Tun Mahathir akui UMNO tidak lagi perjuangkan Melayu

Kenyataan Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir mungkin akan menyedarkan para penyokong tegar UMNO yang selama ini berjuang bermati-matian demi mempertahan dan memartabatkan bangsa Melayu. Namun begitu, kenyataan terbaru Tun Mahathir ini jelas sekali mendedahkan bahawa para penyokong UMNO selama ini ditipu hidup-hidup oleh pemimpin atasan.

Dalam satu kenyataannya di dalam laporan berita berbahasa Inggeris di Malaysian Insider [M'sian Insider], Tun Mahathir mengakui bahawa parti United Malays National Organization, UMNO tidak lagi memperjuangkan nasib Melayu, sebaliknya hanya berjuang demi mendapatkan kontrak-kontrak, Ap dan lesen-lesen yang disifatkan lebih kepada mengaut keuntungan untuk pemimpin-pemimpin atasan.

Di bawah ini screenshot petikan berita yang dimaksudkan, sila klik untuk membesarkan image.

Tun Dr Mahathir Mohamad criticised his own party today, saying Umno no longer stood for the struggle of the Malays. The former Umno president said the party struggle now was only about contracts, APs and licences.

Terjemahan:

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengkritik partinya sendiri, dengan mengatakan bahawa UMNO kini tidak lagi memperjuangkan bangsa Melayu. Bekas presiden UMNO itu berkata, perjuangan parti itu kini hanyalah terhadap kontrak-kontrak, AP dan lesen-lesen.


Seperti biasa "Sambil menyelam, minum air", Mahathir mengambil kesempatan menuduh Anwar Ibrahim dan Nik Aziz sebagai penyebab kepada perpecahan Melayu yang dilihat pada pandangannya mengakibatkan Melayu UMNO tidak kuat.

Apa yang jelas, Mahathir lupa bahawa kedua-dua pemimpin utama parti politik pembangkang lebih mengutamakan ketuanan rakyat, bukannya ketuanan Melayu yang dicanangkannya. UMNO yang sibuk memainkan sentimen Melayu rupanya sekadar taktik untuk menguntungkan pemimpin atasan meraih sokongan bagi mendapatkan kuasa sekaligus memperoleh kontrak-kontrak dan lesen-lesen.

Adakah penyokong-penyokong UMNO akan tetap rela berkorban, terkorban dan dikorbankan demi manfaat perut pemimpin-pemimpin atasan? Tepuk kepala tanyalah akal!




ReJaM©"Penyokong UMNO semua sudah-sudahla tu, cukuplah diperbodohkan..."

48 Comments

  1. Pemuda UMNO, Penang4 February 2011 at 23:31

    Mahathir ni dah tua biasalah cakap pun banyak yang silap...
    Kita tak boleh menghukum semudah itu... Mahathir yang cakap bukan Najib yang cakap...
    Teruskan menyokong UMNO dan Barisan Nasional!
    Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan...

    ReplyDelete
  2. UMNO lama perjuangkan Melayu dan tanah air, tapi UMNO baru (UMNGOK Mahathir) berjuang untuk kroni2.

    ReplyDelete
  3. Dah la tu pemuda UMNO, ko pergilah merapu kat blog pro kerajaan...

    ReplyDelete
  4. Pemuda UMNO ni sama dgn pemuda UMNO n9 ke? hehehe

    ReplyDelete
  5. cian pemuda UMNO.....xtaw nk lawan pe lagi dh..haha...duk malu sorg la tu...

    ReplyDelete
  6. @Pemuda UMNO

    ko ni mmg jnis org yg x leh trime kenyataan..smue yg slh ko ckp btl..adoi.
    ape la nk jd ngan ko ni..
    kalo x suka page ni jgn la duk menyibuk..

    ReplyDelete
  7. dulu borek..skrg rintik..dulu kencing berdiri..skrg kencing berlari..

    ReplyDelete
  8. bile bende mahathir kater tu kene btg hidung,respon.."ooo mahathir dh tua.." ni le pemuda umno

    ReplyDelete
  9. @Pemuda UMNO

    mesti blog ni best kan?tu yg ko slalu lepak cni...haha ReJaM© blog ni mmg best n menarik,tgok la smpi ramai barua2 umngok dok cni...syabas ReJaM©...

    -Lazdfa-

    ReplyDelete
  10. Apa ko org nak heran dengan sikap Pemuda UMNO,Penang
    Najib dan Rosmah (RM)dah booking satu Negara lain kat dia esokni bila BN kalah!!Kesian Melayu UMNO Johor, sempatkah jadi PM.
    Pemuda UMNO, Penang kan banyak jasa dgn Najib dan Rosmah (RM) masa Najib Menteri Pertahanan,dia ada kilang Uniform tentera di Penang,itu belum lagi Kapal Selam ,Menteri Pelajaran,dia ada Kilang cetak buku di Penang,tiap tiap thn.tukar buku sekolah anak dia buku free.Sebabtu lah bermati matian sokong Najib. Mahathir dah tak boleh bagi dia projek lagi, dia kenale tegur Mahathir skrg.

    ReplyDelete
  11. aku penyokong mahathir tegar. aku setuju betul dengan cakap dia. UMNO sekarang semakin terpesong. Melayu hanya di mulut.

    ReplyDelete
  12. Pemuda UMNO,Penang. Ada lagitak Jawatan Kosong JKKP kat Penang,Bulan depan pencen nak balik Penang,
    edjustle sikit, tak kan nak makan sorangje.
    Nak joint Projek dah kebush!!!JKKP pun bolehle, asalkan mashuuuuk. Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan.

    ReplyDelete
  13. teringat aku...arwah ustaz fadhil nor ada doakkan tun mahathir panjang umur...biar umno 2 hancur depan dia satu persatu,...wallahualam..

    ReplyDelete
  14. ak aje tak bole blah dengan pemuda UMNO, penang nih. betol2 jilat bontot najib.. haahah. bodoh. dah ada fakta tak nak terima. bebal bertingkat2 . patut ah sokong umno klu dah bebal mcm tue.. ko nih asyik kena bodoh je klu masuk sini. g balik ngaji lah..

    ReplyDelete
  15. "Mahathir Sudah Lupa" kew Pemuda UMNO Penang??

    ReplyDelete
  16. setiap kali entry baru muncul,mesti komen pertama adalah daripada penyokong umno.....
    adakah ini strategi untuk memanaskan blog ini.....

    hairan........

    ReplyDelete
  17. Anon di atas, hebat betul MiLo SuaM kan? Sampai boleh berpakat dgn
    Penyokong UMNO untuk memanaskan blog kah kah kah...
    Anon yg bertanya ni penyokong UMNO juga ke?
    Kepada anonynomous atas ni
    Anda pun turut sama memberikan komen di sini, sekaligus
    memanaskan keadaan, cuba tanya diri anda, ada ke anda berpakat dengan saya utk memanaskan blog ni? kah kah kah
    Ape punye teori lah ko ni dol? haha

    ReplyDelete
  18. lobai joram pergai..5 February 2011 at 03:12

    Mahathir x nyanyuk tp penyokong UMNO yg dh nyanyuk dok pangkah UMNO lg..
    Sampai ke la dok kena main dgn pemimpin2 atasan dgn retorik2 baru yg syok sendiri..
    Retorik x bole byr tol,byr minyak kt pam petrol,x bole byr yuran pengajian..
    Melayu dilekakan dgn slogan x sudah2..
    Ne la jd bila Islam x dipraktikkan secara keseluruhan..
    Rakyat jd jahil dan x tau yg mana benar dan yg mana batil!!!!

    ReplyDelete
  19. Jasa BN kepada rakyat Malaysia tidak dapat dinafikan!
    Usah gadaikan masa depan anda dengan menyokong pembangkang!
    Pembangkang hanya pandai cakap kosong!
    Walaupun UMNO ada salah, tapi parti Melayu terbesar di dunia ini
    sudah terlalu banyak berjasa kepada Bangsa Melayu itu sendiri...

    ReplyDelete
  20. Weh S0K0NG BN... jgn wt lawak la...Haha 'berjasa kpd bangsa Melayu'? Dari segi apa rasuah? Jenayah? Kemelaratan hidup? Maksiat? Adakah UMN0 berjasa kpd Islam?

    ReplyDelete
  21. Sokong BN said.... Yang jahat x selamanya menjadi jahat.... Yang baik x selamanya menjadi baik....!! SOKONG YANG BAIK sahaja...!

    ReplyDelete
  22. Pirrrah brjasa kt melayu la konon....hak tuihhh

    ReplyDelete
  23. Sokong BN.... - ko pg la ampu dorg...hdup la dgn pmerintahan....hak tuihhhh (SM)

    ReplyDelete
  24. Satu Malaysia!
    Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan!
    Pembangkang sila keluar dari Malaysia!

    ReplyDelete
  25. org yg byk berjasa mengatakan UMNO dah lari dari perjuangan asal..

    tapi, geng jilat-bntot-sampai-mati UMNO tak dpt menerima hakikat..

    takpe, teruskan menjilat ye.. kt dlm dunia ni, mesti la kene ade org yg bebal, kalo tak, sunyi la hdup... hihi

    ReplyDelete
  26. Weh s0k0ng BN!! K0 sapa nk halau2 0rg?! Malaysia ni negara M0NARKI ka y xbleh ada pembangkang?!
    1Ummah!! Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar!!

    ReplyDelete
  27. hahahaa... pada aku tu suma wayang TDM ngan UMNO... pasal UMNO perjuangkan kroni... suma org dh tau... x payah TDM ckp pon... awat??... skrg ni kroni TDM dh x dpt projek??... sbb tu skrg nak sound2 UMNO??... dulu masa pak lah PM... nada TDM sama gak... skrg DSN... sama gak nada TDM... hahahaha... kejap keluar UMNO... kejap masuk UMNO... nyanyuk??... x... TDM x nyanyuk... dia bijak... kalau x bijak... x la dia /kroni2/kaum keluarga di suma kaya raya... bijak main peranan... sbb tu masih ramai pengikut dia... hahahahaha... sound2 UMNO... tapi masih nak UMNO memerintah... kan senang ckp TDM nak UMNO pilih dia jadi PM semula... hahahahahaha... lawak... yg sokong UMNO... laagiiii lawak... hahahahahaha

    p/s: pembangkang keluar m'sia??... hahahahaha.... antara ayat stended UMNO... aku panggil ayat ni... "ayat dh x de hujah bernas"... hhahahahaha

    ReplyDelete
  28. walaupun dia seorang umno jika pendapatnye betul kita kena terima begitu juga sebaliknya...jangan kita pun sama tak ade otak.akak sokong nik aziz je..

    ReplyDelete
  29. perangai orang umno xspecialy pemuda umno penang ni saling xtumpah sama macam yahudi zaman Rasulullah dulu.. dulu Rasulullah nk sebarkan Islam, macam2 bukti depa mintak, tapi bila Rasulullah dah tunjuk, depa cari alasan lain pulak, kan sama tu...

    ReplyDelete
  30. Kepada semua Penyokong UMNO.... cubalah berpijak pada bumi.... Apa yg Mahathir Nyanyok.. (kau juga yg cakap dia nyanyook... betul sebab perjuangan ini bermula dari zaman dia lagiii. Yg pastinya.. segala projek yg UMNO (barua UMNOLAH YG BUAT).. TERUK KUALITINYA.. MACAM REBAN AYAM SAJA... PERUT BUNCIT PENUH RASUAH.. DAPAT BINIPUN HASIL RASUAH ... HA..HA..HA... MENANG UNDIPUN ATAS RASUAH RM100... GUA CAKAPLU ....

    ReplyDelete
  31. kita mengucapkan juga tahniah jugalah kepada BN kerana negara ini maju dan aman hasil usaha perancangan mereka.

    cuba kita lihat indon jiran kita,negaranya mundur sekali....
    seperti langit dan bumi....

    ReplyDelete
  32. Majunya ape??? apa orang melayu boleh buat sekarang... buat rumahpun tak tahu.. masih harapkan orang Indon.... dahlah tu kena tipu dgn Indon.. padan muka... hanya tahu... rasuah sana sini... hisap dadah.. buat zina.. buang anak ...melalak.. kat tv pagi sampai petang... dah azanpun ... lebih baik aku pergi sembahyang zohor... sembahyang itu lebih baik dari buat masa ini....

    ReplyDelete
  33. ..hihihihi..
    pemuda UMNO penang.. dah malu kot..
    bagi alasan Mahathir dah tua...
    kih3.. pulak, bukan Najib yang kluarkan kenyataan..
    ..hehe..
    first,..memanga Mahathir dah tua..
    tapi pelik pula...boleh pula dia ingat nama Anwar & Nik Aziz.. hehehe.... (maknanya otak dia bagus lagi, bila otak dia bagus lagi..maknanya cakap dia tu pun ada betulnya...kan UMNO kan?) kuikuikui....

    dan... kenyataan bukan dari Najib,...
    Mahathir kan BEKAS pimpinan tertinggi UMNO... bukan sama taraf kah? dengan Najib Tun Razak...
    hehehe...
    mu ni lawok la pemuda UMNO penang...kah3...


    p/s: ..pi la masuk Gelanggang Raja Lawak nun..kah3..

    ReplyDelete
  34. Sdra semua, apa yang UMNO tak buat untuk org Melayu kat M'sianiii?,Banyak Melayu kaya sekarang kat M'sia PAS buatke?Banyak Melayu susah skrg. PAS buatke?UMNO buat Mesjidtau!!!,PAS ada buat? Tiap kali PRK UMNO baiki Mesjidtau,PAS baiki tak?
    Hari ini Tok Jib dah mulakan misi lawatan ke Mesjid mesjid diKL, PAS tawan KL skrg. PAS buat tak?
    PAS bangga Tok Guru selalu Imamkan Solat...Hari ini Tok Jib nak Imamkan Solat kat Mesjid KL, TV3suku tak boleh keluar dlm Buletin Utama sbb Krew nak kushuk belakang Imam,nak pacak kemera nanti org PAS kebaslak..mahaltau k'jaan beli melalui tender.

    ReplyDelete
  35. Patutla aku nampak Pemuda Melayu UMNO, Penang kat Kg.Baru tadi...Dia nak tunggu bubu lambok kot?

    ReplyDelete
  36. Kesilapan nyata TDM semasa jadi Ketua UMNO dulu...dia mendaki dari bawah hingga kepuncak,Kejayaannya adalah hasil usha Tun sendiri,tanpa ada Penasihat.Sebabtu dia tak dengar nasihat org UMNO yg lain,dan semua org UMNO anggok setuju bila dia kata/buat sesuatu dulu. Tun tak lantik Penasihat Parti mcm Parti lain,skrgni tak jadi ketua siapa nak lantik dia jadi Penasihat Parti? Sbb tu lah keluar UMNO dulu,merajuk konon. Umno gam habis anak beranak dia,tak bagi projek,sekarang masuk balik UMNO, kan ke, Mukriz pun dah berangkak naik balik. Tak habis habis UMNO dgn. Kroninya...Rakyat Dulu, Pencapaian Kami Utamakan.

    ReplyDelete
  37. memang la melayu maju ada kat malaysia ni... tapi masalahnyer... melayu yang tuuuu jer... abis tu melayu lain dok nganga jer ker... hahahahaha... UMNO yg bagi melayu (tuuu jer) yg maju... aku setuju... haaa... kalau nak tau... tu la namanyer kroni... hahahahahaha

    dan kalau penyokong UMNO nak tau... kroni ni la yang kebnykan melayu kat m'sia ni tak nak... tapi tak per... melayu UM<NO suka kroni2 ni suma... hahahahaha

    ReplyDelete
  38. aku nak tanya kamu semua.
    andai kata Malaysia diperintah oleh PAS sejak merdeka sehingga sekarang,adakah negara Malaysia akan maju sepertimana hari ini?

    PAS tak berminat nak buat pembangunan kerana mereka berpegang kepada "hadis":

    'dunia tak penting,akhirat yang penting'.

    tengok Kelantan....
    daripada PAS mula memerintah sampai sekarang....
    tak ada apa yang dibuatnya....
    anak muda terpaksa merantau kerana tak ada kerja...
    kerana bagi PAS,'dunia tak penting,akhirat yang penting'......
    jadi,apa pendapat kamu semua?

    ReplyDelete
  39. anoni 10:20...anak muda merantau sbb x de keje kat kelantan... hahahahahaha... lawak la ko... ko patut lepak kat tambak johor tiap2 pagi... start kul 4.30 pagi... ko bole tengok beribu2 org johor yg keje kat spore... knapa??... kat johor dh x de keje sangat ker... hahahahaha... merantau... tu mana2 pon ada la... org johor gi KL... org ktan gi Johor... org melaka gi penang... so what??... asal merantau jer... negeri asal dh mundur sangat la konon... kelantan mundur sangat la... ko check negeri mana kt malaysia yg paling miskin??... maaf ckp... negeri yg diperintah oleh UMNO yg korang agung2kan tu la yg paling miskin... bukan kelantan... ni fakta... tapi biasa la... org2 UMNO mana nak terima kenyataan... balik2 nak "ckp andai kata PR perintah"... bro... "andai kata" ni x bole pakai sangat la...

    ReplyDelete
  40. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  41. aku rasa ahli UMNO dh x reti bezakan antara duit UMNO ngan duit negara la... selama ni diorg ingat duit negara tu hak mutlak UMNO dan ahli2nyer kot... hahahahaha... seriously... ahli UMNO... memang lawak la... first gred nyer lawak... hahahahahaha

    ReplyDelete
  42. Pemuda umno tu mmg cybertrooper utk blog ni..keje die utk kasi pembaca blog ni ragu2 ngn ape2 entry yg milosuam tulis...biarkan die terjun dgn labu2 nye...

    ReplyDelete
  43. cybertrooper patutnyer bijak... hahahahahahaha

    ReplyDelete
  44. Tulis kat blog ni tak guna jugak, kalau tak mengundi... Pilihanraya sudah hampir. Apa lagi mari kita undi. Pembangkang atau BN

    ReplyDelete
  45. memang betul pun..umno hanya menjual nama ketuanan melayu hanya untuk menipu...

    ReplyDelete
  46. pmimpin umno dekat nge rakyat bla pilihanraya dah dekat... mtak tu bg.. mtak ni bg... dlm kbun getah pun diorg sgup pergi... tp bla dah dpt kuasa... tak npak btang hidung

    ReplyDelete
  47. Aku tak kisah sape2 memerintah.... janji negara malaysia yg tercinta ini... misti lah islam..

    PAS tolong keluar dari PKR...

    ReplyDelete
  48. X nafikan UMNO ada berjasa , tp UMNO yg mana? yg dahulu ke yg zaman IT ni?? lg satu, berjasa apa ya? camni la, rakyat tiap2 tahun kluarkan cukai itu ini. duit rakyat itu lah yg kemudiannya diamanahkan kepada kerajaan yg memerintah, utk dimanfaatkan atau diuruskan oleh kerajaan.. erti kata lain duit tu sepatutnya kembali semula kepada rakyat (kesejahteraan rakyat)


    IGT, DUIT YG DIGUNAKAN ADALAH DUIT RAKYAT, X de cukai(duit rakyat) projek apa2 pun X berjalan~~ jgn cakap duit tu dri duit kerajaan.. anda fikirlah semula...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan