Pilihanraya Kecil di Merlimau Melaka pula


Berita yang dipetik dari blog editor Harakahdaily, saudara Tarmizi Mohd Jam menyiarkan laporan bahawa satu lagi PRK akan berlangsung, kali ini di negeri Melaka pula.

Kini, Kabinet 1Malaysia pimpinan Najib Tun Razak terus diuji. Satu lagi negeri yang dianggap kubu kuat Umno, Melaka terpaksa berdepan pilihan raya kecil. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia hari ini setelah tenat selepas mendapat rawatan serangan jantung.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof kepada media selepas menerima berita itu daripada Pengarah SPR Melaka. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh 10 hari untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang kosong setelah kematian penyandangnya.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya telah menerima surat rasmi dari Speaker DUN Melaka memaklumkan kekosongan itu, tetapi SPR mempunyai tempoh sehingga 30 Januari untuk menetapkan tarikh pilihan raya tersebut. Giliran Ali Rustam "berkuntau" mempertahankan gelaran negeri "kubu kuat" Umno.

Sumber: Sanggahtoksago

ReJaM© "Nantikan peruntukan dan projek-projek kebetulan di Melaka pula, sebelum itu mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham..."

2 Comments

  1. seharusnya sedekahkan al-Fatihah kepada arwah...bukan bercerita hebat tentang PRK...masya-Allah...

    ReplyDelete
  2. seharusnya sedekahkan al-Fatihah kepada arwah...bukan bercerita hebat tentang PRK...masya-Allah...
    ______________________________

    JAKA jawab :

    Mashaallah....

    Tidakkah ente tahu dalam sirah bahawa ketika kewafatan Rasulullah saw. para sahabat tidak menunggu lama dan terus bermusyawarah untuk melantik pemimpin baru pada kadar segera.

    urusan pentadbiran umat amat penting disegerakan disamping menunjuk simpati dan alfatihah kepada yg pergi.

    dan kalau boleh kita gantikan yg pergi dgn yg lebih baik lagi. kalau yg pergi daripada BN maka berusahalah kita segera supaya dapat diganti dgn pemimpin PR. sebab PR hendakkan 100 hari saja ut melakukan perubahan yg tidak dapat dilakukan oleh bn selama 18250 hari(ambil 50 th)

    projek kebetulan?...ye memang kebetulan ianya sudah dijangka oleh penyokong PR. tak perlu jadi tok nujum, kalau tak percaya tunggulah...cuma hamba tak pasti kat merlimau tu ada felda ke tidak.

    tak pasti adakah merlimau akan menerima limau berbillion ringgit sempena tahun baru cina ni dpd najib.

    kalau zaman dulu merlimau terkenal dgn santau. jgn marah org merlimau. seperti ulasan gapena tentang buku interlok, jgn salahkan sejarah kerana sejarahlah maka kita berada disini pada hari ini.

    kalau berkunjung ke merlimau jgn lupa ziarah seorg polis pencen yg terpaksa menjadi kaki pukul demi konspirasi hingga lebam mata Anwar. ada lagi ke tidak org tua tu.

    Berkat perjuangan ulamak melaka, merlimau rasanya sudah berubah kearah kebaikan...merlimau sudah mauuu kepada perubahan yg dibawa oleh PR...insyaallah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan