Peguam minta perlahan azan mohon maaf


Berita baik kepada semua umat Islam, sungguhpun tanpa liputan dari akhbar dan media perdana, namun hasil tentangan para blogger yang mendedahkan serta mensensasikan kisah seorang peguam MCA yang membantah laungan azan kerana didakwa mengganggu tidurnya di waktu pagi, maka dia telah membuat satu sidang media untuk memohon maaf kepada seluruh umat Islam hari ini.

ReJaM secara peribadi menerima permohonan maaf dari peguam tersebut. Janganlah isu ini diperbesarkan lagi. Umat Islam tidak zalim, cukuplah sekadar sepatah kata maaf dari si pelaku yang bersalah kerana menghina Agama Islam, maka api kemarahan umat Islam segera terpadam bagaikan ditimpa salji.

Apa pun tahniah diucapkan kepada semua blogger, penulis facebook dan pengamal media lain di internet yang memainkan peranan masing-masing untuk mensensasikan isu ini meskipun media arus perdana cuba menyembunyikannya memandangkan peguam tersebut adalah seorang ahli MCA malah mengakuinya di dalam surat aduan sebagai ahli seumur hidup MCA. Perjuangan anda di dunia maya telah memaksa peguam ini untuk memohon maaf secara terbuka.


Apa yang melucukan bila Utusan Malaysia hanya menyiarkan berita tentang isu ini di saat peguam MCA tersebut meminta maaf sedangkan semasa isu peguam ini membantah laungan azan heboh didedahkan di internet, Utusan langsung tidak membuat liputan. Malah berita yang disiarkan oleh Utusan yang dipetik dari Bernama, tidak menyatakan bahawa peguam tersebut adalah ahli MCA.


ReJaM© "Amaran kepada makhluk-makhluk bukan Islam yang lain, jangan cari masaalah!"

10 Comments

  1. peguam pun masih keliru.apa lagi yang bukan peguam senggal terus.macam nak test market nampaknya.tahniah blogger semua ...

    ReplyDelete
  2. "Umat Islam tidak zalim, cukuplah sekadar sepatah kata maaf dari si pelaku yang bersalah kerana menghina Agama Islam, maka api kemarahan umat Islam segera terpadam bagaikan ditimpa salji."

    suka ayat neh.

    ReplyDelete
  3. Saya tak setuju kita hanya nak menyalahkan peguam tu. Dia keliru antara kuliah subuh dgn azan. Soalnya kenapa kuliah subuh kuat sangat sampai kedengaran 1 km jauhnya? Elok kita muhasabah diri, jangan menzalimi orang bukan Islam sampai memberi pandangan serong ke atas Islam.

    ReplyDelete
  4. setuju ngn komen Ihsan..walaubagaimanapun, Utusan memang pandai buat lawak. haha..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. MENGARUT... dah brape taun dia dok malaysia ni sampai xleh beza antara AZAN & KULIAH SUBUH? Cina tu asalnya bkn rakyat Malaysia ke? Dlm TV pun hari2 dok gtaw "sebentar lagi berkumandang azan menandakan masuknya waktu solat fardu bla bla bla" cina tu dok hutan ke sampai azan kat TV pun xpnh dgr? Bodoh... Memang bodoh statement dia tu. org yg suruh bagi statement mbela diri tu pun TERLEBIH BODOH DARI SEGALA YANG BODOH

    ReplyDelete
  7. kuliah subuh dan tazkirah tarawih pun umno tak dapat beza. ceramah agama dan politik pun tktau beza, kenapa mesti marah kalau cina tktau beza kuliah dan azan.

    yg penting sudah minta maaf. setiusaha PP hari tu pun dh minta maaf, terus senyap ketua pemuda 'melayu' PP.

    meminta maaf ni sifat mulia dan berjiwa besar. sanggup ke umno minta maaf kat Anwar kerana fitnah liwat selama ini?

    sanggup ke ramai2 diketuai mantan PM dulu jumpa anak azmin minta maaf kerana fitnah anak kecil tk berdosa itu sebagai anak haram anwar.

    takpe, tknk minta maaf kt dunia tk kisah. kt 'padang' sana nnti berduyun2 la pi cari budak tu mohon maaf.

    ReplyDelete
  8. kita tunggu apa kata jamil khir pulak..

    ReplyDelete
  9. betul ke ada kuliah subuh sebelum subuh atau selepas subuhs etiap hari? i dare not to percaya! at first he said azan. now he twisted it to kuliah. kuliah nyaring? ceramah politik atau singing ialah jugak a tantrum to your earpiece. i believe my fellow muslim than a kafirun

    ReplyDelete
  10. masuk waktu subuh > azan berkumandang > solat@sembahyang > kuliah subuh

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan