PRK Merlimau, rakyat tagih janji BN 20 tahun lalu


Di dalam kesedihan ada kegembiraan, keburukkan datang bersama kebaikkan. Ramai yang beranggapan kematian ADUN, atau wakil rakyat di satu-satu kawasan bermakna satu berita baik kepada rakyat setempat, kerana rakyat bakal dijamu dengan projek-projek kebetulan dari kerajaan Barisan Nasional untuk meraih undi.

Teori ini bukanlah sekadar teori rambang atau falsafah bodoh. Ia kini bagaikan satu fakta kukuh kerana mengikut rekod 14 sejarah pilihanraya kecil sebelum ini, setiap kali ada sahaja PRK, nescaya tiba-tiba kerajaan akan mengumumkan projek-projek dan peruntukan-peruntukan untuk kawasan tersebut dan mendakwa ia sebagai projek yang sudah lama dirancangkan, namun secara tidak sengaja (kebetulan) di umumkan pada saat PRK bakal berlangsung.[Kebetulan yang ajaib]

Samalah nasibnya dengan PRK di Merlimau. Penduduk setempat mengambil peluang sempena kematian ADUN BN di situ untuk menagih janji-janji manis Barisan Nasional yang sejak 20 tahun lalu. Meskipun sukar untuk mempercayai kerajaan kali ini, mereka tetap mengambil peluang untuk menagih janji-janji manis yang pernah ditabur suatu ketika dulu kerana inilah satu-satunya peluang untuk kerajaan mendengar rintihan hati-hati mereka. [Malaysiakini]

Seperti biasa, kerajaan Barisan Nasional akan mengatakan projek ini hanyalah sekadar projek kebetulan. Adakah anda percaya? Mahu tidak mahu, anda harus atau wajib percaya. Sudah 14 PRK berlangsung dan sudah 14 projek-projek dan peruntukan kebetulan berlaku, kali ini anda harus percaya bahawa akan ada projek kebetulan yang ke 15, sebelum anda melihat projek kebetulan yang ke 16 di DUN Kerdau Pahang tidak lama lagi.

Di hari biasa, bila rakyat meminta sesuatu Najib akan mengeluarkan kata-kata keramatnya "Tak boleh nanti negara akan bankrap!". Tapi bila ada PRK, semua akan jadi boleh, kerana ia "adalah projek yang sudah dirancangkan sejak lama dahulu"

ReJaM© "16 kebetulan? Betul-betul kebetulan yang ajaib"

12 Comments

  1. Wakil Rakyat Terlentang,
    Rakyat pun senang!
    Mari doakan agar lebuh ramai
    wakil rakyat BN meninggal....

    ReplyDelete
  2. kalaulah segala bangunan dan kemudahan boleh disiapkan dlm masa 2 minggu.. pasti esk pagi bangun tiba2 ada LRT.. haha..

    smalam tdo ari ni bgn jln merlimau batu gajah da nk siap... haha.. bygkan klo bangunan bleh disiapakan dlm masa 2 minggu.. pasti wujud mcm2 bangunan kt merlimau nie..

    dasyat2...

    ReplyDelete
  3. Kebetulan tu.. Sungguh kebetulan.. Tak tipu.. Nak bunuh ah YB Dun aku, nak tengok kebetulan ke 17. hahahahahaha.

    ReplyDelete
  4. to rentap... jgn la doakan kematian demi kebencian.. cukup sekadar kalau dia tetiba dpt hidayah.. insaf... kompom letak jawatan..

    haha.. gurau2 pagi je..

    ReplyDelete
  5. Jambatan Manek Urai, dia kata kebetulan juga dulu, tapi BN kalah, tak siap2 kebetulan tu.....

    ReplyDelete
  6. Khabarnya PRU ke 13 bakal diadakan pd Julai 2011 atau selaras dgn pilihanraya di sarawak.

    khabarnya juga, yg mana2 kawasan yg najib pergi brainwash ketua2 bhagian dilaporkan 'tenat'.

    ReplyDelete
  7. Khabarnya PRU ke 13 bakal diadakan pd Julai 2011 atau selaras dgn pilihanraya di sarawak.

    khabarnya juga, yg mana2 kawasan yg najib pergi brainwash ketua2 bhagian dilaporkan 'tenat'.

    ReplyDelete
  8. biasalah BN..mcm tak kenal je suma. heh ;p weh org merlimau korang jgn kena kencing lah. masa tuk berubah dah tiba

    ReplyDelete
  9. jangan berdoa kepada keburukan..
    tidak betul sama sekali..berdoa kepada kebaikan.

    ReplyDelete
  10. Aku Doakan Semoga Pemimpin Yg Zalim Ni Cepat1 Mampos!!!

    ReplyDelete
  11. skrg ni pembangunan dh jadi hadiah (kerana mengundi pemerintah)... sepatutnyer... pembangunan tu hak rakyat... x kira sapa...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan