Pimpinan PAS akan dedahkan salah laku calon BN?



Selari dengan projek pendedahan penyelewengan tanah yang sedang dilakukan oleh MiLo SuaM terhadap Mohd. Azhar Ibrahim, Calon Barisan Nasional DUN Tenang, atau nama manjanya Datuk Ai semasa menjawat jawatan Pembantu Pegawai Daerah Segamat, ADO [Penyelewengan Calon BN]. Nampaknya pimpinan PAS juga telah menghidu isu ini.

Dari pihak pimpinan PAS dilihat telah turut sama menjalankan research / penyiasatan berhubung isu penyelewengan tanah yang dilakukan oleh calon BN yang berangan untuk menyelesaikan masaalah tanah penduduk DUN Tenang.

Berikut video rakaman kenyataan sidang Media daripada pimpinan PAS.



Nampaknya pendedahan ini akan menjadi lebih hangat! MiLo SuaM akan mendedahkan satu persatu penyelewengan ini, manakala pimpinan PAS akan meletupkan isu ini di sidang media untuk memastikan maklumat ini sampai terus kepada akar umbi di DUN Tenang.

Namun sekiranya pimpinan PAS dilihat enggan untuk mendedahkan penyelewengan Calon BN ini, MiLo SuaM akan tetap konsisten untuk mendedahkannya.

Harapan ReJaM semoga para pengundi DUN Tenang dapat diselamatkan daripada pemimpin rakus dan tidak berhati perut ini yang dilihat sudah mula memancing rakyat kononnya ingin menyelesaikan masaalah tanah penduduk setempat.



ReJaM© "Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah..."

8 Comments

  1. Pastikan tiada fitnah dlm pembongkaran ini. Siapa yg teraniaya sebenarnya?? Saya ex banker. Mana ada bank bagi bayar sikit2. Nak bayar, bayar semua. Kalau macam tu tak ada aktiviti lelong lah di M'sia. Bayar rm10 pun boleh tangguh. Hutang kan wajib dibayar hatta dgn bank pun. Mustahil tuan tanah tak tahu tanahnya hndk kena lelong. Surat drp bank mesti dh dpt byk.Sori, saya rasa yg lebih teraniaya ialah pembeli baru krn dia tak tau apa2. Soalan saya- nak ke kita beli brg kalau kita tau ada masalah dn kerugian di kemudian hari??

    ReplyDelete
  2. saudara milo suam.. sudah saya jelaskan di posting saudara terdahulu bahawa jawatan yang di sebut itu salah. Encik Azhar di segamat berjawatan ialah penolong pentadbir tanah daerah(PPTD)bukan ADO. ADO hanya jawatan di pejabat daerah. Tidak ada jawatan ADO di pejabat tanah. Minta jangan salah fakta. Blog milo suam adalah blog yg sering saya kunjungi dan saya harap blog ini sentiasa memaparkan fakta yang betul.

    ReplyDelete
  3. @ Anonymous: And your point is ...? "Mana ada bank bagi bayar sikit2" = not true - I can definitely say this through my own experience. Mungkin kurang pengalaman kot... "nak ke kita beli brg kalau kita tau ada masalah dn kerugian di kemudian hari??" = siapa yang nak, soal nya di sini sapa yang menganiaya? Pemilik tanah asal ke, pemilik tanah baru ke, pihak bank ke, Pak Mat Tempe ke, Sidek Sigaraga dan tiga orang anak perempuannya ke, pegawai2 di Pejabat Tanah, atau lain2 pihak yang tiada kene mengena dalam ini gambar?

    ReplyDelete
  4. kronologi musim pilihanraya:
    1-PAS bongkar segala keburukan lawan
    2-rakyat undi PAS sbb lebih pandai cari kesalahan
    3-PAS menang pilihanraya
    4-PAS masih bongkar keburukan lawan walaupun dah menang
    5-rakyat muak dengan politik.sokongan beralih kepada BN
    6-pilihanraya datang lagi
    7-PAS ungkit lagi keburukan lawan

    (sila ulang langkah 2 dan seterusnya)

    ReplyDelete
  5. kronologi musim pilihanraya:

    1-PAS bongkar segala keburukan yg diselindung
    2-rakyat undi PAS sbb terbukti kebenaran
    3-BN menang pilihanraya sbb kotak undi dimanipulasi dan sogokan janji. Pencacai BN mengabdikan diri kepada BN dan terus menerima sogokan janji.
    4-BN terus dgn keburukan terselindung
    5-Pencacai BN muak dan sedar mereka tertipu. sokongan beralih kepada PAS
    6-pilihanraya datang lagi
    7-PAS bongkar lagi keburukan yg terselindung

    (sila ulang langkah 2 dan begitulah seterusnya sampai abang Jamil mampos!!!)

    ReplyDelete
  6. Putera Gunung Jerai88

    kronologi musim pilihanraya:

    1-PAS bongkar segala keburukan yg diselindung
    2-rakyat undi PAS sbb terbukti kebenaran
    3-BN menang pilihanraya sbb kotak undi dimanipulasi dan sogokan janji. Pencacai BN mengabdikan diri kepada BN dan terus menerima sogokan janji.
    4-BN terus dgn keburukan terselindung
    5-Pencacai BN muak dan sedar mereka tertipu. sokongan beralih kepada PAS
    6-pilihanraya datang lagi
    7-PAS bongkar lagi keburukan yg terselindung

    (sila ulang langkah 2 dan begitulah seterusnya sampai abang Jamil mampos!!!)

    ReplyDelete
  7. memanglah pembeli yg rugi sebab tok ai pandai sangat

    ReplyDelete
  8. salam...kenapa perlu mencerita peribadi mereka?

    tgok prestasi kerja mereka...

    saya nak tanya dulu admin sekolah private kew??

    xdapat pinjaman2 mana2 kew utk study?

    dan ke kempunan sesuatau dari kerajaan??

    dulu ada seorang alim memamggil orang lain firaun sebab xmahu undur diri..

    tetapi dah terbalik sekarang..

    dulu seorang alim mengkafir kan orang lain..

    sekarang dia mengeluarkan fatwa yang berbeza dari fitrah...

    nampaknya ALLAH maha adil...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan