MB Johor beri amaran, PAS akan potong tangan pencuri!

Sama ada anda percaya atau tidak, namun inilah wajah sebenar pemimpin UMNO yang memperlekeh dan mempersenda hukum Allah. Menteri Besar Johor, Ghani Othman memberi amaran kepada para pengundi di DUN Tenang supaya jangan mengundi calon PAS, jika tidak "Parti Islam itu akan memotong tangan anda jika mencuri" [Malaysia Chronicle].

Dalam kempennya yang disiarkan di dalam bahasa Inggeris di portal Malaysia Chronicle, beliau berkata seperti berikut,

“What will happen when PAS comes to power? PAS already came to the Felda areas, saying that they want to form an Islamic state. They say they want laws to chop off your hands for stealing. That is the content of their campaign with the Malays in Chemplak in Tenang,”

Terjemahan:

"Apa akan jadi bila PAS mendapat kuasa? PAS kini sudah sampai ke kawasan-kawasan FELDA, mereka kata mahu menubuhkan Negara Islam. Mereka kata mahukan undang-undang yang akan memotong tangan kamu jika mencuri. Inilah isi kandungan kempen mereka di hadapan Orang Melayu Chempelak di Tenang,"


Seorang pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam yang sepatutnya memberikan pemahaman kepada orang bukan Islam tentang kebaikkan dan keindahan Hukum Islam, sebaliknya bertindak menakut-nakutkan orang bukan Islam dan mengelirukan mereka.

Sekali lagi "Akhirat dijual demi kuasa politik di dunia"

Tergamak menteri ini memburuk-burukkan Islam di hadapan orang-orang bukan Islam, di manakah rasa cinta dan imannya terhadap Agama Allah? Adakah hukum 'hudud' yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran hanya layak dijadikan bahan untuk diperlekeh dan dipersendakan?

Secara peribadi, ReJaM© benar-benar terkejut dengan kenyataan ini, apabila ia keluar dari mulut seorang pemimpin yang beragama Islam. Menolak satu ayat sahaja dari Al-Quran sudah dihukum sebagai orang yang ingkar dan kafir, bagaimana pula hukum mempersenda dan menakut-nakutkan manusia lain dengan cara ini?

Sanggupkah anda sebagai seorang Islam yang cintakan Agama Allah ini bersekongkol dengan pemimpin seperti ini? Dia hanya mementingkan kuasa politiknya, agamanya sendiri sanggup digadaikan demi politik! Barangkali dialah yang paling takut dengan hukum Islam, kerana jika ia dijalankan di Malaysia, maka tangannyalah yang terlebih dahulu akan dipotong kerana merompak harta rakyat!



ReJaM© "Tolak UMNO Tolak BN Mari rapatkan saf pertahankan Islam!"

37 Comments

  1. Biasanya pencuri, perompak & penyamun je yg takut undang2 ni dilaksanakan. Kot org x buat kerja2 tuh, nk takut buat per!!!

    p/s: jika kalian bkesempatan, cuba tanya sendiri mangsa2 yg pernah kena samun atau rompak, apakah perasaan & pandangan mereka bkenaan hukuman pesalah ini?

    ReplyDelete
  2. kadang2 rasa dorang ni tak pk panjang, ilmu agama mungkin tak diterapkan dengan btol. camne leh jadi menteri? ni la tanda2 akhir dunia. kuasa tidak jatuh kepada orang yang berhak tetapi jatuh kembali kepada orang yang berkuasa

    ReplyDelete
  3. astargfirrullah...cepatlah bertaubat..jangan pertikai itu hukum Allah.

    ReplyDelete
  4. Puak2 UMNGOK ni takut kat hukum hudud Islam. Rasuah, mencuri, menipu, fitnah dan banyak lagi korang leh pikir sndiri. Dan PAS ni pulak parti Islam. Paham2 je la.

    Tgk pemimpin diorang ni cakap pon bermuka2. Munafik.

    ReplyDelete
  5. abis la org umngok sume kene potong tgn sbb dorg mencuri harta negara... tu yg dorg takut tuu..

    ReplyDelete
  6. Wahai penyokong setia UMNO/BN sanggupkah anda melihat agama Islam diperlekeh dan dipersenda begini hanya kerana kenyataan dari mulut pemimpin anda sendiri kemana keikhlasan anda dalam memperjuangkan agama?
    Ternyata anda cuma mementingkan parti dari agama....

    ReplyDelete
  7. tgk sini weh..best..

    http://www.youtube.com/watch?v=s4ea0c6HYOw

    ReplyDelete
  8. kata ulama.. kalau kita tak mampu nak laksanakan hukum Allah, kita jgn persendakan hukum Allah tersebut.. Kita diam je lah, kalau kita persendakan jugak bermakna kita mempersendakan ALLAH, maka hukumnya kita jadi kafir..

    wahai ghani othman! memang jelas ngko telah mempersendakan hukum Allah, maka wajib bagi kamu wahai ghani mengucap kembali dua kali syahadah & taubat nasuha.. jika tidak maka kamu telah pun tergolong di dalam golongan org-org kafir!!!

    -s/u jkkk-

    ReplyDelete
  9. mb johor sama bangang dgn najib jugak.. bodoh...

    ReplyDelete
  10. yg takut sgt tu naper..ker MB pon pencuri jugak dulu wakakaka

    ReplyDelete
  11. KALU BETUL GHANI TU CKP MCM TU...MAKA HUKUMNYA TERBATALLAH SYAHADAH YG MEMBAWA KEPADA KAFIR...DIE KENE NGUCAP BLK TU...KALU X MATI NNT MATI KAFIRLA...UMNO2!BERTAUBATLA!!

    ReplyDelete
  12. astagfirullahalazim...
    Ghani othman nih kira sekutu2 yahudi ar.. munafik same cam mahathir yg mula2 keluar kenyataan org islam cacat klu hudud dilaksanakan...

    yg jadi mangsa rakyat2 yg jahil & puak2 umno yg taksub pada bangsa...subhanallah... umno,mca & mic,PPP,gerakan & sekutunya adalah sebuah pakatan ahzab yg jahil dgn agama!!

    -Amri-

    ReplyDelete
  13. Melayu UMNO semakin BODOH & DUNGU bila mana bangsa lain terus maju..

    ReplyDelete
  14. menyesal aku undi BN PRU lepas!
    Memang celaka!
    Pemimpin yg permainkan Islam mcm ni mmg tak boleh
    dimaafkan!

    ReplyDelete
  15. dalam politik apa pun blh berlaku termasuklah menghina agamanya sendiri...MB Johor takut Tenang jatuh kepada pembangkang pasal aku dengar dkt DUN Tenang ramai pengundi PAS...

    ReplyDelete
  16. sangat kecewa dengan pemimpin yang dangkal...
    edar dadah hukum mati pon orang tak takut..
    apa lagi skdar potong tangan.
    andai suatu hr nanti ALLah turun kan bencana pada orang itu..di rompak n disamun rumahnya... pesalah tue hukum setahun penjara je..
    biar penyamun tu keluar nanti...samun dia lagi..

    ReplyDelete
  17. den maso sklah dulu belajar kamal atatuk, buku teks kato bapa pemodenan, dah bosar baru den tahu manusio tu islam sekular,den tak sangko kek malaysia ni dah ado orrang macam ni, mb pulak tu....lu pilih la sendiri

    ReplyDelete
  18. saje2 jer dpt tiket free...kerana mulut badan binasa...

    ReplyDelete
  19. bila dah terdesak jadi mcm ni la hukum Allah plak disalahkan...mengucapla ghani othman jgn memain hukum Allah...

    ReplyDelete
  20. oh... Ghanie Othman sokong pencurian rupanya!
    bagus betul punye pemimpin bantu pencuri cari jln escape plak. bknnye nak banteras pencurian! makin menjadila jenayah kalau mcm tu. org mcm dia kne diingatkan semula apa yg diblaja time skul mnengah dulu. hukum hudud bknnye main taram je. kena ada saksi dan sebagainya. sgt telus. xde org yg ptt takut pada hukum hudud. smpai akhirat pun tetap relevan

    ReplyDelete
  21. itulah wajah sebenar UMNGOK. nama kat IC je islam. dah lah sesat. menyesatkan orang lain pulak. bodoh punya MB.

    ReplyDelete
  22. Hukum hudud yg datang dari ALLAH, pasti ada hikmahnya...ALLAH maha mengetahui. Kenapa kita sebagai hamba-NYA mempersoalkan sesuatu yg datang dari ALLAH...Kita laksanakan pun belum, dah menidakkannya...biar sejahil mana pun kita janganlah mempersendakan hukum allah..

    ReplyDelete
  23. mana dia PERKASA ciptaan KATAK, mana dia, selalu hebat sgt nak memperjuangkan bangsa dan agama...mana dia...tuihh...pirah politikus2 yang menjual agama..

    ReplyDelete
  24. Mb yg tidak akan mati selama-selamanya!!!!!!!
    sebab itu dia tak takut cakap macamtu ....

    ReplyDelete
  25. Meragui dan mempersendakan apa yang datang daripada Allah...hukumnya KAFIR....semakin ramai umat Islam jadi KAFIR tanpa disedari...

    ReplyDelete
  26. pelik...kenyataan tersebut dikeluarkan oleh MB JOHOR sndri..apa dye x blajar agama ke..bukan senang nk jalankn hukuman potong tngan...kena ada saksi,bukti dan mcm2 lg..knyataan tersebut hanyalah utk menakutkn pngundi bukan islam...kepada MB johor...soalan saya..apakah agama kamu??...hukum ALLAH adlah sebaik-baik hukum di dunia dan akhirat......

    ReplyDelete
  27. apa yg mb ckp pasal islam tu aku x pelik sangat... yg aku pelik sangat2... masih ramai lagi yg sokong tuuu

    ReplyDelete
  28. wan...
    nampaknya orang Islam sendiri tak faham hukum Islam...
    perkara ini amatlah mendukacitakan........

    ReplyDelete
  29. wan....
    kerajaan patut menerangkan kepada rakyat tentang hukum hudud....
    gunakanlah semua media yang ada untuk menerangkannya.....
    akhirnya jadilah seperti ini....
    orang islam sendiri gagal memahami islam...
    islam bukan sahaja solat,puasa,zakat dan haji...
    pemerintahan islam juga adalah termasuk dalam ajaran islam.....

    ReplyDelete
  30. Diulangi peringatan utk pengundi Tenang..

    Dikertas undi anda ada 2 pilihan ; parti yg mendokong Islam dan parti yg menolak/menghina Islam.

    Pilih yg sokong Islam adalah jihad, pilih yg menentang/menghina Islam adalah laknat. Percayalah...

    penyokong umno...pilih...Islam atau parti ?

    ReplyDelete
  31. kenyatan osman ghani ni la yg menjauhkan org bukan islam kpd islam...sama la dgm ma-shit-tah...ustazah phd yg full of shit! sah2 hukum potong tangan tu dari Allah buat apa nak pertikai? Phehh bukan calang2 org pak menteri dgn mak menteri (timbalan pun...besor jawatan tu)yg buat statement...kalau stakat khairi jamaluddin tu okey la sikit...versace guy apa yg dia tau...satu lagi depa2 ni ingat tangkap pencuri terus kerat kat situ gak ke? astaga...mesti la ada siasatan dsb...tapi last sekali puak2 jahanam ni bila dah out of point maka akan terbitlah "kami tak tolak hudud tapi kami tolak hudud versi PAS..." KAHKAHKAHKIOK

    ReplyDelete
  32. Salam....
    Beselar..senang citer klu dah perangai sebijik cam syaitan cuma bertopengkan manusia je...akan berani berkata2 demikian...

    Dan apabila org mengatakan menyokongnye samelar membiarkan kekufuran berpijak dibumi Malaysia ini. Maka org yg menyokong juga boleh menjadi kufur...kenyataan ini bukan saje2..tp itu hakikatnya..

    Pilihnya boleh menjadi kafir...nauzubillah..

    ReplyDelete
  33. menteri besar johor yang tak tak tahu hukum agama..buat malu je..memalukan orang islam keseluruhannya hanya kerana pangkat dan kuasa...cakap serupa lembu..ada akal tapi hanya guna untuk makan ...

    ghani anak lelaki osman...kamu lebih hina dari babi...babi pun tak menghina atau menyangkal dan mempermainkan hukum islam..jadi kamu mempunyai taraf lebih buruk dari binatang...

    kerana kuasa dan harta kamu mempermainkan ugama yang suci ini...kamu ni takda ugama ke...

    ghani ..semuga calon kamu lingkup dan semuga ALLAH menyebelahi calon pas...

    nanti kita potong tangan kamu...

    ReplyDelete
  34. makin meluat dengan kebodohan mb johor neh~

    ReplyDelete
  35. tak ingat akhirat ler tuh........ mb umno, memang camtu...

    ReplyDelete
  36. assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

    kali kedua aku tergerak hati utk komen post yg slama ni aku cume baca je tanpa komen..

    bawalah mengucap semua.. ingat la, hidup kita, mati kita kerana Allah.

    setelah aku baca komen2 dr pihak PR dan BN, kamu semua perasan tak? kenape agama ISLAM sahaja yg sering dijadikan isu. tahukah kamu semua bezakan antara agama dan bangsa? islam, buddha , hindu , kristian ini adalah agama. melayu , cina , india adalah bangsa. harap kamu semua faham apa yg aku nak sampaikan. kenapa hanya islam SAHAJA yg jadi isu dlm politik? kenapa buddha atau hindu tak jadi isu? kenapa politik sekarang nak banding ISLAM, cina dan india? bukan semua org melayu adalah islam. apakah yg kamu faham tentang islam? adakah disebabkan kamu semua melayu, bermakna kamu islam melalui warisan? sedarlah wahai umat islam. bumi kita sudah tua. sedarlah kita, bahawa nabi S.A.W berpesan, jika kita tersesat, maka rujuklah kpd al-quran dan as-sunnah. politik malaysia sekarang ni antara melayu, cina, india dan lain2.. dan janganlah babitkan islam. sebab, jika kata2 kita terpesong akidah, maka ini syirik kecil dan boleh murtad. jaga2lah percakapan kita kerana nabi pernah bersabda, lidah manusia lebih tajam drpd pisau.
    jagalah agama kita walaupon kita semua berlainan parti politik. kita menyembah allah tuhan yg maha esa walaupon parti bn atau pr.
    akhir kata, yg baik dtg dr Allah. yg kurang itu dtg dr aku hambaNya yg lemah dan ikhlas mngajak saudara2 ku bersatu walaupon berlainan politik.
    insyaAllah..

    ReplyDelete
  37. Kalau UMNO nak Tuan Guru Nik Aziz disiasat ttg kenyataannya...bolehlah siasat... tapi jgn lupa untuk siasat dan ambil tindakan kepada mereka yg mempertikai hukum Allah seperti Dr. Mashitah dan MB Johor ni. Ia juga boleh memecahbelahkan AGAMA kita dan bukan BANGSA MELAYU seperti yg dikuatiri oleh UMNO... silalah siasat...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan