Jawapan Tuan Guru Nik Aziz untuk Tun Mahathir


Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya.

Firman Allah SWT :

يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi. Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama.

Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya.

Firman Allah SWT :

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya. Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh? Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46. Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia. Allah SWT berfirman :

وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ

Yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya. Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya :

فرقت به جماعتهم!

Yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang? Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO? Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar. Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT. Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar. Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan. Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : اللهم قد بلغت (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)

Sekian.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.

Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011


[Facebook Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat]

73 Comments

  1. tuan guru nik najis
    sila jelaskan kenapa anda kata allah mencarut dan samseng.
    dan ingat lagi kata2 anda "padan muka kena rogol" saya cabar nik najis keluar kan kata2 yg sama pada keluarga mangsa rogol dihadapan muka mereka

    ReplyDelete
  2. hehehehe...belajarlah ilmu balaghah.. maka anda akn temui jawapanya..

    ReplyDelete
  3. Mengapa ye Umno takut nak berdebat tentang isu Allah mencarut dan Allah Samseng bila Nik Aziz cabar untuk berdebat? Mengapa JAKIM pergi jumpa Nik Aziz kununnya nak siasat isu Allah Samseng, tetapi JAKIM kena tazkirah, balik bodoh gitu jer...Tu lah, kena lah mengaji sikit barulah tahu...Kalau bodoh, mmg patutlah dok dlm Umno sampai ke mati..

    ReplyDelete
  4. tuan guru nik najis
    sila jelaskan kenapa anda kata allah mencarut dan samseng.
    dan ingat lagi kata2 anda "padan muka kena rogol" saya cabar nik najis keluar kan kata2 yg sama pada keluarga mangsa rogol dihadapan muka mereka


    Inilah contoh pengikut UMNO yang tiada ilmu... Isu tuhan samseng tiada apa yang salahnya, malah sudah dijelaskan berpuluh kali! Tapi Ternyata UMNO (Untuk Melayu No Otak) akan terus minta pnjelasan sampai akhir hayat... sebiji mcm papa gomo... hahaha...

    dan wanita seksi yg kena rogol memang harus diberi kata-kata padan muka kau! Arahan Allah tak mahu ikut, maka padan muka kau dan muka bapak kau sekali kah kah kah...

    ReplyDelete
  5. Anon kat atas tu pencacai UMNGOK. Dari kemarin lagi dia datang dengan isu "Allah samseng" dia tu. Tu je yg dia tahu.

    Pasal isu "padan muka kena rogol" tu, dia tu tak abis tgk video ceramah Tok Guru tambah lagi tak paham loghat klate agaknya. Kalau dia paham dan dah habis tgk video tu, takkan dia bising2 datang menyalak.

    ReplyDelete
  6. anon 4:11am,

    jawapan tgna utk mahathir ni tak ada komen ke? nampak macam hebat je, hebat dengan ketidakfahaman, hebat dengan sifat kebodohan, pi bawa sampai ke dalam kubur laa.

    'ya Allah, aku telah menyampaikan."

    ReplyDelete
  7. rejam...terima kasih mmpaparkan tulisan tuan guru.komen rejam tu tajam sekali rasa pedas lak sb akak dah termakan cili..

    ReplyDelete
  8. Soal Allah samseng tu, penganut UMNO perlulah mendalami ilmu ugama, kalau melalak macam ni nampak sangat jahilnya. jahil bertingkat pulak tu..

    ReplyDelete
  9. orang UMNO ni memang jahil ugama.. jahil yang amat jahil..

    ReplyDelete
  10. Salam Rejam

    untuk Anon yang di atas tu, jelas anda telah terlalu lama ketinggalan keretapi. Masih berusaha memusing cerita tanpa cuba mencari kebenaran. Kedua-dua isu tidak menjadi salah dan tiada tindakan dari JAKIM.

    Anda juga merujuk TGNA sebagai Tuan Guru Nik Najis, jelas sebenarnya anda telah menutup segala ruang untuk membuat anda berfikir inti pati apa yang TGNA cuba sampaikan.

    Tak terdetik ke sedikit rasa kebenaran atas tulisan oleh TGNA di atas. Tidak terserlah ke sebarang keinsafan walau sedikit? Tidak tercuit rasa takut andai kita tersalah memilih cara perjuangan?

    Saya harap saya berada di dalam golongan orang yang menyampaikannya walau hanya 1 ayat.
    Wasallam.

    norazam Sulaiman

    ReplyDelete
  11. tq rejam atas paparan ini...sekurang2nya dpt jg muhasabah diri dgn bhs2 yg indah dr TGNA...kpd pencacai umno...bndingkan diri dulu dgn TGNA, pastu br la pikir anda layakkah nak hentam dia...say no to umno..

    ReplyDelete
  12. bangang la komen yg atas skali tuh..yg tu jgn suruh TGNA jwb pun xpe, sbb bdk2 skolah rendah pun bleh jwb..base bahlol...

    ReplyDelete
  13. dan wanita seksi yg kena rogol memang harus diberi kata-kata padan muka kau! Arahan Allah tak mahu ikut, maka padan muka kau dan muka bapak kau sekali kah kah kah...

    habis orang2 kafir cam cina kena ikut perintah allah la ye? sedangkan pihak kafir kristian nk pinjam perkataan "allah" pun orang melayu dah memberontak, ape lagi kalo diorg nk ikut perintah allah, lagi la org melayu memberontak. btw bukan semua agama paksa penganut diorg jadi macam ninja, kenapa nk paksa mereka ikut agama kita jika kita pun xnk ikut agama mereka?

    ReplyDelete
  14. kalo rakyat msia kt mesir sana yg dah bertudung lengkap pon tapi kena rogol gak, kita harus lah berikan thumbs pada mangsa dan keluarga dgn kata2 gemilang seperti dia ajar nik najis, " padan muka kena rogol!!!!"

    ReplyDelete
  15. bangsa umno tak akan menerima apa saja yg bersangkut dengan islam kerana mereka telah berkiblatkan umno.HIDUP KU MATI KU HANYA UNTUK UMNO.inilah sifat2 umno.

    ReplyDelete
  16. kalo rakyat msia kt mesir sana yg dah bertudung lengkap pon tapi kena rogol gak, kita harus lah berikan thumbs pada mangsa dan keluarga dgn kata2 gemilang seperti dia ajar nik najis, " padan muka kena rogol!!!!"


    > hehehe.... fahamilah konteks ayat dgn btul, bila kita mngatakan NAJIB itu mncuri, adakah semua yg brnma NAJIB itu mncuri?? so untuk mngetahui NAJIB mna yg mncuri maka trlebih dahulu kita kne mmhami konteks ayat...

    ReplyDelete
  17. habis orang2 kafir cam cina kena ikut perintah allah la ye? sedangkan pihak kafir kristian nk pinjam perkataan "allah" pun orang melayu dah memberontak, ape lagi kalo diorg nk ikut perintah allah, lagi la org melayu memberontak. btw bukan semua agama paksa penganut diorg jadi macam ninja, kenapa nk paksa mereka ikut agama kita jika kita pun xnk ikut agama mereka?

    source: http://milosuam.blogspot.com/2011/02/jawapan-tuan-guru-nik-aziz-untuk-tun.html#ixzz1Crj3eMWA


    sekor lagi jahil agama...aduih!!! bang gi la menuntut ilmu agama dulu la....bodoh tahap kafir la ko ni....yg org kafir tu lantak pi la bangang!! kot mana pun derang tu tetap masuk neraka...kita ni yg kunun islam ni mestila mengikut apa ajaran nabi Allah dahulu...sebab tu la bila org soh masuk masjid dengar kuliah agam takmo!! dok kalut minum arak!! tu yg hati jadi memacam warna tu. dan sebagai Islam dan beriman juga kita ni wajib bawak org2 kafir tu atau bimbing mereka supaya mereka tu tak termasuk ke dalam golongan yg engkar(kufur). ko tak faham lagi ke ayat last TGNA tu(Ya Allah,aku telah menyampaikan...) so ni aku sampaikan sekali lagi kat ko la...gi la nuntut ilmu ye...jangan la jadi sembab sangat!! kesian keturunan ko nanti langsung buta agama....astaghfirullahalazim.

    ReplyDelete
  18. "wanita seksi yg kena rogol memang harus diberi kata-kata padan muka kau! Arahan Allah tak mahu ikut"

    Padan muka tu untuk pompuan Islam yg dirogol sbb tak tutup aurat, bukan yg tutup aurat.

    Puak2 UMNGOK ni memang bebal. Baca bahasa mlayu sndiri pon tak paham jugak, dah sah bahlol. Dah bodoh tu lagi nak belit2, org pakai tudung la, pompuan bukan islam la.

    Ape la....

    ReplyDelete
  19. kehadapan YAB Anonymous February 3, 2011 11:08 AM

    Kalau ya pun jgn panggil nama orang dgn perkataan kesat,kalau kau tak nak hormat dia sebagai pemimpin pun,hormat lah dia sebagai satu makhluk ciptaan allah yg ada nama elok,apa perasaan kau kalau orang panggil nama kau dgn perkataan kesat?mesti kau xsuka kan??

    cuba kau masuk dalam situasi kes orang kena rogol,bayangkan lah,kau dah diberitahu supaya tutup aurat,pakai pakaian elok2,supaya untuk mengelakkan zina,tp kau pergi pakai pakaian xcukup kain,abistu kau nak salahkan saper?nak salahkan orang yg telah beri amaran kat kau bahawa pakai mcmtu boleh sebabkan zina??sedangkan orang dah bagi guideline tp dia xnak dgr...

    pastu pasal kes orang bertudung litup tu kena rogol,at least dia dah ikut peraturan allah swt,pakai tutup aurat,dan kalau kena rogol,dia dah terlepas dr dosa zina dan allah sentiasa memakbulkan doa2 orang yg dizalimi...

    pastu pasal kes penganut agama lain mengikut ajaran islam tu,terbaru kan ada adun DAP masuk masjid sebab nak join aktiviti masjid,aku tgk orang UMNO jer yg mengamuk xtentu pasal,dia orang bukan islam xtahu ajaran islam mcmna,jadi sikit2 dia join aktiviti masjid,then dia perlahan2 kenal islam,dia akan tahu islam tu murni dan agama untuk semua bangsa manusia...

    aku pun xbijak pasal agama islam..tp cuba dengar dan perhati sekeliling apa yg ada dan berlaku sekarang ok...betulkan kalau aku silap


    regards
    Emeritus

    ReplyDelete
  20. thumb up for TGNA

    ReplyDelete
  21. gomo kelate gomo

    ReplyDelete
  22. itulah...
    orang suruh pergi masjid,surau tak nak...
    melepak kat kedai kopi 3-4 jam boleh plak.....
    bukan apa....
    kalau pegi masjid....
    nanti kena batang hidung sendiri.....

    ReplyDelete
  23. bangsa hamPAS ni nik ajis kata apa pun depa angguk...tengokla komen nik ajis langsung tak masuk akal.....kutip2 ayat al-quran nak tegakkan benang basah....akhirat nanti belum tentu kita betul semua....itulah penyokong hamPAS taksub membabi buta

    ReplyDelete
  24. org PAS ni jadi jahil agama sebab asyik dengar fatwa sesat dari pemimpin mereka

    ReplyDelete
  25. nik ajis ni dia ingat dok auta sana auta sini boleh masuk syurga ka? tu lah pegangan bangsa pas yg sesat lagi terpesong

    ReplyDelete
  26. Soal Lee Kuan Yew ni, jawapan nik ajis memang jelas Nik Ajis meletakkan parti mengatasi Islam.....tu pun claim diakhirat dia masuk syurga yg tak setuju dengan dia masuk syurga....

    ReplyDelete
  27. Kenyataan nik ajis menjelaskan yg dia dah terpesong

    ReplyDelete
  28. kahkahkah....
    Sekor pencacai UMNGOK ni pos komen banyak2 konon2 nak tunjuk ramai.

    Haa.. Kan dah kate puak2 UMNGOK ni suka membelit, sblum ni cakap pasal isu "Allah SWT samseng & "Padan muka kena rogol". Bila org dah terangkan dengan detail, terus senyap seko2 sbb dah takde hujah. Ni nak guna isu lain pulak,
    komen tak masuk akal la, tegak benang basah la, fatwa sesat la, Lee Kuan Yew la....

    Ko cakap komen Nik Aziz tak masuk akal, cuba bagi tau yg bhgian mana tak masuk akal tu? Bhgian mana yg dikatakan nak tegakkan benang basah tu? Kalau boleh cuba bagi sebab, pasal apa tak masuk akal? Cuba bagi ceramah kat kitorang yg "sesat" ni.

    Kalau ko pon takleh nak terangkan sbb apa, maknanya ko tu la yg taksub memBABI buta ngan UMNGOK ko tu. Ape punya zombie la ko ni...

    ReplyDelete
  29. pegi mengaji dulu la3 February 2011 at 17:45

    dah la jahil
    orang suh g mengaji agama kat masjid xmau pulak
    bodoh tahap gaban
    orang umno yg ada asas agama (yg aku kenal la) suma hormat nik aziz. yg atas2 ni mesti jenis bangsat agama pun dorg perlekehkan

    ReplyDelete
  30. maksud sebenar nik aziz adalah nak menyindir tun mahathir.....
    itu pun tak terfikir ke....
    apa punya blogger....
    tak "brutal" langsung IQ korang...
    apa daaa....

    ReplyDelete
  31. kelakar baca komen org yg tak belajar agama.
    Aku pelik betullah..kenapa org yg sokong UMNO ni biasanya org yg TAK JAGA SOLAT..ORG YG TAK TAHU HUKUM AGAMA?

    PELIK PELIK

    ReplyDelete
  32. hehehehehe banyak juga syaitan dari umgok niee ye.

    ReplyDelete
  33. Org Kampung Noh.3 February 2011 at 19:21

    Hibanya saya tengok wajah seorang MB,agaknya sedang merenung berapa pula kos nak baiki bumbung rumah yang hampir bocor? Macam Imam kampung sayajee,Ada bekas MB di Negeri saya baruje jadi MB, dah ada istana, sekarangni tengah merenung apa jawapan nak bagi di Mahkamah tentang Istananya.Sorang lagi dok berangan nak jadi MB Baru, jaga bendang pun rugi orang kampung, nak jaga Negeri pulak.Tok Pa pun dok berangan berapa Juta pulak Nak Perbaiki JKR 10 yang lama tak diduduki.

    ReplyDelete
  34. Orang UMNO memang Bangang,Dia nak seksike Seksake,ugama dia tak larang,nak minum arak sampai pecah perutpun minumlah, ugama dia tak larang,yang orang UMNO marah sebab dia pun tak boleh nak minum sama, nak berjudi punn lantaklah ugama dia bagi,yang hang sebuk beratur sama di kedai nombor lepastu nak marah orang PAS, baca surat habaq hang siap ada RALAT lagi tentang keputusan Nombor. Jamil mana? 40 Imam mana, Mufti Harusaini mana ? semua tengah dok Raya Cinakot, maklumlah 1Malaysia.

    ReplyDelete
  35. Hahaha....memang sah orang hamPAS tak belajar agama....mereka cuma belajar fatwa nik najis....penyokong hamPAS ni kebanyakan baca al-quran tajwid pun tak betul...tapi nak cuba2 tafsir sendiri . Memang sah mereka membelakangkan Islam demi parti hamPAS

    ReplyDelete
  36. ni MB atau pencacai DAP? memang orang tua gambar diatas ni bahlul sebab jadi keldai tunggangan kit siang dan Sheikh anwar aj-juburi.....hahaha.....

    ReplyDelete
  37. gambar orang tua3 February 2011 at 20:03

    orang tua ni tengah fikir macamana nak langkah mayat kit siang untk tubuh negara islampas.....dia juga takut dijuburi oleh anwar....

    ReplyDelete
  38. Orang umno asas agama kuat....rang pas jahil agama sebab asyik dengar ceramah politik....main jubur, zina dalam keretapi...aduh macam2....Allah selamatkan Malaysia dari dijuburi oleh org2 PAS

    ReplyDelete
  39. kahkahkah....kelakar la tengok kebodohan orang hamPAS ni....

    ReplyDelete
  40. nik ajis bertaubatlah.....umur dah senja....dah la rumah buruk, nanti akhirat tak pasal2 kena humban

    ReplyDelete
  41. kenapa orang pas jahil agama ya?....kerana tak mau ngaji..

    ReplyDelete
  42. Kahkahkah....
    Anon UMNGOK ni lagi....
    Pos komen la banyak2 nak tunjuk ramai.

    "dah la rumah buruk"
    haa... tau pon rumah Nik Aziz ni buruk, tak macam rumah pemimpin2 UMNGOK BNgong ko tu.

    Nik Aziz wat rumah buruk dia pon ngan duit halal dia sndiri, pemimpin2 UMNGOK ko wat istana guna duit haram, rompak rakyat.

    "nanti akhirat tak pasal2 kena humban"
    -ayat ni elok ko bagi kat pemimpin2 UMNGOK BNgong ko tu yg tiap2 ari makan hasil haram.

    ReplyDelete
  43. Org UMNGOK ko tu lagi jahil agama. Bila kluar isu bekaitan Islam dlm TV, pakat2 tunjuk pandai dengan ilmu2 bodoh dia tu.

    Baghal.

    ReplyDelete
  44. Lee Kuan Yew suruh orang Islam longgarkan pegangan agama Nik Aziz sokong.....dah tu siap marah umno pulak tu.....adoi! apa punya tok guru ni....yessss....lepas ni orang pas boleh la zina, arak, makan babi, juburi dsb. Lagipun Nik Kuan Yew ketika menghukum hudud adun selinsing berkata "Allah maafkan dia" .... hudud pala hotak muuu..........

    ReplyDelete
  45. kutip2 ayat AlQuran untuk menegakkan benang yang basah.. ape masalahnya, memang la kena berpegang dgn AlQuran, abis tu nk kutip ayat umno baru sahih dan tepat? aku dulu kuat umno jgak, tapi setelah dapat hidayah, sikit2 hati aku merasakan ada sesuatu yang xkena dgn umno ni, banyak dasar umno ni terpesong dr pegangan kita sebagai seorang Islam. cuma aku kesian kawan2 aku yang bejawatan tggi dalam kerajaan, mereka semua seperti terpaksa ikut..

    ReplyDelete
  46. Nik Aziz ialah ketua kumpulan Parti Ajaran Sesat(PAS) yang menyesatkan umat islam (yg bodoh saja)...hahaha....mereka telahpun bergagung dengan ketua kumpulan gay melayu pak Syeikh Anwar Aljuburi dan satu lagi kumpulan roket untuk memerintah Malaysia pada setiap 16 Sept......orang tua yg gambar kat atas tu dah nyanyuk....bertaubat lah....

    ReplyDelete
  47. Islam itu tinggi3 February 2011 at 21:46

    Salam..

    Apa yang TOK GURU Nik Aziz cuba sampaikan ialah negara sendiri pun kau tak terjaga dengan semangat Nasionalisma tahap rendah UMNO bawak ada hati nak jaga tepi kain Singapura..

    Islam di negara kita sendiri pun masih kucar kacir macam mana nak 'condemn' pendapat tentang Islam di negara orang??

    Malu tak kalau Lee Kuan Yew 'sound' Malaysia pun bukan negara Islam, jangan nak bising2, jaga ISLAM Malaysia dulu.. Boleh bayang??

    Fikiran TOK GURU Nik Aziz ialah, Jom sama2 dukung dan junjung ISLAM di Malaysia ni sebelum kita sibuk2 pasal negara orang.. Ada faham??

    TOK GURU Nik Aziz tak sokong pun kenyataan LKY tu.. Senyap tanda sokong ke?? Mana ko belajar??

    Allahua'lam..

    Aku sudah menyampaikan & selesai sudah tanggung & jawab nanti di akhirat kelak..

    ReplyDelete
  48. Isyarat Nik Kuan Yew ialah..... saya sokong kenyataan "orang islam kena longgarkan pegangan ajaran islam"....nak putar belit pusing putar kot mana lagi semata2 nak bela pemesong agama.......salah tetap salah betul tetap betul, berdolak dalik apa lagi....Islam Malaysia kucar kacir? Islam kat mana yang betul? Iran? Iraq? Afghan? Kelantan? Perak zaman MB Pas?

    ReplyDelete
  49. "Isyarat Nik Kuan Yew ialah..... saya sokong kenyataan "orang islam kena longgarkan pegangan ajaran islam"

    Tgk la pencacai UMNGOK sekor ni, memandai je tolong org buat kenyataan. Ko ni memang sesuai kerja kat Berita Hairan atau Utusan Meloya, sbb ko ni ada bakat membelit.

    ReplyDelete
  50. Pembelit PAS standard kerja kat harakah aje la....

    ReplyDelete
  51. Nik Ajis cerita pasal ambilalih kerajaan dari pintu belakang....porah!!! sapa pelopor 16 Sept yg kononnya pembangkang nak curi 30 ahli parlimen BN, bukan ka Pakatan Rakyat.....nak kata orang cermin diri sendiri dulu...

    ReplyDelete
  52. saya teringat ustaz azhar idrus ada kata dalam ceramah dia,"takpe tak dapat laksanakan hudud sekarang, tapi biar beramal dahulu"...

    tak perlulah kita terlalu menonjolkan kita ni pro-UMNO atau pro-PAS, semuanya Islam, melayu sama melayu bergaduh, bukan melayu yang untung.

    contoh mudah, di Asia barat, Mesir negara yg paling dihormati, dukacitanya sekarang, mesir pula dilanda musibah, Israel melompat2 keriangan...

    anak muda

    ReplyDelete
  53. Arak dan judi,haram bagi umat Islam.Semua orang Islam dan beriman tahu hakikat itu.Adakah UMNO luluskan lesen arak dan judi itu orang Islam?Rsanya,tidak.Sama juga seperti kerajaan Kelantan membenarkan pembinaan patung Budha yg terbesar di Kelantan.Untuk siapa?Untuk yang bukan Islam.Beginilah negara berbilang kaum dan agama.

    ReplyDelete
  54. tengoklah rumah seorang menteri besar....
    tiada apa nak dibanggakan...
    macam rumah orang kebanyakkan....
    malah rumah orang lain lebih cantik darinya....
    beliau tidak pernah disabitkan rasuah...
    atau salah guna kuasa.....
    kerana dia percaya dan yakin....
    dia tidak akan terlepas daripada hari pembalasan....

    ReplyDelete
  55. KECIANNYE AKU NENGOK ORANG2 UMNO YG JAHIL NIM,,DAHLA JAHIL,MAK BAPAK PLAK XAJAR NK DIDIK UNTUK FAHAMI ISLAM SEBENAR,DR KECIL MAK BAPAK KO SI ANON MESTI KAKI ARAK KAN,,KAKI JUDI KN?SOLAT ENTAH KEMANA KN?SBB APE AKU CKP MCM NIE SBB CIRI CIRI KO YG JAHIL TUH MMG PADAN DGN AMAL PERBUATAN YG AKU SEBUT TD ,,PERGI MENGAJI LAA,,TUNTUT ILMU UGAMA SMPAI KE MATI,BARULAH JALAN KO MENUJU MATI TU LANCAR DAN XDE HALANGAN,,NIM ISLAM ENTAH KEMANA DUK SIBUK CKP PASAL UGAMA!!!PERGI MENGAJI DULU,,SETIAP KATA2 KO NIE WAHAI ORG UMNO LAGI JAHIL AKAN DIHISAB DI AKHIRAT NANTI,,KO X TAKUT KE R,,BERUBAHLA UMNO NGOK!!ALLAH XKAN MERUBAH NASIB SESUATU KAUM JIKA KAUM ITU SENDIRI XNAK BERUBAH,,AKU TUJU UNTUK UMNO PARTI MELAYU SESAT,,ISLAM UNTUK SEMUA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  56. sedih baca komen pro-umno.. tu la, tazkirah dari ulama' umno pon dia tak join,.... macam mana nak berkembang ilmu..

    mengenai patung budha, ia adalah khusus dan nyata untuk 'mereka' seperti yang disyariatkan islam untuk menjaga dan menghormati agama lain... namun sekarang, arak, nak hormati siapa? agama mana yang menghalalkan arak? kristian tidak kata halal arak.. budha pun sama.. masalah semakin krisis kalau arak diluluskan, melayu jualah yang minum.. patung budha? mungkin UMNO dan NAJIB saja yang sembah kot...

    Aku sudah menyampaikan kebenarah Ya Allah.

    ReplyDelete
  57. sedih tengok orang pas ni, agama belajar separuh masak...nak rujuk kitab muktabar pun tak faham...akhirnya pergi dengar ceramah pas....ceramah politik pun dijadikan pegangan agama, macamana tak sesat...bila keluar kenyataan merapu dan menyeleweng dari pemimpin mereka mereka sokong.....Hmmmm....Klau negeri BN keluar lesen arak HARAM.....tapi nik aziz lulus lesen arak HALALLLun toyyiban....islam apa ni....semuga Allah jauhkan org2 macam ni dari memerintah Malaysia....Amin

    ReplyDelete
  58. kenapa TGNA bicara tentang crossover erk? bukankah PR yang nak tarik 30 ahli parlimen BN 16 Sept...........konpiusssss

    ReplyDelete
  59. salam...melayu melayu jugak...yang ada suami / isteri islam yang bukan melayu tu sesetengahnya nampaknya lebih elok dari melayu islam berketurunan...

    ReplyDelete
  60. semoga pihak TGNA lebih banyak mengeluarkan artikel dalam ruangan milo suam, insyaallah dimasa akan datang, banyak membaca banyaklah ilmu tu... ilmu spontan...

    ReplyDelete
  61. Tok Guru juga menjawab serangan jahat umno yang menyuruh PAS mentup mulut. Tok guru memberitahu PAS tidak akan menutup mulut bahkan akan terus dan mempergandakan lagi dakwah kerana apa yang disuarakan PAS adalah berlandaskan ISLAM dan jika mahu PAS menutup mulut, UMNO harus membuktikan apa yang didakwah PAS adalah tidak benar dan tidak mengikut ISLAM yang sebenar. Namun, UMNO yang TERTUTUP MULUT jika diajak berbincang mengenai Islam kerana Umno lebih memilih sosialis daripada kembali kepada al-quran dan sunnah.

    ReplyDelete
  62. pggl la dgn gelaran yg baik2....

    ReplyDelete
  63. Org Kampung Noh.4 February 2011 at 19:24

    Apa yang Pro Melayu UMNO dok kecohni, Pernah dengar tak Nik Aziz kata .... Hari ini UMNO Laksana Hukum Islam Esok PAS Bubar, tak perlu ada PAS lagi.

    ReplyDelete
  64. Bila kita baca komen org UMNO kita dah tahu tahap pengetahuan dia. tgk bahasa dia pun dah tau..orgnya mmg ilmu agama takde langsung. komen takde isi..mencarut je lebih. mungkin itu yg diajar oleh pemimpin mereka

    ReplyDelete
  65. hmh...kalau betul la kata ko kipas suasah mati UMNGOK oit yg TGNA tu sesat....buat la laporan ke JAKIM ke AKIM ke atau pun Jamil tu...soh derang tangkap TGNA tu sebab sebarkan ajaran sesat macam Ayah pin(bapak ko tu).nape ko tak berani ke?? umur TGNA tu pun dah melebihi setengah abad...sampai sekarang takde tangkapan kan??? tu maknanye ape wey?? sesat ke??? sebenarnye aku dah nyampah nak bagi komen pada manusia yg hatinya tu dah tiada warna lagi.terlalu gelap hati ko ni.aku cuma berdoa mudah2an Allah s.w.t beri hidayah pada ko...bukak pintu hati ko utk menerima Syariat yg di gariskan oleh Allah...mudah2an Tuhan letakkan ko di kalangan org beriman(mudah2an la)

    ReplyDelete
  66. asalamualaikum....terdetik dihati saya untuk mencelah dalam ruang komen ini. Nampak disini kita bangsa melayu (x kira pro umno atau pas) masih sayangkan ISLAM agama suci kita. Saya nampak ada komen2 yang langsung x dapat diterima akal dan dangkal..Ingat kita hamba allah tiada yang sempurna.Jadi kenapa kita tak muhasabah diri dahulu sebelum melempar tutur kata? Ingatlah jika kita sayangkan ISLAM sama-sama kita berdoa agar ALLAH menyatukan hati kita bangsa melayu. Agar bangsa lain juga menghormati ISLAM. Insyallah

    ReplyDelete
  67. Tuuulaa..aku kata ko org tak caya, Org UMNO memang mengaji ugama tinggi, tiap tiap minggu,sembahyang jumaat Pemimpin UMNO yang mengimamkannya, Sembahyang Hajat,Pemimpin UMNO yang didepan,TV3suku cuma tak keluarje sebab krew diapun tengah khusuk kat belakng imam.

    ReplyDelete
  68. Sorang Lagi Hamba Allah.7 February 2011 at 20:18

    TAHNIAH (66) ORG MELAYU. (48JAM) Melayu Berbalah Sesama Sendiri, Apa Yang Melayu Tak Puas Hatini.
    Umno Salah,Pas Tak Betul,SIAPA YANG BETUL???
    Rejam@ Buka Ceritani 3Feb.3:22AM,
    Bangun Pagi Pagi Satu Melayu Dah Kutuk Nik Aziz (Nik Najis Dia Panggil)4:11AM.
    Sorang Lagi Bangun Pagi,Nak Solat Subuh,Minta Org Melayu Belajar Ilmu Balagh 5:08AM.
    Wfauzuddin dah mulakan jarumnya 6:05AM.
    Bangun Rejam@ Panaskan Milo yg Dah Suam 7:03AM
    Bawalah Hingga 12:40PM Melayu Berbalah Sesama
    Sendiri. Laparkot? Dah Makan?
    2:06PM Dah Mula Berbalah Sampai ke Malam 11:42PM.
    Dah Dapat Jawapan Agaknye!! Aman sikit Melayu dah tidur.

    4Feb 1:36AM Tiba tiba Bangunlak Sorang Melayu,
    Takleh Tidur sebab Teringat pula dia pd seorang ustaz,Dahtu Badrul pun masuk cerita 1:43AM
    Terus Melayu Berbalah Sampai 3:28AM Penat,Mengantuk,Tidurlah tu.Lega Aman Semula.
    6:27AM Bangun Sorang Melayu,Nak S'yang Subuh,tiba tiba dia Sedihlak Pagi pagi dgn Org Melayu Umno.
    10:39Am Seorang Melayu Lagi,sedihlak dgn Melayu Pas.
    Sorang Lagi Melayu cuba hidupkan suasana 10:45AM
    Yasin Masuk Jarum 12:30PM
    Dah Bangun Semua Melayu Maka Dimulakan lah Agenda Berbalah Sesama Sendiri Hingga Maghrib 7:24PM
    Berentijab,Solat Maghrib,Tazkirah,Isyak.
    11:41PM Sin Dah Mula Menyakat Org Melayu Umno.

    5Feb 12:07AM Luffy Cuba Nak Racun Melayu Berbalah.
    1:49AM Hamba Allah Telah Berjaya Meredakan Org Melayu Dari Terus Berbalah (Komen ke67)Syabas...
    3:20PM Sorang Melayu Cuba Nak Timbulkan Isu Lawatan PM ke Mesjid Kg Baru,KL. (No Respond)

    ReplyDelete
  69. Weei,Sampai camtu sekali hang kira komennu.
    dah Ada Jawapanle Tuuuu.
    Aku Cukupkan 70 Komenje.

    ReplyDelete
  70. tu la la org umno...dlu masa skola org ajar agama xnk dengar soh g magaji alquran xnak...masuk klas agama telinga dh tersumbat sbb dh panas dengar pasal agama...dah tau diri tu jahil bodoh n bebal g la belaja agama bkn g melepak, lepas 2 kluar kata2 bodoh..smua makluk kt muka bumi ni kna ikut perintah ALLAH..xkira la apa bangsa n agama pn..klau die 2 ttp kafir dia dh tetap jd kayu api neraka...xkn pengikut umno yg jahil pn nk jadi kayu neraka gak kot sbb xda ilmu agama lgsg..adoyai..korg bnyak2 brtaubat la...

    ReplyDelete
  71. mokhtar.pas dulu smua haram,nik aziz semakin merapu..letak jawatan jee dah x de idea..

    ReplyDelete
  72. org yg komen2 yg pki bodoh bahlol dsb ni..kire celik agama ke?..klu dok ngutuk org yg ikot UMNO je kre celik agama ke?..kot ye pon mereka xsecelik agama mcm korang,at least dr ngutok, eksplen je la kt mereka mnde yg spatutnye..mcm makcik ats skli tu..mungkin je de mmg xtaw..so xyh la nk maki de tros2 cmtu..

    ReplyDelete
  73. Assalam...kpd yg gna pkattaan "salam" 2 dminx jgn gna kn pktaan 2 lg...xphm lg mksd "salam"

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan