Gerakan rakyat Mesir akan merebak ke Malaysia - Anwar


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat Malaysia boleh mengambil kaedah yang digunakan di Mesir sebagai pengajaran kepada sebuah rejim yang zalim.

Walau bagaimanapun beliau menekankan setiap satu perubahan harus dilakukan dengan apa jua cara sekali pun tanpa campur tangan mana-mana kuasa luar.

Beliau berkata demikian ketika diwawancara dalam rancangan News Stream yang disiar di saluran CNN International semalam.

Krisis politik di Mesir membawa satu pemahaman baru bahawa rakyat mahukan perubahan kepada kebebasan dan demokrasi dalam erti kata yang sebenar di sesebuah negara,” kata Anwar.

Beliau menambah, gerakan rakyat penting untuk memberi isyarat jelas kepada sesebuah rejim yang korup dan hipokrit.

Anwar juga tidak menolak gerakan tersebut mungkin sampai ke negara-negara Islam yang lain kelak di atas faktor Mesir merupakan pusat ilmu terulung di kalangan negara Islam.

Anwar juga percaya, peralihan daripada fasa revolusi kepada sebuah negara yang aman mampu berlaku jika perubahan di Mesir merebak ke negara Islam yang lain.

Protes menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak untuk melepaskan jawatannya sudah masuk hari ke-16 hari ini.

Mubarak dilapor mengerahkan tentera, polis serta pasukan keselamatan mengekang kebangkitan rakyat menuntut kebangkitan beliau. Sehingga ke hari ini, pasukan keselamatan menahan 119 orang secara sewenang-wenangnya dan hampir 300 orang dilaporkan terkorban dalam kebangkitan itu.



11 Comments

  1. PENGUNDI SALURAN 111 February 2011 at 07:26

    INGATLAH:
    KITA MERANCANG ALLAH PUN MERANCANG
    DAN SESUNGGUHNYA PERANCANGAN ALLAH ITU LEBIH SEMPURNA

    RENUNG RENUNGKAN:
    Tun Dato'Sri Dato'Dr.Mahathir B. Mohammad
    Telah Menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 20Thn.
    Tuan Guru Dato'Nik Aziz B.Nik Mat
    Telah Menjadi Menteri Besar Kelantan selama 20Thn.

    MANUSIA MERANCANG,ALLAHPUN MERANCANG
    DAN SESUNGGUHNYA PERANCANGAN ALLAH LEBIH SEMPURNA.

    ReplyDelete
  2. betul..
    Mahathir 20 tahun jadi kaya raya..
    Nik Aziz 20 tahun mcm tu jugak..umah kayu tu jgk dia duduk

    ReplyDelete
  3. pakatan susah nak naik balik, sebab macam dah suram, lawaknya tak menjadi, hehehe

    ReplyDelete
  4. MANUSIA MERANCANG,ALLAHPUN MERANCANG
    DAN SESUNGGUHNYA PERANCANGAN ALLAH LEBIH SEMPURNA

    Di akar umbi ramai rakyat mengeluh kos hidup semakin tinggi, harga barang bertambah mahal. Pakatan Rakyat berpeluang menang jika bijak menggunakan kesempatan ini.

    ReplyDelete
  5. Amin... Semoga Allah S.W.T membuka minda dan hati rakyat untuk menghapuskan puak2 yg selama ini menkhianati amanah yg mereka ambil dari rakyat dan semoga rakyat sedar betapa mereka selama ini telah mengumpul dosa atas sokongan dan bersubahat dgn puak2 zalim yang sesat lagi menyesatkan ini.

    ReplyDelete
  6. aku akan menyokong jika Anwar berani bersumpah yg die tidak meliwat,selesaikan dulu tuduhan yg dijatuhkan keatasnya..aku nk peribadinya bersih sebagai seorg pemimpin...

    ReplyDelete
  7. peribadi pemimpin UMNO bersih ka?

    ReplyDelete
  8. sendiri mau ingt la.mau ke kita jd mcm mesir????

    ReplyDelete
  9. haha.. sangat setuju dengan anon 10:58 PM

    ReplyDelete
  10. kalu anwar jadi PM bagus sangat ke dia wak lu.........suruh dia angkat kaki lambung......

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan