Polis bodoh minta rasuah dari SPRM dicekup

PULAU PINANG 10 Jan. - Dua anggota polis cedera ketika cuba melarikan diri daripada dicekup sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyamar sebagai orang awam di Jalan Gurney, di sini hari ini.

Dalam insiden pukul 1.30 petang, kedua- dua suspek sebelum itu meminta sogokan bagi melepaskan dua 'orang awam' terbabit yang ditahan setelah berpura-pura melakukan kesalahan lalu lintas.

Difahamkan, SPRM sebelum ini menerima banyak aduan orang ramai mengenai kegiatan rasuah melibatkan anggota polis di kawasan berkenaan.

Bertindak daripada maklumat diberikan, SPRM memasang perangkap bagi menahan suspek.

Ketika ditahan, suspek meminta wang daripada 'orang awam' tersebut supaya tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Semasa mahu menyerahkan suapan wang tunai RM800, dua lagi pegawai SPRM muncul dan cuba menahan suspek.

Kedua-dua suspek cuba meloloskan diri semasa hendak digari tetapi terjatuh sehingga mengalami cedera ringan sebelum berjaya diberkas.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Latifah Md. Yatim ketika dihubungi hari ini mengesahkan penahanan tersebut.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Sementara itu, tinjauan di Hospital Pulau Pinang mendapati kedua-dua suspek dilihat keluar dari Unit Kecemasan hospital berkenaan kira-kira pukul 7.15 malam selepas menerima rawatan.


Sumber Berita: Malaysiakini
ReJaM© "Bangang memang bangang kah kah kah..."

4 Comments

  1. YES..polis dan rasuah berpisah tiada..yes...yes...

    lepas ni ada cerita pulak sprm ditangkap polis kerana minta suapan..suapan dengan rasuah sama ke..rasanya sama pun...

    ReplyDelete
  2. Di jln gurney tu dekat dgn PULAPOL lagi. selepas dilatih disitu, keluar pintu terus amalkan...rasuah.

    Rasuah perlu dihapuskan diperingkat akar umbi lagi. peringkat akar umbi bagi rasuah ialah pemimpin2 umno dan bn. telah berakar umbi rasuah dalam darah dan urat saraf pemimpin umno dan bn.

    sukar utk memulihkan urat saraf mereka tu sebb melekat dlm badan. caranya kena bedah aje...tentu dr. mahathir setuju walaupun dia sendiri terkena barah yg sama.

    nak bedah caranya geletek umno dan bn hingga tersingkir dari tampuk pemerintahan.

    tanpa umno kita masih boleh makan, malah lebih murah dan lebih lazat lagi makanan dari sekarang. rezeki di tangan Allah, bukan ditentukan umno.

    ReplyDelete
  3. kekekeke~~
    lwk thp usus mngeletar!!!

    ReplyDelete
  4. salam...ada gak polis minta duit kopi masa nk buat repot kemalangan..dan polis suka tunjuk lagak dgn orang awam..macam mana negara nak aman,kalau orang yg di amanahkan jaga ketenteraman buat mcm tu..? setahu saya sekarnag ni..budak2 yg spm cukup2 mkn saja yg mintak jd polis..so jelas la,yg mat rempit dan penyagak2 yg xda kerja byk jd polis pasal senang..just ukur BMI ngn interview je..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan