Penipuan berterusan tentang rekod masa Twitter

Saya merujuk kepada laporan berterusan oleh Utusan Malaysia, media perdana dan blogger-blogger UMNO yang mempertikaikan kononnya masa pesanan-pesanan yang dibuat di laman Twitter pada 21 Februari 2011 adalah masa yang tepat. Mereka mendakwa Dato’ Seri Anwar Ibrahim hanya mula menghantar pesanan pada jam 11:40 malam, seperti yang dipetik di laman Twitter.

Oleh itu, mereka mempersendakan kenyataan saya pada 26 Mac lalu yang menerangkan bagaimana Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah membuat 9 pesanan melalui akaun Twitter yang turut dipamerkan di laman Facebook bermula jam 10:38 malam, 21 Februari 2011. Pesanan-pesanan ini secara jelas menunjukkan adalah mustahil Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku di dalam video seperti yang difitnah oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Shazryl Eskay Abdullah.

Saya dengan sengaja meninggalkan penerangan mengenai kenapa pesanan yang dipaparkan di laman Twitter adalah sejam lebih cepat berbanding di lama Facebook pada 21 Februari 2011 itu, untuk memberi peluang kepada Utusan Malaysia, media perdana dan blogger UMNO mengkaji dengan lebih mendalam demi kebenaran. Saya menjangkakan mereka tidak akan berusaha memahami bagaimana laman Twitter dan Facebook berfungsi, sebaliknya akan terus memfitnah dan menggunakan perkara itu.

Tekaan saya tepat. Utusan Malaysia dan blogger-blogger UMNO tanpa usul periksa terus memutar belitkan perbezaan satu jam itu. Mereka tidak sedar bahawa tindakan itu mengiyakan pandangan umum bahawa mereka tidak pernah meletakkan kebenaran sebagai asas untuk membawa berita. Penulisan mereka adalah bermatlamatkan agenda politik busuk dan semua berita diselewengkan untuk menjalankan agenda politik busuk.

Perbezaan satu jam pada 21 Februari 2011 itu boleh diterangkan dengan mudah sekiranya mereka benar-benar memahami konsep daylight time saving dan bagaimana laman Twitter dan Facebook berfungsi.

Masa yang dipamerkan di laman Facebook adalah masa tempatan, kerana Facebook merujuk kepada masa yang ditetapkan di dalam komputer peribadi atau laptop semasa akaun dibuka [Facebook Time].



Oleh sebab itu, berbeza dengan akaun Twitter, Facebook tidak membenarkan pengguna menetapkan zon masa kerana rujukan masa dibuat secara terus kepada masa yang ditetapkan di dalam komputer peribadi pengguna. Oleh itu, mereka yang arif mengenai teknologi maklumat tahu bahawa masa yang dipamerkan di laman Facebook adalah masa tempatan di mana pengguna Facebook berada.

Sebaliknya, laman Twitter merujuk kepada masa di dalam pelayannya (server) yang berada di San Francisco, Amerika Syarikat. Masa setiap pesanan dibuat oleh pengguna dari seluruh dunia akan merujuk kepada masa di pelayannya kemudian ditambah perbezaan masa mengikut zon masa dunia. Oleh sebab itulah, laman Twitter menetapkan bahawa pengguna perlu memilih zon masa semasa mula-mula membuka akaun.

Ini akan melibatkan isu perbezaan masa di antara zon-zon masa dunia dengan San Francisco, Amerika Syarikat dan juga perubahan jam pada bulan Mac dan November setiap tahun. Oleh kerana Amerika Syarikat mengamalkan perubahan jam mengikut daylight saving, setiap tahun jam akan diubah pada hari Ahad kedua bulan Mac, dan diubah kembali pada hari Ahad pertama bulan November.

Ini akan memberi kesan kepada perbezaan masa di antara zon-zon masa dunia, apabila jam diubah di Amerika Syarikat; yang bermakna masa di pelayan laman Twitter juga akan berubah.

Semasa waktu yang digunapakai bagi musim sejuk (November hingga Mac), perbezaan masa di antara zon masa di San Francisco dan Malaysia adalah 16 jam. Setiap pesanan yang dibuat ke laman Twitter dalam tempoh masa itu akan berbeza selama 16 jam dan pelayan laman Twitter akan secara automatik mengira waktu ditempat asal berdasarkan perbezaan 16 jam itu.

Ini boleh ditunjukkan seperti berikut, mengambil kira pesanan yang dibuat pada jam 10:40 malam di Malaysia pada 21 Februari 2011 adalah bersamaan dengan jam 7:40 pagi di San Franciso (kerana jam Malaysia tidak diubah mengikut daylight saving). Tetapi pelayan Twitter akan menambah 16 jam, maka masa yang dipamerkan di laman Twitter adalah satu jam lebih cepat iaitu 11:40 malam (lihat bagaimana waktu di Malaysia menjadi 1 jam lebih cepat berbanding waktu sebenar, kerana Malaysia tidak mengubah jam seperti di Amerika Syarikat):




Apabila jam diubah semula bermula hari Ahad kedua bulan Mac mengikut daylight saving, perbezaan di antara zon masa Malaysia dan San Francisco menjadi 15 jam. Maka, pesanan yang dibuat ke laman Twitter mempamerkan masa yang seragam dengan masa tempatan, seperti berikut (mengambil contoh 21 Mac 2011):




Perkara yang semudah ini tidak dapat difikirkan secara rasional oleh Utusan Malaysia dan blogger UMNO kerana mereka taksub dan tenggelam dengan fitnah mereka sendiri. Mereka lupa prinsip mudah iaitu yang bertukar jam adalah pelayan Twitter di San Francisco kerana Amerika Syarikat menggunapakai sistem daylight saving sedangkan Malaysia tidak.

Oleh itu, masa yang ditunjukkan oleh laman Facebook yang menggunakan masa tempatan mengikut masa komputer peribadi dan laptop masing-masinglah adalah masa yang tepat dan tidak dipengaruhi oleh perubahan satu jam akibat daylight saving itu.

Ini dapat dibuktikan dengan merujuk kepada pesanan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin pada 5 Disember 2010 [FB Khairy Jamaluddin]:


Beliau menghantar pesanan melalui laman Twitternya bahawa “PM @NajibRazak sedang memberi ucaptama di Konvenseyen BN”. Laman Twitter mempamerkan masa pesana itu dibuat pada jam 9:55 pagi iaitu satu jam lebih cepat dari yang ditunjukkan oleh laman Facebook beliau.

Saya jemput Utusan Malaysia dan semua blogger UMNO untuk menyemak kembali aturcara Konvensyen BN pada 5 Disember 2010 dan mereka perlu menerima hakikat bahawa ucapatama Perdana Menteri bermula sekitar jam 8:30 pagi, sekaligus membuktikan bahawa masa yang dipamerkan di laman Facebook adalah tepat.

Saya mengulangi desakan yang telah dibuat oleh pimpinan Pakatan Rakyat bahawa tindakan Perdana Menteri dan UMNO yang mengalih perhatian kepada video seks lucah tanpa mengambil hukuman berat ke atas dalangnya, membuktikan bahawa ia satu lagi konspirasi jahat UMNO.

Isunya bukanlah perbezaan satu jam atau aktiviti Twitter Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Isunya adalah nama dan maruah negara yang dimalukan kerana cubaan fitnah ini. Isunya adalah perlakuan jenayah oleh beberapa orang kuat UMNO yang sehingga kini masih bebas dan tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Isunya adalah tindakan pihak berkuasa membenarkan kegiatan jenayah itu berlaku di tempat awam yang rapat dengan kerajaan.

Isunya adalah perlakuan rasuah yang cuba membeli Ahli Parlimen KEADILAN yang sehingga kini belum diambil tindakan oleh SPR mahupun SPRM.



MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI

28 MAC 2011

47 Comments

  1. Daylight time saving..
    Contoh bagi yg selalu berjaga tgk bola spt uefa champion league, kadang2 game stat pkul 2.45, kadang2 pkul 3.45 (kat malaysia). walaupun waktu kat sana tetap sama..

    Tak gitu milosuam? kalau salah tlg betulkan yer bro..

    ReplyDelete
  2. Siapa tak kenal RAFIZI RAMLI?

    Lahir: 14 September 1977

    Tempat Lahir: Besut, Terengganu

    Membesar: di Kemaman dan Kuala Kangsar

    LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

    Pendidikan awal @ Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989)

    Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994)

    * Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan

    * Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar
    * Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu)
    * Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992
    * Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
    * Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
    * Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993
    * Presiden, Badan Revolusi Agama
    * Presiden, Pancaragam Tentera
    * Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
    * Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
    * Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan

    Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996)

    * Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996
    * Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996
    * Pengawas
    * Orkestra Morrison’s Academy

    Leeds University (1996 – 1999)

    * Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
    * Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)
    * Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik

    LATAR BELAKANG KERJAYA

    Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003)

    * lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun
    * diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan
    * diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia

    PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005)

    * Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant
    * Pengurus termuda semasa dilantik

    PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007)

    * Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia)
    * Pengurus Kanan termuda semasa dilantik
    * Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion

    PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)

    * Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa)
    * Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion

    Pharmaniaga Berhad (2009)

    * Pengurus Besar

    Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009 – )

    * Ketua Eksekutif


    http://rafiziramli.com/about

    ReplyDelete
  3. camne nak sampaikan hal ini pada rakyat..saya punt ak tau nak citer camne kat mak ayah kat kg..hehe..ada cara mudah nak citer tak?tapi secara asas faham la..

    hottest entry di blog khalis :
    Kantoi ketika skodeng

    5 Binatang paling bisa di dunia

    Gambar miera liyana kini sopan

    ReplyDelete
  4. wah..dhsytnyer insn yg brnme rafizi rmli....sya mmg ley ktakn..wau....trpgun tgk rsume bliau..gler bpk....sya pon xdpt challenge bliau.....

    ReplyDelete
  5. http://www.iklan-mudah.com/planet/Mohd-Rafizi-Ramli-disekolahkan-Dr-Novandri...Edisi-Kantoi
    sape2 boleh terankan x yg mana satu betul milo suam ke link diatas

    ReplyDelete
  6. yang mana satu fakta atau yang mana satu auta

    ReplyDelete
  7. Kpd Alexander Harith yg dok tanye banyak kali mane pergi DSAI time video tersebut dirakam dlm entry seblom ni,ni dia jawapannye.Skang hang nak ckp ape lak woi??

    AKU CABAR UTUSAN MALAYSIA KALAU BOLEH TUNJUK ISU TWITTER ANWAR MUKA DEPAN 26 MAC LEPAS,ESOK KORANG TUNJUK PENJELASAN SEBENAR ISU KAT ATAS NI.gua blh konfem jangankan muka depan,nak masuk dlm suratkhabar tu pun mesti x punye.

    UTUSAN MELOYA - PEMANGKIN FIKIRAN RAKYAT
    UBAH- PEMANGKIN FIKIRAN BN

    ReplyDelete
  8. WOW hebatnya insan bernama RAFIZI RAMLI ni, siap dapat tajaan kerajaan lagi, tapi sayang DASAR TAK MENGENANG BUDI sama mcm AZMIN ALI & ANWAR IBRAHIM....

    ReplyDelete
  9. Setiap hujah di atas, saya sertakan link sebagai rujukan...
    Anda boleh klik link-link yang berwarna biru...
    Semua fakta di atas disertakan bukti...

    ReplyDelete
  10. wassup bro rejam cuba check link ni tengok http://www.iklan-mudah.com/planet/Mohd-Rafizi-Ramli-disekolahkan-Dr-Novandri...Edisi-Kantoi

    Pencacai umno kata ape dkt fakta yang diberi oleh Rafizi Ramli

    ReplyDelete
  11. hehe..ada segala pasal rafizi ye..?
    Ko ingat aku nak sujud pada dia dan boss peliwatnya tu ke..?
    Kalo ko handal sangat..bila ada perbicaraan atau suruhanjaya diraja ke apa benda lagi..ko jadi lah saksi..masa tu la mungkin ko tercirit nak defend nuar..
    Yang penting..siasat jgn tak siasat

    ReplyDelete
  12. "WOW hebatnya insan bernama RAFIZI RAMLI ni, siap dapat tajaan kerajaan lagi, tapi sayang DASAR TAK MENGENANG BUDI sama mcm AZMIN ALI & ANWAR IBRAHIM.."

    Inilah masalahnya kalau semua org berfikir macam MANGKUK sorang ni....habis, kalau semua nak kenang jasa, baik buat negara KOMUNIS, tak payah pilihanraya....tak kisahlah kalau kerajaan ni korup ke, seleweng ke, rasuah ke....yg penting jasa2 dia dulu mesti diutamakan....hoi, jasa memang patut dikenang, tapi janganlah kerana jasa semata-mata, kitapun kena sokong membabi buta!!

    ReplyDelete
  13. btl la,,cmne nk smpaikan kt mak2 kita ea,,pnjang sgt citenye,,rejam tolong ringkaskan,,senang nk cite nnti..trlalu ilmiah mmg pn fakta ..cume fhm sndiri..

    ReplyDelete
  14. http://www.iklan-mudah.com/planet/Mohd-Rafizi-Ramli-disekolahkan-Dr-Novandri...Edisi-Kantoi
    sape2 boleh terankan x yg mana satu betul milo suam ke link diatas

    cepatla sape yang betul sape yg salah

    ReplyDelete
  15. 2 3 kali baca br faham. hehe. terbaik! utusang KANTOI wakawkakwawawawawa

    ReplyDelete
  16. Anwar sokong Murtad tak salah!!!
    Anwar sembah Mayat TBH tak salah!!!
    Anwar kata Allah hak Kristian tak salah!!!
    Anwar kata tak boleh pengharaman JUDI tak salah!!!
    Anwar Liwat SAIFUL tak salah!!!
    Anwar Berzina dengan AMOI tak salah!!!

    "Kami setia menyokong Dato' Seri Anwar Ibrahim, biar apa pun DSAI buat kami redha, DSAI mulia di mata kami, DSAI pemimpin Agong di zamannya," kata segerombolan pencacai PKR....

    ReplyDelete
  17. sape2 yg main forex aku paham benda ni jgk..sbb masa di chat MT4 pn berubah ikut daylight saving..

    semoga otosan meloya bungkus di humban ke neraka Allah taala

    ReplyDelete
  18. logik2...
    x terfikir plak pasal daylight time saving ni...
    betul gak..
    utusan hari2 wat keje x pakai internet ke?
    oh yela...berita international pun main translate dr berita omputih jea...

    ReplyDelete
  19. susah kalo ckp dgn org bengap..
    blaja la sains dlu pasal pertukaran musim n perubahan bilangan jam di zon2 berbeza di dunia.
    kalo celik sains,bnde2 camni xde mslh nk fhm bile org terangkan....pencacai BN mmg bengap2 belaka.
    blaja mls,mkn duit org suke.

    ReplyDelete
  20. ape la nk jd??lates news
    terbaru

    ReplyDelete
  21. Yang org2 UMNO Tanpa Nama kt atas tu dok kecoh dr tadi apasal??? Kt topik ni dibincangkan pasal perubahan masa yg Utusan dan blogger UMNO dok ngata2 tu. Yg jauh pi simpang ke Rafizi Ramli tu apasal? Mmg betul la pencacai UMNO ni dah takde apa nk kata, semua kutuk je manjang hanya guna nafsu amarah tanpa berfikir.

    Sedarlah. Kalo tak suka baca blog ni jgn masuk sini. itu je. Aku mmg respek dgn penulis MiloSuam kerna penuh ilmu dan berdedikasi dlm menulis. Tak mcm blogger UMNO, pening kepala aku baca blog diorg tu.

    ReplyDelete
  22. Tanpa Nama berkata...

    WOW hebatnya insan bernama RAFIZI RAMLI ni, siap dapat tajaan kerajaan lagi, tapi sayang DASAR TAK MENGENANG BUDI sama mcm AZMIN ALI & ANWAR IBRAHIM....
    28 Mac 2011 5:59 PM

    -----------------

    Bro, tajaan kerajaan tak semestinya perlu ikut telunjuk BN/UMNO. Kerajaan adalah kerajaan, UMNO/BN adalah UMNO/BN. Kena ubah persepsi maksud KERAJAAN sebenarnya. Kerajaan Malaysia bukan milik BN/UMNO. Harap memahami. Terima kasih

    ReplyDelete
  23. kalau nak kenal Dr pencacai umno pula baca la blog Tulahan

    ReplyDelete
  24. http://www.iklan-mudah.com/planet/Mohd-Rafizi-Ramli-disekolahkan-Dr-Novandri...Edisi-Kantoi
    sape2 boleh terankan x yg mana satu betul milo suam ke link diatas

    ReplyDelete
  25. @ Tanpa Nama 6:38pm

    Ngko kata, "Anwar sokong Murtad tak salah!!!". Aku kata, siapa pemimpin kita yang gagal menegakkan serta memuliakan Islam sehingga berlaku murtad di negara kita??? Kerajaan Malaysia ni Anwar ke?? Renungkan akar kepada permasalahan ini...

    Ngko kata, "Anwar sembah Mayat TBH tak salah!!!". Aku kata, sembah ke?? Kalau Islam itu sembah Allah, cukupkah sekadar rukuk dan sujud sahaja?? Cuba dalami erti sembah sebelum mengatakan seseorang itu menyembah sesuatu...

    Ngko kata, "Anwar kata Allah hak Kristian tak salah!!!". Aku kata, adakah Allah itu hak kepada sesuatu?? Ataupun Allah itu berhak ke atas segala sesuatu?? Sedangkan yang menjadi isu adalah kata nama Allah, bagi umat Islam yang lebih penting ialah mengenal Allah itu sendiri... nak berebut hak guna kata nama Allah konon, tapi zat Allah itu sendiri kita lupa atau tidak ketahui malah tidak diambil peduli... tambah lagi nak tunaikan segala suruhan dan jauhi laranganNya... sama2 fikirkanlah...

    Ngko kata, "Anwar kata tak boleh pengharaman JUDI tak salah!!!". Aku kata betoii ke, bro?? ke ngko pun = tv3suku, amik quote sekerat2 pastu spin... Yang aku tahu, dah masuk pun utusan meloya, tv3suku semua, kerjaan BN yang nak halalkan judi sukan dan sebagainya... nak jadikan Malaysia hub hiburan... Yang dok kat lembaga pengarah Berjaya, Genting, Magnum sume tuh orang PR ke, bro?? Ke suku sakat BN??? Yang tu camne lak, bro??

    Ngko kata, "Anwar Liwat SAIFUL tak salah!!! Anwar Berzina dengan AMOI tak salah!!!". Aku kata, sila buktikan Anwar buat dua perkara nih... Mahkamah yg serba x adil pun xleh buktikan, jd jgn jadi ejen sebar fitnah, bro...

    "Kami setia menyokong Dato' Seri Anwar Ibrahim, biar apa pun DSAI buat kami redha, DSAI mulia di mata kami, DSAI pemimpin Agong di zamannya," kata segerombolan pencacai PKR.... Ngko kata... Aku kata, agak2 lah, bro... Aku konfem2 ko x paham inti perjuangan kami...

    "Kami setia menyokong sagala kezaliman, fitnah, penindasan, kemungkaran yg berlaku... Biar apa pun kerajaan buat kami redha, walaupun menolak hukum Allah, kerana tanpa Kerajaan (dan bukannya kerana Allah) tidak akan ada elektrik, pembangunan, jalan raya, sekolah... Kita kena bersyukur kepada kerajaan (dan bukannya Allah) kerana memberikan kemakmuran di Malaysia... Oleh itu perjuangkanlah parti Kerajaan dan slogan2nya dengan sepenuh hati tanpa banyak soal, walaupun bercanggah dengan perjuangan Islam," kata penyokong2 gerombolan songkok tinggi... Yang ni camne lak ni... Salah ke pandangan aku... Cuba jawab dgn ikhlas...

    Astaghfirullah...

    -Tulis Shorthand, Baca Longhand-

    ReplyDelete
  26. WOW hebatnya insan bernama RAFIZI RAMLI ni, siap dapat tajaan kerajaan lagi, tapi sayang DASAR TAK MENGENANG BUDI sama mcm AZMIN ALI & ANWAR IBRAHIM...

    .............................

    cube bagitau kat mane yg kate kerajaan taja die ni....??

    ReplyDelete
  27. Bro,Saya rase awak salah pasal facebook ikut mase tempatan...saya dh alaminya bro,facebook memang lambat sejam bro..kalo bukan sejam pun 45 minit..
    dan apabila saya lihat kenyataan bro...saya bandingkan dengn bukti ini
    http://oik65.wordpress.com/2011/03/28/twitter-time-facebook-time/
    Bro salah bro...Twitter time yang paling betol...seperti saya tengok bola antara Malaysia dengan Etoile FC haritu...xde pulak lmbat sejam saye tengok melalui twitter...bile dh start..laman twitter kate start

    ReplyDelete
  28. AL:
    salam..saya cuba memahami maksud dst yg anda cuba terangkan bg mempertahankan anwar..saya cuba dan gagal.. pertama kerana daylight saving time bertukar hanya pada 13 march 2011 ...seperti berikut
    http://www.timeanddate.com/worldclock/clockchange.html?n=770
    maksudnya masa akan mula bertukar(cepat sejam bermula 13 march) ..kedua isu twitter anwar berlaku pada 21 feb..sudah tentulah sebelum 13 march..tolong perjelaskan isu ini..ke-3 tidak perlu menghurai panjang pasal daylight saving time pada saya kerana saya berada di Los Angeles,USA.

    ReplyDelete
  29. AL:
    *lambat sejam bukan cepat sejam.

    ReplyDelete
  30. Kpd tanpa nama 28 Mac 2011 5:59 PM

    WOW hebatnya insan bernama RAFIZI RAMLI ni, siap dapat tajaan kerajaan lagi, tapi sayang DASAR TAK MENGENANG BUDI sama mcm AZMIN ALI & ANWAR IBRAHIM..............................

    Kalau ia pun kerajaan taja dia.. duit kerajaan tu dari poket sapa? Mahathir? Pak Lah? Rosmah? Bkn ke tu duit kongsi pakat ramai2 bayar cukai kat kerjaan? Duit Pak Ali, Duit Ah Cehong, duit Ramu.... mana isu kenang budinya di sini ye?

    ReplyDelete
  31. yg pelik... diorg ni mmg betul2 kompom ker yg dlm video tu nuar??... kalau nak pertikai masa nuar x update la... lambat sejam la... kalau mcmtu... aku pon bole ckp... ntah2 salah sorang pemimpin UMNO... cuba check acct twiter fesbuk diorg... pada masa video tu... ada x diorg update/ngah online... kalau x de maknanye x mustahil salah sorg pemimpin UMNO yg wat keje...

    ReplyDelete
  32. opssss... lupa... kan diorg dh tengok video tu ngan mata kepala sndiri (ataupon diorg nyorok dlm almari masa nuar wat projek)... sebagaimana diorg tengok ngan mata kepala sndiri yg nuar liwat saipul...

    ReplyDelete
  33. Siapalah tak kenal intelligent level kaum bersongkok tinggi yang hanya berkelulusan SPM/uni dropouts. :P

    Mereka boleh tipu orang kampung, tapi meraka membuatkan diri sendiri bodoh di mata orang celik IT.

    LOLZ

    ReplyDelete
  34. rafizi kantoi...

    mana lu nak sorok muka...

    kahakhakhakahkahakha...

    ayt banggang & simple..

    via selective tweet..

    hhahahahahhahhahaha...

    jilit rafizi..jangan tak jilat...

    ReplyDelete
  35. Masih relevan persoalan di bawah utk hamba jawab kerana masih ramai penyokong umno bertaraf umngok tidak mahu memahaminya.

    APA ITU MENGENANG BUDI

    Nabi Musa as bukan setakat dapat biasiswa tetapi dipelihara firaun dari kecil. segala makan pakaian belanja sara hidup adalah dari poket firaun. bila dewasa Nabi Musa as melawan firaun.

    adakah Nabi Musa as TIDAK MENGENANG BUDI?

    Aishah tukang sikat anak perempuan firaun bekerja makan gaji dapat elaun dapat bonus adalah hasil bekerja di istana firaun. berlaku peristiwa terdedah imannya membesarkan Allah lebih dari firaun dan berlaku pertentangan nya dgn firaun yg membawa kesyahidan nya.

    apakah Aishah TIDAK MENGENANG BUDI?

    seorg bapa merogol anak yg dibesarkannya dgn duit titik peluhnya sendiri. tiba2 anak itu membuat laporan polis sehingga bapanya yg telah byk berjasa kepadanya terpenjara.

    apakah anak itu anak derhaka yang TIDAK MENGENANG BUDI?

    ramai pelajar2 malaysia seperti rafizi dalam dan luar negara menerima biasiswa kerajaan Malaysia sehingga berjaya tetapi menentang dasar umno yg berselindung di sebalik kerajaan Malaysia dalam isu rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa.

    apakah mereka TIDAK MENGENANG BUDI?

    apakah mengenang budi itu dgn membiarkan kerosakan berlaku? apakah mengenang budi itu menyokong buta kayu terhadap pemerintah yg TIDAK MENGENANG BUDI ALLAH memberi mereka kedudukan kuasa dan memikul amanah?

    MENGENANG BUDI ialah dengan cara menentang pemerintah yg zalim, korup, menyeleweng dan penganjur pemikiran dan budaya lucah...liwat liwat liwat sex sex sex video video video

    anda menentang umno dan bn ? andalah orang2 waras YANG SANGAT MENGENANG BUDI ?

    mari beramai2 menentang umno dan bn sebagai tanda MENGENANG BUDI kita kepada negara tercinta.

    ReplyDelete
  36. Mereka boleh tipu orang kampung, tapi meraka membuatkan diri sendiri bodoh di mata orang celik IT.

    orang yg tak buta it pon ditipu...

    "Ini akan melibatkan isu perbezaan masa di antara zon-zon masa dunia dengan San Francisco, Amerika Syarikat dan juga perubahan jam pada bulan Mac dan November setiap tahun. Oleh kerana Amerika Syarikat mengamalkan perubahan jam mengikut daylight saving, setiap tahun jam akan diubah pada hari Ahad kedua bulan Mac, dan diubah kembali pada hari Ahad pertama bulan November.

    Ini akan memberi kesan kepada perbezaan masa di antara zon-zon masa dunia, apabila jam diubah di Amerika Syarikat; yang bermakna masa di pelayan laman Twitter juga akan berubah."rafizi


    konsep daylight saving pon tak faham malahan orang lain pula dikata jahil. tolong kaji dulu sebelum berkata,
    kerana daylight saving time bertukar hanya pada 13 march 2011 ...seperti berikut
    http://www.timeanddate.com/worldclock/clockchange.html?n=770
    maksudnya masa akan mula bertukar(cepat sejam bermula 13 march) ..isu twitter anwar berlaku pada 21 feb..sudah tentulah sebelum 13 march.

    mengata orang menipu tapi diri sendri pula bagaimana.

    ReplyDelete
  37. http://novandri.blogspot.com/2011/03/penjelasan-twitter-vs-facebook-anwar.html

    baca dan nilai diri sendiri...perabih duit kerajaan je g antar blajar jauh2..at last bongok n xreti kenang jasa kerajaan...

    ReplyDelete
  38. http://novandri.blogspot.com/2011/03/penjelasan-twitter-vs-facebook-anwar.html

    baca dan nilai diri sendiri...perabih duit kerajaan je g antar blajar jauh2..at last bongok n xreti kenang jasa kerajaan...

    source: http://milosuam.blogspot.com/2011/03/penipuan-berterusan-tentang-rekod-masa.html#ixzz1ICCJ0iWK

    ReplyDelete
  39. TAKAN ORANG EDUCATED CAM DSAI TU TAK SET MASA BETUL2, DIA KAN KAKI ANTARABANGSA. MASA LAPTOP DAN MASA TWEETER DIA AKAN SENTIASA TETAPKAN DENGAN TEPAT DAN SAMA. APA RA, NAK PUTAR BELIT CAM LA DSAI TU TAK SET JAM LAPTOP DIA BAGI SAMA NGAN WAKTU JAM DATARAN MERDEKA TU....SUME NI PROPA2...

    ReplyDelete
  40. Yang korang nak bertekak apahal... Biarlah pihak berkuasa buat siasatan... Tak Pun...seperti cadangan RTC... tubuh suruhanjaya diraja dikalangan pemimpin politik, ngo, forensik dan semua yang pakar...buat siasatan... rafizi pun boleh join... masa tu ko terang la pasal benda alah yang kat atas tu...

    Ataupun sebenarnya Anwar pun takut dgn siasatan...Dato T buat tuduhan disertakan bukti... Anwar perlu nafikan beserta bukti... sebab...memang adat manusia... tak kan ngaku bila terberak tengah jalan... so... buktikan tahi tu sapa punya... kasi DNA tengok... bukan susah pun...

    Lain la kalau Anwar memang salah... kita paham la sebab apa anwar takut... kalau x salah... buktikan... jangan setakat nafi mulut je...

    ReplyDelete
  41. Lerr.. Tak habis-habis lagi pasal Twitter & Facebook DST nih.. Nak kebenaran tanya jer ahlul keluarga Anwar tu.. Betul ker masa 2 jam tu dia bersama keluarga.. Atau sedang berak ker.. Sedang bertafakur ker.. Sampai sekarang mereka tak menyatakan kat mana Anwar bersama mereka 2 jam yang takde tweet tu..

    ReplyDelete
  42. http://novandri.blogspot.com/2011/03/penjelasan-penuh-apakah-itu-dst-yang.html

    counter balik apa artikel ni cakap, haiya, dah hilang 2 jam tu explain je lah, manyak bunyi pulak!! pengarah strategi@pengarah propaganda(macam zaman nazi je,ade menteri propaganda)resume excellent tp kesian,knowledge pasal dst failed~

    ReplyDelete
  43. awww..nyah jom kita g dating...rindu kat u nyah....

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan