan bagus tapi die sendiri mengarut he he he...
    Macam Najiblah cakap tak serupa bikin... Suruh orang ikut konsep satu Malaysia tapi die sendiri tak ikut konsep tu!
    Sibuk dengan konsep ketuanan Melayu bodoh die tu!
    Macam manalah perpaduan nak tercapai!

    ReplyDelete
  3. Betul jugak kan, aku suka artikel nih!
    Kalau rakyat ikut apa yang dilakukan Najib,
    Maka lingkuplah negara! Lingkup jugalah satu Malaysia!
    Apalah perdana menteri aku nih! Mabuk betul =(

    ReplyDelete
  4. kalo najib tak buat mcm tu~~ nasib anda xkan terbela,,, anak2 melayu yang kebnyakannya yg tidak setanding kelayakan xkan dapat asuk u~ bnayka lgi la advantages yg kita xdpat... x gitu?
    adakah penulis faham apa yang di maksudkan dengan KETUANAN? berkata dasar daripada tuan; tuan tanah~ selanjutnya lu fikirlah sendili~~ kalo mampu memikirkannya~~ saudara izani,, pgil org bodoh... kalo anda bijak sangat, nape anda masih disni mengomen ngan cara yang sangat tidak sopan~ dan bro syafiq,, itu ada lah 1 komen yang sangat tidak bernas lg kejam~

    ReplyDelete
  5. ish ish ish, penat-penat aku perah otak
    nak tulis artikel ni, die boleh kata entry sampah!
    Sadis betul! =(

    ReplyDelete
  6. aq ske anynomous yang kedua tu!! komen yang mengomen! kah3~~
    rejam,,, x ke pe yang die cakap tu mcm betol?

    ReplyDelete
  7. Seorang yg tidak dikenali, Anonymous | December 6, 2010 10:34 AM menulis tanpa sedar bahawa dia menggambarkan bahawa orang melayu adalah kaum haprak! Yang lemah lagi tak berdaya. Dia gambarkan org Melayu takkan terbela kecuali Najib memperjuangkan ketuanan Melayu! Ya inilah dia Melayu subsidi yg dikatakan oleh Tun Dr M mahadewa UMNO. Apapun pembaca sekalian anda nilailah sendiri. Di blog ini anda bebas menyuarakan pendapat, walaupun blog ini aku yang punya, tapi aku tak suka guna ISA bagi orang yang menentang aku! Korang tulislah apapun yg berkaitan dgn artikel di atas supaya boleh sama-sama kita fikirkan.

    ReplyDelete
  8. Merujuk kepada ReJaM© | December 6, 2010 10:44 AM
    saya tidak mengatakan yang melayu ni kaum yang lemah,,,kita pown ada yang power2~ cuma, apa yang cuba smpaikan disitu, kita mendapat kelebihan sedikit lebih jika dinmdingkan dengan yang lain~ jika anda penah berada dalm situasi saya anda akan tahu sebab saya berkata begitu,, lgpown sebagai contoh, kita org melayu duk gaduh sape pemerintah sapa yang patut, sapa yang tidak patut, wat demonstrasi sana, bila nak ngundi, kadang ada sedikit kekecohan, cuba fikir sejenak, ada kaum2 bukan melayu banyak buat macam tu? nope! lg 1, saya bukan org pro-BN or pro-_____lain2____~ saya tidak pernah suka akan situasi politik negara kita, masing2 ada agenda tersembunyi~

    ReplyDelete
  9. Yup itu pendapat anda, tapi adakah anda
    menyokong ketuanan melayu? Adakah ketuanan Melayu itu
    adil untuk bangsa-bangsa lain? Apa perasaan anda kalau wujud
    pejuang ketuanan cina dan india? Itulah perasaan mereka
    sekarang ini.

    ReplyDelete
  10. Artikel ini menarik sebenarnya, tapi mungkin sukar nak paham
    Penulis menyindir Najib, bahawa dia membuat konsep satu malaysia,
    tapi dia sendiri tak ikut! Malah kalau rakyat buat cara yg dia (Najib)lakukan, nescaya jahanam perpaduan yg sedia ada!

    Bayangkanlah kalau wujudnya ketuanan cina, india dan bangsa-bangsa lain. Apa akan terjadi? Tentu perbalahan lebih teruk akan berlaku antara rakyat!

    Tapi Najib boleh pulak buat ketuanan Melayu?

    Siti, Perak.

    ReplyDelete
  11. ReJaM© | December 6, 2010 10:59 AM
    ketuanan melayu ada kepentingan ada jugak keburukan, tidakkah ketuanan melayu juga berkait rapat ngan institusi raja? jikalau kita tidak mempunyai ketuanan melayu, saya kira kaum2 lain seperti tidak boleh menerima kuasa institusi raja~ namun begitu, ketuanan melayu juga sepatutnya mempunyai batas, agar ia tidak menyinggung perasaan kaum bukan melayu~ kesimpulannya, saya merasakan ketuanan melayu adalah perlu, tp mempunyai batas~ agar tidak menyentuh sensitiviti~

    ReplyDelete
  12. bagi aku better ketuanan rakyat dari ketuanan melayu, ape gune ketuanan melayu kalo kite ditindas, tanah rezab melayu dijual kpd toke cina, harga air naik, minyak naik, gula naik, sume bende mahal tp kadar pendapatan x berubah....best ke jadi tuan kalo hidup papa kedana? konsep 1malaysia najib adalah contradiction of ideologies between his party and other component parties. suh org bersatu x kira kaum, tp org melayu itu tuan. mcm seorg ayah bgtau ank jadilah org baek, tp ayah tu keje sbg perompak. contradiction is a mess. dont b silly n ignorant. vote for change.

    ReplyDelete
  13. Org melayu xreti bersyukur...dh senang masuk U,tp ramai yg xnk buat betul2...Blajar pun main2....yg bangsa lain lg la.. result dyorg lg gempak wey...tp tak dapat masuk u pun..yg dpt 8A spm xpat gak msuk u..
    Yg melayu,1A jek dh bole msuk....
    Skarang pikir la...korg nk pilih yg lebih berkelayakan atau pilih atas dasar kesian kat kaum....if korg bole fikir logik,mesti la gne kelayakan kn?
    Melayu nih dah dimanjakan sangat,sampai dyorg hanyut..
    Bangsa lain lebih pandai(ini realiti) sebab dyorg kene survive tuk hidup..Yg melayu senang2 jek..yela mcm ANAK MANJA..hak2 melayu nih tak kan timbul kalau bangsa melayu rajin,n tau bersyukur.....
    Kalau masih lg ketuanan melayu nih ade,bangsa melayu akan terus hanyut n hanyut...
    Kesian ak tgok bangsa ak mcm nih..

    ReplyDelete
  14. Aku setuju yang parti memerintah sekarang tak membela nasib melayu pun....Mereka menggunakan melayu yang ada untuk kepentingan sendiri....Perlu ke bela nasib mereka yang pemalas dan tak bersyukur?tak perlu saya rasa...Balasan mestilah setimpal dengan usaha....
    Tentang komen sebelum ini,memang kesian mereka yang berusaha lebih tetapi tak mendapat balasan yang harus mereka dapat....
    Kalau hendak bela nasib melayu,kuasai ekonomi, bukannya bagi hak-hak istimewa yang berat sebelah...

    ReplyDelete
  15. *Bukan semua MELAYU pemalas dan tak tau bersyukur,tapi majoriti bangsa Melayu yang bersikap begini..(tak dinafikan)..Yang minoriti tu Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  16. Anon 10:43am...
    "..anak2 melayu yang kebnyakannya yg tidak setanding kelayakan xkan dapat asuk u.."

    Erkk maksudnye sblm ada 1malaysia ni melayu susah masuk u ke?uitm tu bukan utk melayu shje?..segelintir melayu yg tak dpt masuk U sebab diorg malas belajar(sorry to say)..merempit,melepak,buat aktvti xfaedah,buang anak..tak percaya??..tu pusat serenti tu sapa yg penuhkan??..takpe kalau tak dpt masuk U(ipta) pn g la kursus2 kemahiran,yg rajin berusaha dia berjaya,ak ramai kwn2 yg tak masuk U tapi bly bjye..so berubah la org melayu,jgn salahkan kaum lain kalau anak-anak korg ketinggalan..manje boleh,tp jgn lebih2 smpi mengada2 hehe

    ReplyDelete
  17. bkn ketuanan melayu itu yg x baik..politicians yg menggunakan ketuanan melayu dgn cara yg tak baik...setiap kali ade masalah dlm bgsa melayu,mereka akan mention ketuanan melayu...bile wat mcm 2,dlm situasi tertentu akan seperti racist remark rite? x minat "ketuanan melayu"..kaum lain bkn hamba,maka melayu bkn tuan.."hak istimewa melayu" lebih adil bunyi nye.kite bkn dimuliakan,tp diangkat martabat je...

    ReplyDelete
  18. bukan sebelum 1Malaysia melayu susah masuk u~~ saya sokong dengan Anonymous | December 6, 2010 12:34 PM~ memang betol apa yang dia ckap~ pengalaman saya masuk ke matrikulasi melihat ramai anak2 melayu yang masuk ada yang dapat hanya 2A sedangkan kaum minrotiti yang masuk kesitu ada yang mendapat straightA, bukan stakat 8 atau 9, 12 pown ada~ bila saya bertanyakan kepada mereka, mereka tidak mendapat walau untuk ke temuduga sekali pun! pelik~ saya hanya terdiam~ kesian pown ada~
    Anonymous | December 6, 2010 5:42 PM
    saya sokong ngan anda~ bukan sebelum 1 MAlaysia,,, selama ni pown ketuanan melayu~ anda rasa frasa bumiputera itu selama ini membawa maksud apa? memang uitm untuk melayu shj,, mengapa tidak pula u hanya untuk bukan melayu? uitm semakin banyak~~ brape ramaia yang benar2 layak untuk mauk ke sesbuah u? brapa ramai pula yang benar bijak pandai, serta berdaya saing dalam dunia sekrang?

    ReplyDelete
  19. bangsa x perlu ade tuan...semua org adalah hamba pada Allah...yg penting org itu beriman dan berpegang pada Islam...x kesah dia siapa pon...cina,india,melayu,kadazan,bidayuh...sejak dr zaman rasullulah s.a.w lagi,xkan wujud penyatuan bangsa nie sbb semua pon nak lebey...najib ni racist,x membantu org melayu, gila kuasa dan pangkat, 1 malaysia yuh dah bagus, tapi ketuanan melayu tu x bagus...kalau pemimpin itu adil, beriman dan berpegang pada Islam, semua bangsa lain akan hormat...tapi kalau cam najib nie...semua pun tetap duk maki hamun sampai bila2...

    ReplyDelete
  20. sapsapsoi~2x~ anda sememang nya tidak memahami ketuanan melayu,,, bukan maksud nya tuan kepada melayu,,,, itu ada lah salah,,, melayu memang tidak perlu ada tuan, tp ketua~~ penah pikir ape yang bakal terjadi kalo x da ketuanan melayu? gila kuasa dan pangkat? mengapa anda berkata begitu??? anda tersingkir ke waktu nak jd PM ke? kah3~

    ReplyDelete
  21. wongjowo peranakan7 December 2010 at 14:31

    Apa beza ketuanan melayu dan keistimewaan melayu...Apa susah sgt....Ketuanan melayu tu tak ada dlam perlembagaan. keistimewaan melayu yang termaktub dalam perlembagaan..tapi keistimewaan tu la yang "MELAYU" sendiri hancurkan.....

    ReplyDelete
  22. ketua tu ape? kenape kene ade ketua lak melayu nie...bangang sangat ke melayu kene ade ketua...dah najib tu jadik pm dia tuh ketua bukan melayu ke? kalau dah nak kene ade ketua patutnya bijak membela bangsa, bukan menghancurkan bangsa sendiri...agaknya anon kat atas ni kene ade ketua kot...kakaka...cam kambing kene ada gembala...kalau tak otak dia mereng ketua x suap makan...

    ReplyDelete
  23. senandung insan khilaf manusia11 January 2011 at 07:35

    segala yg berlaku insyaallah

    1.ada hikmah:kite lihat sejarah dahulu,pembinaan gereja terlalu byk d rom,tetapi telah di rampas oleh khalifah islam dan gereja² tersebut tidak di robohkan tetapi diganti menjadi masjid dan berkumandang indah azan d sana.

    2.berdoa:mengapa perlu sesama islam perlu kata mengata sedangkan sesama islam.apa kata kite ikut seperti sunnah nabi.nabi muhammad tak pernah caci mencaci org walaupun nabi disakiti.tak ingatkah kita pada kisah nabi di baling najis oleh seorg yahudi yang mana akhirnya yahudi tersebut memeluk islam.seelok²nya kita mendoakan yang mana apa yg org seagama kita buat adalah untuk kebaikan agama yg dianutinya.cubalah kita berdoa apa yg pemimpin kita buat biarlah memberi keuntungan pada agama yg dianutinya...berdoa berdoa dan berdoa.

    ReplyDelete
  24. rasanya xde apa yang sampah kot pasal artikel nie. KOnsep 1 Malaysia memang penting en???so kte boleh sentiasa bersatu-padu and x gaduh2??haha

    -sha-

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan