Alasan kukuh Najib tak lawat jenazah S/U UMNO


Sebelum ini MiLo SuaM ada mengulas tentang isu Perdana Menteri tidak melawat jenazah "orangnya" iaitu seorang setiausaha kerja UMNO Cawangan Tenang, [PM terlupa?]. Ramai pihak yang mengatakan bahawa kisah ini adalah fitnah!

Ada yang mengatakan Perdana Menteri Najib telah melawat jenazah itu (persoalannya mengapa tiada liputan media perdana? Bukankah ini isu yang hangat untuk meraih undi bagi keuntungan BN?), ada yang mengatakan tiada setiausaha UMNO yang mati di Tenang, dan pihak PAS sengaja mencetuskan fitnah untuk memburukkan Perdana Menteri (Jadi jenazah siapa pula yang disembahyangkan di masjid tersebut?).

Akhirnya lidah rasmi Kerajaan Barisan Nasional, menjawab persoalan yang timbul. Rupanya Najib tak tahu ada orangnya yang meninggal dunia! Sangat kukuh alasan ini, dalam beribu pemimpin dan penyokong Barisan Nasional yang hadir di Tenang tiada seorang pun yang sedar ada setiausaha UMNO yang meninggal dunia! sila klik untuk membaca laporan Utusan Malaysia



Adakah masjid tempat jenazah itu diletakkan tersorok di dalam gua terpencil di dalam sebuah hutan di Tenang sehingga tiada seorang pun pemimpin dan beribu penyokong BN yang boleh memaklumkan hal ini kepada Perdana Menteri?

Adakah kematian Setiausaha Kerja UMNO cawangan Tenang ini dianggap sebagai isu kecil dan remeh? Kalau begitu terpulanglah, apa pun jelas sekali calon PAS "Cikgu Mala" ada di tempat kejadian untuk melawat jenazah tersebut malah turut disiarkan di Utusan Malaysia.







CiLiK© "Orang mati sudah tak boleh berkempen dan mengundi untuk Barisan Nasional"

11 Comments

  1. ape nak buat .. jenazah tu mana leh bangun panggil Najib ziarah dia... hahahahah

    ReplyDelete
  2. Al fatihah utk yang S/U UMNO cawangan tenang..

    ReplyDelete
  3. Korang sedar tak yg najib ni suka bagi alasan yg bodo2.

    -Ajak berdebat punya la penakut, alasan tiada manfaat.
    -SU sndiri mati, jenazah 50m je dari tmpat dia merapu, tak pegi alasannya tak tahu.
    -isu wanita pertama
    -isu menara warisan
    -felda
    -subsidi
    -altantuya
    -(tambah sndiri)
    -(tambah sndiri)
    -(tambah sndiri)

    Dah malas nak dengar alasan2 sibotak tu.

    ReplyDelete
  4. belum lagi kes POA tanah KTMB...sian aku tgk KTMB..tanah kene amek..pastu wat bodoh jer biar KTMB urus sendiri..Lee Kuan Yew dah mula kuar kan buku dia memerangi islam...adakah ada kaitan dengan POA???

    ReplyDelete
  5. Apalah bangang Najib ni?
    Alasan tak munasabah!
    Mcm budak bangang!

    ReplyDelete
  6. HAFSZACK :

    Pak iman dan AJK pun buat tak tahu jer dgn mayat tersebut sbb bagi mereka menyambut Najib sambil mencium tangan Najib tu Fardu Kifayah dan lebih Afdal daripada menguruskan jenazah umat islam..

    Ramai penyokong UMNO tahu tentang kematian tersebut tapi sebab nak melantak free punya fasal so abaikanlah dulu tentang urusan pengkebumian jenazah.. bukannya senang BEB dapat melantak Free..

    Kan puak2 sebelah sana ni daya pemikiran mereka semuanya lemah, lembab, cerita berpusing2, happy go laucky, syok sendiri, malas membaca dan berfikir, suka hiburan ( kuda kepang dan joget lambak )jarang membuat kajian ilmiah, bangsa subsidi.. sbb dah senang lenang dgn subsidi takut bila kerajaan bertukar tangan tak dapat subsidi pulak nanti..

    Diorang ni sama macam Mamak penang yang dah buang tebiat sekarang ni.. Keturunan Mamak mengaku melayu.. kalau kat Johor ni tak tahulah pulak aku mereka ni keturunan apa dan berasal dari mana..?? yg kelakarnya mereka tetap mengaku mereka ni melayu.. wakaka..!!


    Last2 sekali terpaksalah keluarga SU ni yang kesemuanya UMNO totok buat tebal muka bila Para pemimpin serta ahli PAS menguruskan jenazah tersebut baik dari segi memandikan mayat, solat jenazah, mengkebunikan jenazah dan mentalqinkan jenazah..

    Yang peliknya semua kaum keluarga SU yg totok UMNO tu tetap akan mengundi BN sebab apa aku pun tak tahu... mungkin sebab jenis BEBAL kot...!!

    ReplyDelete
  7. al-fatihah kpd beliau.. tp serius mmg kesian dowh.. mase idop suah-payah keje nak sambot pm dtg.. alih2 dtg ajal sorg pon x peduli..

    ReplyDelete
  8. sperti biasa awang selamat kena cuci najis najib kat meloya

    ReplyDelete
  9. Kalau tak tahu perkara begitu dekat, sila berhenti jadi PM. Amat bahaya punyai PM yg tidak tahu apa yg berlaku dekat dia. Kalau musuh masuk kelambu dia pun, dia akan kata tak tau.

    Yang dia ambik tahu sangat ialah mengenai bontot saifool yang jumpa dia mengadu disontot.

    Satu pagi najib pergi opis nk masuk pejabat PM kena tahan dgn rosmah. Rosmah kata,"kan saya dh jadi PM sekarang, awak dok bilik saya". Najib akan jawab,"Maaf I tak tauuuu".

    Belum lagi bab tunduk ke oghe tino. Bala kata hobi najib ni dgn altantuya sama dgn hobi saifool tu. Sendiri yg bikin, Anwar yg difitnah.

    Apabila fitnah berleluasa, maka tak lama jatuhlah pemerintahan yg ada. Amiin

    ReplyDelete
  10. Olang cina cakap takle hing kalau tengok olang mati sebelom main yudi..

    ReplyDelete
  11. tu pun nak kecoh...relax r bro...
    yg penting, sedekah jea ayat suci. klau pg, x sedekah ayat suci & x ikhlas, baik x pyah pg


    norshah

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan