Pilihanraya Kecil Merlimau masa untuk buat jalanraya?

Sebaik sahaja selesai penamaan calon semalam, RentaP© sempat bersiar-siar di kawasan Dewan Undangan Negeri di Merlimau untuk melihat sendiri keadaan di sini. Apa yang menariknya, rata-rata jalanraya di sini masih hitam pekat ditambah dengan warna cat garisannya yang masih putih bersinar-sinar. Ini menunjukkan kebanyakkan jalanraya di sini baru diturap tak sampai seminggu.

Melalui pemerhatian RentaP©, kebanyakkan jalanraya di sini baru sahaja dibuat secara serentak di banyak kawasan di sini. Tanpa disangka-sangka dengan ketentuan Allah, RentaP© dapat melihat dengan mata kepala sendiri, rupa-rupanya, jalanraya di sini sedang rancak diturap secara serentak ke semua jalan-jalan masuk ke kampung dan juga jalan utama.

Di bawah ini gambar-gambar yang diambil di Jalan Teluk Baroh 1 di Pekan Merlimau di mana lori dan jentera membuat jalanraya sedang rancak menurap tar di sebuah jalan masuk ke kampung.





Rakyat Merlimau jangan salah paham. Kesemua jalan-jalan ini diturap secara serentak tidak ada kena mengena dengan pilihanraya kecil. Ali Rustam dah lama bercadang untuk menurap kesemua jalan yang ada di Merlimau ini secara serentak. Namun begitu secara kebetulan ADUN Merlimau meninggal dunia dan berlaku PRK. Projek menurap seluruh jalan yang ada di Merlimau sudah dirancangkan sejak sehari selepas Hang Jebat mati ditikam Hang Tuah di istana Melaka.

Projek menurap kesemua jalanraya di Merlimau sudah dirancangkan sebelum Kerajaan Melaka dijajah lagi. Ini semua satu keajaiban, ini semua kuasa tuhan, ini semua kebetulan. Malah projek menurap kesemua jalan di Merlimau ini sudah dirancangkan sebelum tar dicipta! Percayalah! Ini bukan gula-gula pilihanraya.



RentaP© "Kebetulan juga, semua jalan yang mahu diturap akan berlaku kematian ADUN Barisan Nasional..."

25 Comments

  1. ini lah yg dikatakan rezeki dari kematian ADUN...
    stiap adun perlu berani mematikan diri demi kepntgan rkyat...
    ada jalan baru,skolah baru,rumah baru,duit baru...hahahaha
    adun mati,rakyat happy...hahahah
    kepada ADUN2 sekalian, pergilah membahayakan nyawa anda...
    smoga rakyat mendapat faedah..hahahah

    ReplyDelete
  2. lawak betoi la ali rostam ni...............

    ReplyDelete
  3. Aku doakan mintak-mintak ADUN BN tempat aku mati...
    Jalanraya tempat aku dah lama berlubang-lubang bahaya!
    Kalau ADUN tak mati kang rakyat pulak yang mati eksiden
    terlanggar lubang!

    ReplyDelete
  4. hahaha...smsh tajam tepat kena batang hidung ali rustam ... sebenar nya rancangan turap jalan di merlimau telah di rancang pada masa sehari sebellum ali rustam lahir,,,takdir menetukan jalan-jalan berjaya diturap semasa ali rustam menjawat ketua menteri melaka ...belanja hasil derma orang ramai di surau2 dan masjid yg mana di kutip olih semua adun2 melaka...

    ReplyDelete
  5. ahah..ini adalah taktik lama yg digunakan sejak Dinasti Han lagi..
    haiyaaa..ada yg still terpedaya ka??
    btw,masa bila pulak Hang Jebat mati ditikam Hang Tuah??
    bukan ka Hang Jebat berjaya ambik keris Taming Sari dari Hang Tuah n then tikam dia..

    betulkan jika saya salah..

    ReplyDelete
  6. Ho ho kenyataan diatas menerangkan manusia perlu penerusan hidup yang lebih baik dari masa kesemasa walaupun kematiaan tak boleh di elakkan.Itu lah sistem dunia. Tiada apa yang silap. Yang silap bila kita tidak menerimanya secara yang positif dan sentiasa mencari alasan betapa baiknya jika aku yang mati dan mereka yang hidup hendak mati bersama. - pemerhati lok lak

    ReplyDelete
  7. ish rentap ko ni pndai je wt kenyataan ea..apa pn aku pun tggu jgk adun tpt aku tu mati ...tpt aku tu kubu kuat bee end...sejak azali lagi tmbah felda lak..hmm tk tau la bila nk ubah songkok tinggi jadi kopiah...

    ReplyDelete
  8. bertepuk tangan sambil bersorak sorai gembira.

    =;='

    ReplyDelete
  9. Tektik 'peperangan' yg digunakan melambangkan tahap berfikiran sesuatu kawasan. Jika rakyat bijak, tentunya pandai ambil kesempatan ini. Ttp jika tunggul kayu yang diletakkan pun perolehi kemenangan, bermakna gula2 terus boleh diberi. Jika pembangkang menang, mgkin kawasan ini akan dipinggirkan sementara waktu. Ttp, PRU 13 (x lama lagi) aku gerenti projek kebetulan LAGI BESAR akan turun utk menawannya kembali. Pandai2 laaa buat percaturan!

    ReplyDelete
  10. Hehehe..

    Anon 9:34AM,
    Kalau tempat hang TOTOK Bee End jangan diharapkan Adun Mati baru ada projek segera. Bee End tak buat projek segera macam tu kat tempat yang TOTOK Bee End. Sebab depa tau tak buat projek segera pun pasti Menang, dah TOTOK la katakan.

    Projek segera nie untuk tempat yang Bee End fikir keputusan 50-50 je. Baru depa berani tabur projek segera dan tabur duit.

    -wakleman

    ReplyDelete
  11. rasenye kt kelantan nnti byk la highway baru~

    ReplyDelete
  12. lagibaikmatidrhidup27 February 2011 at 13:58

    sama2 doa banyak adun bn mati pehni...pehtu penyokong umno kena la jual mahal cket...barulah boleh maju tempat anda semua...hehehe...

    ReplyDelete
  13. sudah dirancangkan sejak sehari selepas Hang Jebat mati ditikam Hang Tuah di istana Melaka

    tesirat tuu, i like that

    ReplyDelete
  14. Ini kubu kuat BN. Tak perlu tar pun BN boleh menang. Projek ni kat mana-mana ada kat Melaka, bukan kat Merlimau saja...Ada kuasa, gunakan untuk rakyat...

    ReplyDelete
  15. Kalau macam tue aku nk adun mati 2 kali dalam 1 penggal la. Boleh turap jalan 2 kali gak kan? Sampai pintu msk umah aku skali...hoho

    Lookers

    ReplyDelete
  16. korang jangan cepat seronok dengan turap jalan tu semua.tu semua adalah pelaburan sementara.lepas habis pilihanraya ni, kita semua kene bersedia untuk melihat kenaikan demi kenaikan harga barang akan berlaku.terutama harga minyak.dalam minggu ni sahaja, sudah berapa kali Ismail Sabri bercerita tentang minyak? tu semua menunggu keputusan undi pengundi Merlimau dan Kerdau.sekiranya dacing menang, mereka akan berkata:"nampaknya rakyat menerima kita.maka rakyat tak kesah walau harga barang kita naikkan (mungkin mereka berbincang sambil ketawa terbahak2)".
    Pengundi Merlimau & Kerdau, korang adalah penentu nasib poket kami semua.

    -aQu-

    ReplyDelete
  17. Bila masa mengundi Kerajaan UMNO kenal rakyat, bila habis mengundi kerajaan UMNO tindas rakyat, Barang naik, Minyak naik, Saham UMNO pun naik,
    Orang Miskin akan bertambah miskin, selepas BN menang MINYAK PUN NAIK, Harga Barang keperluan pun naik.

    Pengundi jangan tipu diri sendiri.

    ReplyDelete
  18. perbuatan siapalah ni...bukan bawa untung pun undi bee end

    ReplyDelete
  19. MATI LA CEPAT NAJIB!
    MATI LA CEPAT NAJIB!
    MATI LA CEPAT NAJIB!

    Kematian Najib akan membawa untung kepada rakyat.

    ReplyDelete
  20. ni bukan "Melaka Maju 2010"
    tapi Merlimau Maju 2011 sebab YB meninggal
    sape yang lalu highway AMJ, boleh tengok cun2 je jalan masuk ke Merlimau tar hitam punya
    tempat lain takdak. Elok2 simpang ke Merlimau je yang rasa.
    Depan Politeknik Merlimau, tar elok lagi tapi tup2 2minggu lepas dah hitam legam
    Hebat
    Ada sorang pakcik kat area kampung kat Pengkalan Samak kata
    "Pakcik pegi kedai pagi2, balik je rumah tengok dah bertar sampai depan tangga"
    Hebatkan Amatili Rustam. Semua ni dah di rancang sejak awal2 dulu. Bukan sebab YB mati
    Ni sebahagian dari projek " Melaka Maju 2010" la

    ReplyDelete
  21. mereka turap nie sebab nk bg menteri kit g merlimau smooth je...laju ja...driver dia tak perlu elak lubang...paham tak...hahaha

    ReplyDelete
  22. apsal xde konco2 BN (bace Bom Najib/Berok Notty) komen lagi nih,agaknye diorang tengah tolong turap jalan tu kot

    ReplyDelete
  23. mana lebih untung, adun bn mati atau hidup?

    ReplyDelete
  24. Saya sebagai salah seorang pengundi Dun Merlimau, berasa amat bersyukur n berterima kasih dgn segala bantuan dan pelbagai peruntukan yg dicurahkan sempena PRK merlimau ni...tp yg xbestnye, hari2 yg sy lalui(dh 2mggu lebih) penuh kesengsaraan...dlm seminggu,kena g sana..sambut PM..kena g sinun, hadir perasmian, kena g sana sini pecah tanah...tugas harian sy bnyk tertangguh...hari2 pekan merlimau jem..polis sana sini...hari2 depan politeknik jem..harap2 YB baru ni xcepat meninggal...Amin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan