Anwar kata dia tak pernah ajak Najib berdebat



Portal The Malaysian Insider yang memetik laporan Bernama menyiarkan kenyataan ketua pembangkang Anwar Ibrahim yang mengatakan bahawa beliau tidak pernah mengajak Perdana Menteri Najib Tun Razak untuk berdebat mengenai isu ekonomi dan pelan 100 pakatan rakyat yang sebelum ini diperlekehkan oleh Najib [The Malaysian Insider].

Sebaliknya Anwar mengatakan bahawa beliau sebenarnya mengajak perdana menteri untuk berbincang mengenai isu ekonomi supaya rakyat dapat menilai perancangan siapa yang lebih baik.

Bagaimana pun kalau dilihat daripada surat pelawaan yang dihantar oleh Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri, jelas sekali beliau mengajak Perdana menteri untuk berdebat dengannya berhubung isu ekonomi ini. Berikut surat yang dimaksudkan, lihat pada tajuk surat tersebut, [surat cabaran debat]



Agak menghairankan bila tiba-tiba Anwar Ibrahim memilih pendekatan yang lebih sopan kepada Najib. Sebelum ini debat, namun tiba-tiba debat bertukar kepada perbincangan pula. Jelas sekali sekiranya Anwar mencabar Najib untuk berdebat, maka Najib akan mencari seribu satu alasan untuk mengelak sambil membuktikan kononnya beliau tidak gentar untuk berdebat.

Justeru itu, sehingga kini Najib tidak menyahut cabaran itu, sebaliknya beliau berdolak dalik sambil mengaku beliau hebat, malah Anwar pula yang dikatakan akan "demam" kalau berdebat dengannya.

Kalau dilihat, sifirnya mudah sahaja. Anwar cuba memancing najib agar menyahut pelawaannya untuk "berbincang" tentang isu ekonomi. Namun apabila Najib sudah bersetuju, maka medan perbincangan yang diharapkan oleh Anwar untuk disiarkan oleh media perdana itu bakal bertukar menjadi medan debat untuk rakyat membuat perbandingan.




ReJaM©"Pujuk dulu elok-elok bila dalam gelanggang baru bedal cukup-cukup kah kah kah..."

4 Comments

  1. Mane satu ni, ape laa...
    Kejap kata debat, kejap kata bincang. Nak bincang pegi jamban la.

    Mangkuk betul...

    ReplyDelete
  2. Cisss x17....
    Jahanam punya BERNAMA. Ni mesti najib bayar nak tunjuk anwar ni cakap berbeli2, padahal najib takde telur.

    ReplyDelete
  3. 1. mmg takde telur..
    2. tunggu rosmah balik beri kata putus utk sahut cabaran debat tuh!!!

    ReplyDelete
  4. Surat anwar itu terpakai. Debat..

    Tidak kiralah debat atau bincang, demi negara dan rakyat. Debat atau bincang tentulah mengutara aspek positif dan negatif. Main bola persahabtan pun boleh jadi gaduh.

    Masalahnya, apalah yg najib nak mengelak kalau dah boleh buat Anwar demam. Apa nk takut dgn org demam.

    Sudahlah digantung 6 bulan dpd bersuara di parlimen, nk bincang pun tidak diendah. Hantar je Shabery kalau najib takut demam campak berulang.

    Susah sungguh nak memujuk budak pengecut ini utk berbicara. Lepas ni guna je bahasa 'Anwar ajak najib bersantai mengenai program 100 hari'.

    Untuk mengelak penyokong masing2 menganggu ketenteraman awam, buat saja di Mongolia.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan