Pemberian rasuah terbongkar di DUN Kerdau


Portal Malaysiakini melaporkan bahawa Barisan Nasional, BN secara senyap mengedarkan berkotak-kotak barang makanan kepada penduduk satu-satunya kampung Cina di Kerdau atas nama bantuan.

Kotak yang diangkut dengan trak petang ini diedarkan oleh beberapa orang yang memakai baju merah yang pergi ke beberapa rumah bagi mengenalpasti identiti penduduk.

Semua penduduk yang agak tua yang enggan dikenali berkata mereka didatangi beberapa orang yang mahu memberikan "bantuan makanan" secara percuma dengan syarat pelekat BN ditampal di pintu rumah mereka.

"Kami diminta mengundi BN dan kami diberitahu bahawa sesiapa yang menyokong pembangkang tidak akan mendapat bantuan," dakwanya.

Malaysiakini melaporkan kira-kira 100 kotak diedarkan petang tadi.

Kotak itu, dengan pelekar gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin.

Ia juga dilekatkan dengan tulisan "Akhirkan Zaman Miskin".

Seorang lelaki yang memakai kemeja-t BN, dipercayai membantu mengedarkan kotak itu, berkata hanyalah "satu bentuk bantuan".

Tetapi apabila ditanya lanjut, beliau hanya menjawab "tak ada apa-apa".

Sementara itu Timbalan Pengerusi PAS Pahang Hamzah Jaafar yang ditemui di tempat itu mendakwa perkara itu merupakan satu bentuk rasuah.

Manakala ADUN Tras daripada DAP Chong Siew Onn pula berkata perkara itu bertentangan dengan undang-undang pilihan raya dan akan melaporkannya kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya. [Malaysiakini]


ReJaM© "Seperti biasa gerombolan songkok tinggi akan kata, sebenarnya penyokong PAS yang bagi bantuan ini untuk memburukkan BN"

10 Comments

  1. bak kata nik aziz..

    bui beras, ambik..
    bui minyak, ambik..
    bui gulo, ambik..

    tapi kalu bui kertas undi, pakoh bule..

    ReplyDelete
  2. Amik, jangan tak amik. Nama je bantuan kerajaan, tapi asal dari duit rakyat.

    ReplyDelete
  3. orang memberi kita merasa,,,,tk amik t bodoh sombong pulak,,u all kat sana tk dapat ke,,,

    ReplyDelete
  4. 1Bantuan 1Undi, oklah tu.. :( Harap2 dapatlah mereka merasa tak mcm penduduk Tenang barangan mereka dihanyutkan banjir selepas pilihanraya..

    ReplyDelete
  5. Apa nak dikecohkan sgt dengan rasuah pilihanraya di DUN Kerdau?

    Bagi um-NO rasuah tidak salah kalau mereka yg memberinya kerana kalau dikatakan salah sudah tentu mereka tidak mempunyai KJ sebagai Ketua Pemuda sekalipun disahkan memberi rasuah.

    Mana ada salah sebab kalo salah sudah tentu Ali Ketam tak jadi Ketua Menteri negeri yg ada sekolah termengandung.

    Kalo salah dah tentu Isa tak jadi ADUN dan tak jadi pengerusi FELDA.

    Kesimpulannya, mereka di dalam um-NO ni merasakan diri mereka lebih tuhan dari Allah S.W.T kerana halal haram mereka yg menentukannya.

    ReplyDelete
  6. ini dalil ayat yang dipakai oleh rosmah mansor di DUN kerdau:

    [b]wal badaki min kuntum tak lamun
    innna lakum pi rembattun hartaron tanahkon tudm
    pi sukaron shiokon shopping kan nal likum tak lamun
    wal maajnoon en na ha tak li bun
    qiarikom sapu rembaton apasaje hah[/b]

    ReplyDelete
  7. tk taulah bila adun bn tempat aku ni nk berkorban demi rakyt kt sini..keh keh keh keh...

    kot kot dlm tahun ni..dpt lah wifi percuma tempat aku ni..jalanraya baru...tiang lampu baru...peneroka mcm mak aku tentu dpt bonus...keh keh keh keh..

    ReplyDelete
  8. Tu bukan rasuah tapi tu subsidi la,

    Ambik je, bende free...

    -wakleman

    ReplyDelete
  9. barang haram korang nak makan ke...biar miskin harta,jangan miskin iman

    ReplyDelete
  10. ingat, janagn samakan ayat al-quran dengan menggunakan bahasa lain.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan