Universiti Philipina anjurkan larian bogel


Sejumlah 30 pelajar lelaki dari Persaudaraan Alpha Phi Omega mengambil bahagian di dalam acara tradisional "larian korban" di sebuah Kampus bandar Universiti Philipina, pada 15 Disembar lalu.

Acara larian yang sama juga telah diadakan di sebuah kampus Universiti Manila pada 10 Disember lalu.

Ratusan pelajar memberikan sorakan kepada mereka yang berlari bogel sekeliling Kampus universiti dengan hanya memakai topeng muka bagi menyembunyikan identiti mereka.

Acara larian bogel tahunan ini diadakan bagi menarik perhatian kepada isu utama hari berkenaan di Filipina.

Larian bogel pada tahun ini adalah sempena bantahan terhadap pemotongan bajet untuk universiti berkenaan, yang mana dipercayai akan mengancam kualiti pendidikan dan menyebabkan kenaikkan terhadap yuran pengajian. - Reuters.


Sumber: Free Malays

ReJaM©

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan