Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat Malaysia boleh mengambil kaedah yang digunakan di Mesir sebagai pengajaran kepada sebuah rejim yang zalim.
Walau bagaimanapun beliau menekankan setiap satu perubahan harus dilakukan dengan apa jua cara sekali pun tanpa campur tangan mana-mana kuasa luar.
Beliau berkata demikian ketika diwawancara dalam rancangan News Stream yang disiar di saluran CNN International semalam.
“Krisis politik di Mesir membawa satu pemahaman baru bahawa rakyat mahukan perubahan kepada kebebasan dan demokrasi dalam erti kata yang sebenar di sesebuah negara,” kata Anwar.
Beliau menambah, gerakan rakyat penting untuk memberi isyarat jelas kepada sesebuah rejim yang korup dan hipokrit.
Anwar juga tidak menolak gerakan tersebut mungkin sampai ke negara-negara Islam yang lain kelak di atas faktor Mesir merupakan pusat ilmu terulung di kalangan negara Islam.
Anwar juga percaya, peralihan daripada fasa revolusi kepada sebuah negara yang aman mampu berlaku jika perubahan di Mesir merebak ke negara Islam yang lain.
Protes menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak untuk melepaskan jawatannya sudah masuk hari ke-16 hari ini.
Mubarak dilapor mengerahkan tentera, polis serta pasukan keselamatan mengekang kebangkitan rakyat menuntut kebangkitan beliau. Sehingga ke hari ini, pasukan keselamatan menahan 119 orang secara sewenang-wenangnya dan hampir 300 orang dilaporkan terkorban dalam kebangkitan itu.
INGATLAH:
ReplyDeleteKITA MERANCANG ALLAH PUN MERANCANG
DAN SESUNGGUHNYA PERANCANGAN ALLAH ITU LEBIH SEMPURNA
RENUNG RENUNGKAN:
Tun Dato'Sri Dato'Dr.Mahathir B. Mohammad
Telah Menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 20Thn.
Tuan Guru Dato'Nik Aziz B.Nik Mat
Telah Menjadi Menteri Besar Kelantan selama 20Thn.
MANUSIA MERANCANG,ALLAHPUN MERANCANG
DAN SESUNGGUHNYA PERANCANGAN ALLAH LEBIH SEMPURNA.
betul..
ReplyDeleteMahathir 20 tahun jadi kaya raya..
Nik Aziz 20 tahun mcm tu jugak..umah kayu tu jgk dia duduk
pakatan susah nak naik balik, sebab macam dah suram, lawaknya tak menjadi, hehehe
ReplyDeleteMANUSIA MERANCANG,ALLAHPUN MERANCANG
ReplyDeleteDAN SESUNGGUHNYA PERANCANGAN ALLAH LEBIH SEMPURNA
Di akar umbi ramai rakyat mengeluh kos hidup semakin tinggi, harga barang bertambah mahal. Pakatan Rakyat berpeluang menang jika bijak menggunakan kesempatan ini.
Amin... Semoga Allah S.W.T membuka minda dan hati rakyat untuk menghapuskan puak2 yg selama ini menkhianati amanah yg mereka ambil dari rakyat dan semoga rakyat sedar betapa mereka selama ini telah mengumpul dosa atas sokongan dan bersubahat dgn puak2 zalim yang sesat lagi menyesatkan ini.
ReplyDeleteaku akan menyokong jika Anwar berani bersumpah yg die tidak meliwat,selesaikan dulu tuduhan yg dijatuhkan keatasnya..aku nk peribadinya bersih sebagai seorg pemimpin...
ReplyDeleteperibadi pemimpin UMNO bersih ka?
ReplyDeletesendiri mau ingt la.mau ke kita jd mcm mesir????
ReplyDeletehaha.. sangat setuju dengan anon 10:58 PM
ReplyDeletehuhuhuhu
ReplyDeletekalu anwar jadi PM bagus sangat ke dia wak lu.........suruh dia angkat kaki lambung......
ReplyDeletePost a Comment