Cipta sejarah Malaysia bina jejantas bersalut emas!

Sebelum tu dalam posting pertama gua kat MiLo SuaM ni, gua nak kenalkan diri gua yang tak hensem ni, lu orang boleh panggil gua RentaP©. Tapi lu orang jangan salah paham pulak! Gua bukan kaki rentap pun, setakat rentap dalam Maya ni boleh la kalau ada salah silap lu orang tegurlah gua.

Dalam post pertama ni guna bagi tau kat lu orang satu cerita panas hari ni. Gua nak lu tengok kebodohan YB Nurul Izzah yang tak tahu fakta. Lu bacalah kat bawah tu sampai abis.


Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini mempersoalkan pembinaan jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter yang menghubungkan sekitar KLCC di ibu negara dengan nilai RM10 juta.

"Angka ini bermakna, secara purata RM70,422 digunakan untuk semeter (jejantas), jumlah yang menuntut penjelasan sama ada wang awam digunakan dan mesti diambil tindakan," katanya yang juga naib presiden PKR.

Semalam, ketika perasmian jejantas itu, Ketua Pegawai Eksekutif KLCC Holdings Sdn Bhd Hashim Wahir dilaporkan berkata, RM10 juta digunakan bagi menyiapkan pembinaan fasa pertama jejantas yang menghubungkan KLCC dengan Hotel Impiana itu.

Jejantas itu, yang dibuka kepada orang ramai pada hari yang sama tertutup dengan lapisan cermin dan dilengkapi sistem penghawa dingin dan eskalator bagi kemudahan orang kurang upaya (OKU).

Kemudahan itu dilaporkan sebahagian daripada projek menghubungkan jalan-jalan utama di Kuala Lumpur dengan stesen pengangkutan awam sejauh 12 kilometer yang dijangka siap akhir tahun ini.

Projek yang masuk fasa kedua itu, dilaporkan dibiayai Petronas dengan sumbangan RM100 juta untuk laluan sepanjang enam kilometer manakala bakinya dibiayai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan syarikat-syarikat swasta.

Dalam kenyataan hari ini, Nurul Izzah berkata, walaupun gembira dengan kemudahan baru beliau berkata, masih banyak persoalan yang perlu dijawab, terutamanya oleh Menteri wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail.

"Berapa sebenarnya angka pembinaan jejantas itu? Ekoran jejantas itu berhawa dingin, berapa kos pengurusan dan operasi dan apakah kosnya akan sentiasa meninggi ekoran kenaikan harga elektrik?

"Adakah syarikat berkaitan kerajaan(Petronas, KLCC Holdings Sdn Bhd, DBKL, and Prasarana) terlibat, adakah projek itu dibuat secara tender terbuka yang mana pilihan yang lebih murah dapat dikenalpasti?" soal Nurul Izzah bertubi-tubi.

Beliau bagaimanapun menegaskan mengalu-alukan pembinaan kemudahan asas untuk pejalan kaki di negara ini ekoran kenaikan harga barang dan petrol, selari dengan gesaan "ubah gaya hidup".

"Akhir sekali, perkara ini juga menguatkan alasan supaya jawatan datuk bandar boleh dipilih supaya beliau bertanggungjawab sepenuhnya kepada (hal ehwal) Kuala Lumpur," tambahnya. [Malaysiakini]


Nurul Izzah ni tak pandai, tak tahu fakta! Cuba tengok gambar jejantas ni baik-baik. Ini bukan jejantas biasa, ini jejantas bersalut emas! Emas mana ada yang murah! Disamping mencipta sejarah, emas ini bakal menjadi sumber rezeki kepada Mat Pet dan pencari besi buruk kah kah kah.



RentaP© "Banyak betul malaon songkok tinggi makan duit kah kah kah"

9 Comments

  1. ingatkan pintu ka'bah je emas...rentap rejam g mana ada bisnes baik ea..

    ReplyDelete
  2. HAFSZACK :

    Puteri gunung Kedang yang mintak tu... dah dekat 500 tahun dulu dia mintak kat sultan melaka.. akhirnya tertunai juga jambatan emas tu.. tapi yg BENGONGNYA diorang pi buat kat KL bukannga dari gunung ledan sampai ke melaka... wakaka...!!!
    tu lah dulu beriya-iya benar sultan melaka nak buat akhirnya bila sultan mati kita pula yang kena tunaikan permintaan puteri gunung ledang tu... betul2 menyusahkan rakyatlah...

    Teringat aku dialog cite Pendekar Bujang Lapok..
    " Maka sang kancil pun datang beramai2 mengadap sultan Firaun...""

    Memang betul2 Firaunlah...
    asik nak nak tunjukkan kehebatan dia jerr...!!

    ReplyDelete
  3. jambatan tu ade tol tak??

    ReplyDelete
  4. kalu buat jejantas aircond nnt lg ramai la yg tdo dalam tu..mau nya x tdo,tmpt mahal2 xkan nk lepas peluang..haha

    ReplyDelete
  5. dahagakan keadilan9 February 2011 at 18:14

    ade baiknya duit tu di sedekahkan kpd rakyat2 yg miskin papa..xde pekdah nye pon buat jejantas ni..kos nk buat ni pon duit rakyat, so kami ade hak utk kata tidak! nak cipta sejarah konon..cermin lah diri dulu..negara kte ni bkn nye kya sgt pon~

    ReplyDelete
  6. ade la yang projek kt tmpat tu mlm2 bute nnti hahaha

    ReplyDelete
  7. dah tau keadaan ekonomi rakyat tak begitu baik, buat terowong macam tu buat ape?!!...

    baik guna duit tu untuk mengurangkan harga minyak atau sediakan lagi perumahan kos rendah.

    menyusahkan rakyat jer, keje mereka!!

    ReplyDelete
  8. Dia orang peduli apa... rakyat senang ke susah ke... janji perut dia orang boyot... ada projeek ada masyuuuk kawan...

    ReplyDelete
  9. Sultan melaka dulu sanggup menyusahkan rakyat demi membina jambatan emas kerana giankan puteri gunung ledang. puteri tu gelak aje kerana dapat bodohkan sultan. seperti gelak shawal(ahmad albab) kt bapak mertua dia,'tadi muka cantik sekarang sudah buruk'.

    'Bersultan dimata beraja dihati' zaman ini sanggup buat yg sama demi nafsu kebanggaan.

    'Bersultan dimata' telah membutakan mata mereka dr melihat banyaknya jejantas yg perlu dibina ukt keselamatan murid sekolah melintas dikawasan2 lalulintas yg bahaya. malah jambatan gantung di kampar tiada tempat bergantung dan tidak tertanam dalam bumi hingga roboh dengan tengekkan kera saja.

    mari kita gantung mereka daripada pemerintahan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan