Cara mudah kurangkan risiko password anda di hack

Kajian telah membuktikan bahawa dengan cara mudah iaitu memasukkan upper-casing di dalam password anda akan mengurangkan peluang pengodam "hacker" untuk menceroboh ke dalam akaun anda, (facebook, twitter, blog dan lain-lain).



Berdasarkan laporan statistik yang dikumpul dari Blommberg Businessweek, sebuah password 6 digit dengan menggunakan kombinasi lower-case hanya memerlukan 10 minit untuk seseorang penggodam memecahkannya. Namun begitu, kombinasi password yang sama tetapi menggunakan upper-case memerlukan masa 10 jam untuk seseorang hacker memecahkannya dengan kaedah cubajaya (rawak).

Dengan menambahkan nombor dan/atau simbol-simbol pada password pula, akan menyebabkan penggodam mengambil masa selama 18 hari untuk memecahkannya.

Walaupun sudah banyak amaran dikeluarkan, 50 peratus orang tetap masih memilih untuk menggunakan perkataan atau kombinasi kekunci mudah sebagai password mereka.

Password yang paling kerap digunakan di dunia adalah, 123456, password, 12345678, qwerty dan abc123. Namun begitu sebagai individu yang mementingkan keselamatan anda mungkin berminat untuk mencuba kaedah ini - pilih 9 digit password dengan kombinasi nombor-nombor dan simbol-simbol, kerana ia akan mengambil masa selama 44, 530 tahun untuk dipecahkan oleh seseorang penggodam.

[Sumber: daily mail]


ReJaM© "Semoga bermanfaat untuk anda semua..."

6 Comments

  1. Info yang sangat berguna. mungkin sekarang saya kena tukar password facebook ni!!!

    ReplyDelete
  2. Terkena batang idung ke dodie? hahaha... cepat tukar sebelum di hack...

    ReplyDelete
  3. pengodam biasalah susahkan orang, pengodam nak cari duit aje, itu aje.

    ReplyDelete
  4. apa yg penting skali ialah pastikan dalam laptop ataupun desktop anda tidak mempunyai apa-apa program yang membaca keystrokes. Jika tidak sejauh mana kebal pun password anda tetap dapat di hack jauh lbh cepat drpd ms2 yg dijangkakan di atas.sekian.

    ReplyDelete
  5. yup jangan sampai ada keylogger. Kalau ade keylogger, macam mana panjang password pun tetap akan dapat dibecahkan dalam masa 1 minit =) anyway, good info... thanks for sharing

    ReplyDelete
  6. benda ni dah bekurun aku rasa...ramai jgk noob2 lg...hahahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan