Cubaan Felda untuk menipu peneroka gagal lagi

Cubaan Felda untuk menipu peneroka bagi mengayakan kontraktor cukong (kroni) mereka berjaya dipatahkan lagi apabila Mahkamah Tinggi Seremban, menolak permohonan injunksi cukong yang dilantik oleh Felda.

Syabas untuk warga Felda yang celik hati! Felda dilihat cuba menipu peneroka apabila ingin memohon perintah injuksi dari mahkamah agar peneroka dihalang daripada mengusahakan penebangan pokok-pokok getah milik mereka dengan cara melantik kontraktor peneroka sendiri. [Sinar]



Felda dilihat ingin merompak hak peneroka apabila menawarkan harga RM 28, 000 hasil jualan pokok getah seluas 7 ekar kepada peneroka melalui cukong yang dilantik oleh Felda, sedangkan dengan melantik kontraktor peneroka sendiri, pihak peneroka mampu memperolehi bayaran sehingga RM 35, 000 untuk keluasan yang sama.

Felda yang sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk memberikan keuntungan yang lebih kepada peneroka sebaliknya cuba merompak harta peneroka untuk memberikan keuntungan berganda kepada cukong-cukong mereka. Harta peneroka mahu dirompak untuk meyuap cukong-cukong kerajaan yang dahagakan kontrak!


ReJaM© "Apa pun peneroka masih ada yang buta menyokong perompak!"

3 Comments

  1. ...malaysia... oh tanahair ku... tempat tumpahnya darahku...

    ReplyDelete
  2. satu demi satu kes yang melibatkan antara peneroka dan Felda telah membuktikan bahawa Felda telah terlalu banyak menipu peneroka sejak sekian lama. Felda telah menjadi satu badan yang kaya-raya melalui hasil yang dikeluarkan oleh peneroka. segala penat-lelah peneroka hanya diberikan imbuhan berupa hutang bernilai puluhan ribu ringgit. semoga semua peneroka di seluruh Malaysia sedar bahawa tanah ladang seluas 10 ekar itu adalah milik mereka dan hanya mereka yang berhak ke atas segala hasil dari tanah mereka. bukannya Felda yang selama ini menjadi 'kuda tunggangan' BN untuk terus mendapatkan sokongan peneroka.

    ReplyDelete
  3. feldacekikorgfelda31 January 2011 at 23:20

    org dalam felda nak komisen la tuh...hehehe...benda ni benda yg dah selalu dengar...dah bertahun dah felda nie rompak...dulu je felda ok...nak bantu melayu...skang ni semua nak cekik darah melayu...tapi peneroka mana nak tau semua nie...duk baca utusan lagi...sbb senang nak buat balut pisau toreh ngan bekal nak bwk g noreh...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan