Bob Lokman mengakui pernah diupah untuk ganggu ceramah PAS

Bob Lokman mendedahkan tembelang gerombolan songkok tinggi apabila mengakui bahawa dia pernah diupah untuk membuat persembahan di kawasan berdekatan dengan ceramah Parti Islam se-Malaysia, PAS dengan niat untuk mengganggu ceramah tersebut. Berikut petikan screenshot yang diambil dari halaman Facebooknya [Facebook Bob Lokman].




Bob atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, ketika berceramah di majlis minum petang di Desa Murni sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau semalam berkata, beliau mohon maaf atas keterlanjurannya itu.

Saya akui pernah ganggu ceramah PAS dalam kempen pilihan raya umum 2004 dan 2008 iaitu dengan mengadakan persembahan berdekatan ceramah PAS dan terima upah.

“Tapi itu semua kenangan dulu, sekarang saya sokong parti Islam yang mahu tegakkan hukum Allah. Saya jumpa beberapa pemimpin PAS dan minta maaf,” ujarnya.

Penulis lirik lagu terkenal seperti “Isabela” dan “Pada syurga di wajahmu” itu berkata, beliau mengambil keputusan keluar daripada rancangan Raja Lawak dan menyertai PAS tanpa dipengaruhi sesiapa.

“Barangkali keinsafan itu timbul setelah banyak mendengar kuliah Tuan Guru Nik Aziz. Tapi nampaknya tidak mudah juga apabila meninggalkan dunia glamour itu. Saya dihentam dengan tindakan sendiri.

“Ketika ini barulah saya mula terasa satu cabaran. Kalau tidak hidup saya happy tanpa merasakan sesuatu yang perlu diberi perhitungan,” kata cicit kepada tokoh Islam terkenal tanah air, Tok Kenali itu.

Bob menyertai PAS secara rasmi ketika menyerahkan borang keahlian semasa program Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS di Kedah bulan lalu.

Mengenai pergaulan barunya, Bob kerkata beliau nampak dalam PAS tidak ada protokol sangat.

“Semasa saya bergaul dengan orang Umno dulu, pemimpinnya jangan kata nak duduk di kalangan orang ramai, tempat nak sembahyang pun nak tempat elit... kecualilah bila tiba musim PRK macam ni,” tambahnya disambut gelak ketawa pendengar.

Mengenai masa depannya, Bob berkata beliau kini dalam proses belajar ilmu-ilmu agama dan bercita-cita untuk menjadi pendakwah pada masa depan.

Sebab saya percaya golongan muda mahukan Islam, sebab jiwa mereka mahukan keadilan, kebaikan dan kebebasan. Tetapi mereka tak faham tentang keadilan Islam atau tak diberitahu tentang kebaikan dan kebebasan dalam Islam.”




ReJaM© "Terbongkar sudah taktik jahat gerombolan songkok tinggi..."

20 Comments

  1. Alhamduillah~

    Anak muda bersama PAS~

    Allahu akbar

    ReplyDelete
  2. Biasalah, dah masuk PAS semua BN buruk...
    Dulu dalam BN bukan main sokong, hipokrit!

    ReplyDelete
  3. lagi baik berubah dari diubah...TABIK BOB

    ReplyDelete
  4. islam agama ku2 March 2011 at 19:09

    klu kita mkn lauk ikan...dan ikan itu masin..lantas kita cakap ikan tu msin dgn kawan kita..ada kah kita bersifat hipokrit..

    ReplyDelete
  5. Dulu bergaul dgn puak2 jahil jadilah jahiliah...
    Skrg da dapat hidayah.. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. buat saudara Bob lokman..saya menghormati keputusan Saudara dan berharap saudara terus maju dalam apa jua bidang yang di ceburi.....tak kira parti apa yg dipilih kita sesama islam akan selalu mengingat dan diingati..insyaallah....

    ReplyDelete
  7. moga saudara sokong bn pon dapat hidayah...
    bukan senang nak dapat hidayah Allah...
    janganlah bongkak dan angkuh dengan nikmat yg Allah bg..

    ReplyDelete
  8. cuba lah korang ni bersatu utk majukan lagi malaysia ni.. nak bergaduh je.. malaysia xmaju2 gak aku nengok.. pelik2 la org melayu ni

    ReplyDelete
  9. Doakan semoga lebih ramai lagi kembali kepada kebenaran mutlak.Insyaallah bumi ini disirami dengan warna kehijauan.Marilah kita sama-sama jauhi perbuatan yang lagha yang ditaja oleh puak-puak yang merasakan diri mereka hidup menongkat langit.

    ReplyDelete
  10. heran aku. kenapalah Bob Lokman ni tiba2 jadi nama besar. lantas PAS usungnya ke sana ke mari. apa faedahnya? apa tujuannya?

    ReplyDelete
  11. BN tak dpt terima bila ada artis msuk pas, sbb kebanyakan artis mnyokong BN..PAS boleh mggunakan BOB Lokman utk menarik lebih ramai menyertai PAS.. sy yakin saudara BOB bukan dipaksa bceramah tapi dgn rela hati, sebab mahu melihat Malaysia menjadi sebuah negara Islam sebenar, bukan hanya pd nama shj..

    ReplyDelete
  12. wahai pemimpin2 umno suruh la isteri2 mu bertudung
    adakah itu yg umno katakan perjuangkan islam?
    tepuk kepala tutuplah kepala

    ReplyDelete
  13. islam dulu kini dan selamanya, insyaallah

    ReplyDelete
  14. Sokong BN berkata...
    Biasalah, dah masuk PAS semua BN buruk...
    Dulu dalam BN bukan main sokong, hipokrit!

    ______________________________________________________

    JAKA jawab :

    Mari hamba ajar kau erti hipokrit.

    Dalam istilah arab munafik. Dalam erti bahasa bercakap lain niat lain buat lain. Dalam istilah syarak ialah orang yg menyamar Islam kulitnya, kata2nya tetapi hatinya membenci Islam.

    Adapun Sokong BN tidak faham makna hipokrit.

    Semasa bersama bn memanglah Bob sokong bn. Setelah masuk PAS memang lah sokong PAS. Ini bukan munafik. Ini menjelaskan pendirian zahir dan batin.

    yg munafik ialah bercakap membela bangsa dan agama tapi perbuatan menghina agama dan menjual bangsa.

    yg munafik ialah bercakap membantu rakyat tetapi banyak utk kroni dan ciput utk rakyat.

    yg munafik ialah bangga dgn pujian US pada islam umno tetapi menolak ajaran Islam yg benar dari kitab.

    Bob Lokman bukan munafik. dia menukar arah perjuangan. dia jelas dgn pendiriannya samada bersama umno atau setelah masuk PAS.

    yg munafik ialah kalau semasa dalam PAS, Bob sokong bn. tapi kalau semasa bn, dalam diam2 menyokong PAS itu namanya menyembunyikan pendirian, selemah2 iman.

    sudahlah matematik lemah, tarikh dan jangkamasa lemah, kini mengenal istilah perkataan jg lemah. inilah penyokong2 umno. ini kerana budaya ilmu bukan budaya umno.

    budaya umno sokong parti walaupun apa terjadi. soal hukum perkara kedua. budaya umno ialah puaskan nafsu dan guna nama melayu dalam memenuhi nafsu.

    budaya umno ialah bercakap ikut sedap mulut dan nafsu dan bukan merujuk kitab dan ilmu.

    budaya umno ialah sebarkan lucah dan liwat kerana ia sangat mengkhayalkan fantasi sex penyokong umno.

    budaya umno ke arah kehancuran agama dan bangsa.

    ReplyDelete
  15. aku ingat lagi semasa malam sebelum PRU 12, bob lokman datang dengan awie mempromosikan UMNO dengan melakukan konsert di kampung aku, Kuala Pegang, Baling. Kampung aku memang kubu kuat PAS.

    ReplyDelete
  16. Jusoh Blacklist3 March 2011 at 17:39

    PAS@UMNO semuanya orang Melayu. Kalau dah Melayu tentu agamanya Islam.

    ReplyDelete
  17. jusoh blacklist.

    aku amek kate2 bro isa.melayu belum tentu islam, islam belum tentu beriman.sebab tu Allah berfirman "wahai org2 yang beriman."

    ReplyDelete
  18. senang cerita jangan kita duk sibuk melayu ke apa, malaysia dah nak tumbang wahai najib, ingat wahai najib, jangan sibuklah pasal bendera, yang ko kena sibuk diri ko tu, tak lama lagi pr akan datang hang tumbang, insaflah wahai najib, jangan kerana bendira kuasa yang ada hang duk belagak mcm raja fahad, m'sia dah nak tumbangkan wahai najib.

    ReplyDelete
  19. Hamik seketul Sokong Be End!!! Jaka lu memang tinggi ilmu....wa caya sama lu

    ReplyDelete
  20. sokong bn bodoh bebal

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan