Mengapa negeri Pakatan tidak berjaya hapuskan judi?

Selalu kita dengar penyokong gerombolan songkok tinggi mencerca negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang didakwa oleh mereka tidak mahu menghapuskan judi. Mereka mendakwa PAS sudah diperkudakan oleh DAP di Kedah dan Selangor kerana tidak mahu menghapuskan judi.

Namun bila dijelaskan bahawa judi yang beroperasi di negeri-negeri Pakatan Rakyat adalah di bawah kuasa Kerajaan Pusat, mereka tetap tidak mahu terima. Mereka terus mencerca Kerajaan Negeri Pakatan, mereka kata penyokong Pakatan Rakyat bodoh tak tahu fakta.

Namun kali ini Alhamdulillah, fakta terdedah di depan mata. Di bawah ini petikan akhbar Sinar Harian 11 Ogos 2010 yang menjelaskan bahawa kuasa untuk menghapuskan judi bukan di bawah kerajaan Negeri, sebaliknya kuasa kerajaan pusat. Tidak ada satu pun Kerajaan negeri di Malaysia yang mempunyai kuasa untuk menghapuskan judi di Malaysia ini.




ReJaM© "Penyokong songkok tinggi bukak mata besar-besar..."

48 Comments

  1. Salam,
    Mangkok hayun tu tau .. tapi buat buat tak tau.
    Kalau dah namanya mangkok ...
    wakakak !!!

    ReplyDelete
  2. 1... kerajaan negeri, mempunyai kuasa menghadkan premis judi melalui Pihak Berkuasa Tempatan iaitu melalui Undang-Undang Kecil [Penggunaan Premis-Premis].
    Undang-Undang Kecil ini adalah dibuat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1961, dan oleh itu ditadbir oleh Kerajaan Negeri.

    JELAS...! kerajaan negeri mempunyai hak utk menghapuskan judi di negeri masing2 dgn menghapuskan premis2 judi ditmpt masing2. Masaalahnya kenapa premis2 sebegini masih tumbuh seperti cendawan di negeri2 PR?
    Kalau kerajaan punya kuasa memberi lesen Judi, tetapi lesen premis utk beroperasi tetap dibawah kuasa kerajaan negeri.


    2... Untuk pengetahuan, sepertimana yang dijaja oleh YB-YB PAS/PR di Kelantan lesen premis judi telah dimansuhkan sejak 1 Januari 1993 lagi
    Manakala lesen premis jual arak telah dihadkan kepada beberapa kedai makan atau restoran cina yang hanya dikunjungi oleh orang bukan Islam.

    JELASlah disini... jika kerajaan pusat HANYA berhak megeluarkan lesan judi, tetapi mengapa premis2 judi masih beroperasi di negeri2 PR?
    Bukankah kerajaan negeri diberi hak sepenuhnya samaada memberi hak pemegang lesen judi bagi berOPERASI dgn MEMBUKA PREMIS di tanah jajahan PR?
    Masaalahnya kenapa premis2 sebegini (yg dibawah kuasa kerajaan negeri sepenuhnya) masih beroperasi di negeri PR?

    ReplyDelete
  3. betui jugak kata mamat kat atas nie...
    jawap...jawap...

    ReplyDelete
  4. Aku jawab pakai link je meh klik sini
    MCA

    UMNGOK Kaki putar.....

    ReplyDelete
  5. kerajaan negeri keluar lesen premis...hasilnya mesti kerajaan pusat yang ambil

    ReplyDelete
  6. kpd "tanpa nama".. anda sendri menulis "kerajaan negeri ada kuasa menghadka,(tapi bkn menghapuskan),tulisan anda putar alam.!! keliru pembaca dibuat"... "tanpa nama harus buat checking di setiap negeri..buat perbandingan di antara negeri BN dan PR...!! mana yg BANYAK kedai ARAK dan JUDI...

    ReplyDelete
  7. "tanpa nama"...lu mmg bangang...hahahaha
    "org kmpg mata sembab"

    ReplyDelete
  8. "ms" yg kat atas ni bodoh piang rupanya.

    ReplyDelete
  9. Eh silap, sorry. Bikan "ms" yang kat atas, tapi Tanpa Nama 5:05 PM tu yang bangang, cakap berbelit belit.

    ReplyDelete
  10. utk makluman... ada lesen (yang sah) adalah syarat wajib utk membuaka apa2 premis perniagaan... maknanyer... kalau ada lesen... syarat2 lengkap... tiada masalah premis... permohonan premis boleh ditolak sekiranya syarat2 tidak lengkap... kalau tolak gak walaupon syarat2 lengkap (ada lesen)... k'jaan negeri bole dikenakan tindakan... ada paham...??... ooo... lupa... diorg bukan x paham... tapi buat2 x paham...

    p/s:... tapi betul gak ckp MS... mana lebih bnyk kedai judi/arak... negeri BN ker... negeri PR....

    ReplyDelete
  11. senang citer...

    kerani PBT: next...

    ah chong:encik... saya mau bukak kedai ni ekor... ini dokumen2 suma sudah lengkap...

    kerani PBT:maaf en chong... kami terpaksa reject permohonan en chong

    ah chong:... eh... apa pasal mau reject encik??

    kerani PBT: tak bole en chong... judi tu haram dalam islam...

    ah chong:sapa ckp judi haram encik??

    kerani pbt:itu tuhan ALLAH ckp la...

    ah chong: tapi saya ada tuhan lagi besar yg bagi halal itu judi... dia sudah bagi lesen... dia sudah sign sama chop lagi... skrg sudah halal la encik...

    kerani pbt;???

    paham ke x paham ni???

    ReplyDelete
  12. Puak mangkok hayun ni memang jenis tak paham sebab kena sintuk limau dengan bomoh umnoapco. Jenis otak lembu

    ReplyDelete
  13. IN THE 1ST PLACE, SAPA YG KELUARKAN LESEN JUDI? KERAJAN NEGERI(KERAJAAN TENPATAN) HANYA LULUSKAN PREMIS!

    ReplyDelete
  14. KALAU PBT TAK LULUSKAN, MASALAH LAIN PULA AKAN TIMBUL. SI PIHAK PEMOHON AKAN BANGKITKAN MACAM2.


    KEMUDIAN SI PEMOHON AKAN BAWA KE MAHKAMAH PULA. MCM MCM LAH MASALAH YG AKN TIMBULL..

    ReplyDelete
  15. DALAM UNDANG2 ADMINISTRATIVE. KALAU SESUATU KEPUTUSAN DI BUAT BERDASARKAN SEBAB YG MENGARUT/ TAK MUNASABAH. IA BOLEH DI CABAR DI MAHKAMAH. DAN DIANGGAP TAK SAH.

    PBT TAK BOLEH SESUKA HATI TOLAK PEMOHONAN. KALAU PERMIT DAH DIBERI, SYARAT DAH CUKUP MANA BOLEH TOLAK SEWENANG WENANG. KENA LULUSKAN JUGAK. KALAU TAK IA DIANGAP 'ABUSE OF DESCRETION'.

    ReplyDelete
  16. bodo la...kalo ade lesen tapi xde premis macam mane diorng nk operasi...LESEN premis Kerajaan negeri yang pegang...skalipun diorang ade lesen judi..

    ReplyDelete
  17. atas pagar....7 March 2011 at 01:17

    korang sume bodo.....huhu...biol...

    ReplyDelete
  18. Abenda..kata2 biar berbaloi ngan perbuatan. Kalau tengok cakap nik aziz bukan main power..orang melayu yang tak ikut cakap dia habis di tolak tepi..judi pulak tak boleh..!!!!!alasan tak ader power lah!!! pi lah kat depan premis tu buat tazkirah ke...nangis2ke kat cina tu kata islam tak boleh judi oooo, lu punya agama pon kata tak boleh oooo..sebenar aku boring ngan cara ayah pin ni. pemerhati lok lak

    ReplyDelete
  19. Tanpa nama 4:41,

    Takde sapa paksa nko ikut cakap Tuan Guru Nik Aziz tu, Kalau nko dah selesa dengan pendekatan Ulamak nko Harunsani atau pun PM kesayangan nko Najib tu nko ikut la. Tapi tolong jangan samakan Tuan Guru Nik Aziz dengan ayah pin, beza sangat antara langit dan bumi.

    Sekarang nko boleh kutuk Ulamak macam tu, nanti Mak/Bapak nko meninggal dunia, orang PAS juga silap-silap hari bulan sembahyangkan Jenazah diaorang tau, orang yang nko kutuk-kutuk tu la yang menolong nko.

    Nko dalam keadaan selasa sekarang mungkin lupa daratan sket kot.Cuma mengingatkan je. Tak payah la karat sangat TOTOK TU!

    -wakleman

    ReplyDelete
  20. hehehhe tampa nama yang sokong judi tu taik ekor,tu yang dia marah suka sangat judi di malaysia ni.

    ReplyDelete
  21. Nampaknya terdapat beberapa komen yang terkilaf dalam membuat tafsiran perundangan atau dengan sengaja memutar belitkan fakta.

    1... Memang benar Lesen Perniagaan (perjudian) di seluruh negeri adalah diproses dan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pelesenan seperti mana yang disebut didalam Akta Perlesenan Perniagaan 1948 Pelembagaan Pesekutuan.

    Ini bermaksud, Kerajaan Pusat hanya memantau atau mengeluarkan lesen2 beberapa jenis judi, samaada judi ekor a.k.a kuda, judi mesin slot, JackPot, turfking dan lain-lain.

    Namun lesen ini tidak bermakna pemilik lesen tersebut berhak membuka lot2 premit judi dimana-mana sahajak ini kerana terdapat undang2 dan beberapa lagi enakmen yg harus dipatuhi terutamananya yang mengharuskan lot2 premis dibuka berdasarkan undang2 bertulis secara hitam putih didalam Enakmen Kediaman terhad, Akta Rumah Perjudian Terbuka, Ordinen kediaman dan penempatan serta undang2 tubuh Negeri.

    2... Ini juga bermakna KUASA LESEN PREMIS perjudian terletak didalam kuasa kerajaan negeri 100%, dgn kuasa menghadkan premis judi melalui Pihak Berkuasa Tempatan sepertimana yang disebut melalui Undang-Undang Kecil [Penggunaan Premis-Premis] Akta Kerajaan Tempatan 1961 yang ditadbir oleh Kerajaan Negeri.

    Ini bermaksud setiap pemilik yang diberi lesen judi (jenis judi) harus pula memohon untuk membuka lot premis perjudian bagi menjalankan operasi kepada Kerajaan Negeri.

    Kita sedia maklum, ungkapa sebegini selalu disebut oleh pemerintah PAS Kelantan, serta YB-YB PR "Selepas PAS memerintah, Kelantan berjaya menutup premis-premis judi. Di Kedah usaha menghapuskan judi berjalan secara berperingkat, begitu juga dengan Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah Pakatan. Kita serius untuk menghapuskan judi dan mendidik rakyat ke arah kehidupan yang bebas dari maksiat." (sumber harakah: ucapan Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat)

    Ungakap tersebut menjelaskan bahawa Pihak Kerajaan Negeri mempunyai kuasa penuh bagi menutup premis2 judi seperti mana diakuai didalam Undang-Undang Kecil [Penggunaan Premis-Premis] Akta Kerajaan Tempatan 1961

    3... Ada juga yang mempertikaikan ungkapa mengHADkan apabila dinyatakan "kerajaan negeri boleh hadkan premis perjudian". HAD itu sendiri merujuk kpd maksud "batasan", bermaksud juga jika dirujuk kpd Akta Kerajaan Tempatan 1961, memberi kuasa kpd Kerajaan Negeri tentang perjudian, membolehkan ianya membataskan bilangan lot2 premis tersebut kepada bilangan 1 primis judi atau 0 premis judi.

    Bermaksud juga Kerajaan Tempatan berhak untuk tidak meluluskan mana2 PERMOHONAN BARU utk membuka premis2 judi.

    Malangnya mengapa premis2 perjudian ini tidak diHADkan dinegeri2 Pakatan? tetapi sebaliknya makin bertambah seperti cendawan (sepertimana yg dilapurkan KICKDAFELLA). Adakah Kerajaan Negeri telah MELULUSKAN premis2 perjudian?

    ReplyDelete
  22. 4... Ada juga yang mempertikaikan premis boleh dibuka jika pemilik lesen memenuhi segala kriteria. Persoalannya adakah pemilik lesen tersebut memenuhi kritiria Akta Kerajaan Tempatan 1961 (negeri pemerintahan PAKATAN). Adakah bermakna didalam kriteria Akta Kerajaan Tempatan membenarkan perjudian dijalankan?

    5... Ada juga yang menyebut bahawa pemilik lesen boleh membantah dan menyaman Kerajaan Negeri, kerana lesen judi(jenis judi) telah diluluskan Kerajaan Persekutuan. Maka harus diingat didalam sepertimana yang tertera didalam Akta Kerajaan Tempatan, Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah meletakkan kuasa eksklusif mentadbir kerajaan tempatan kepada kerajaan negeri. Sementara menurut pindaan 171 Akta Kerajaan Tempatan , Kerajaan tempatan diserahkan peranan dan tugas-tugas yang termasuk:
    i/ Kuasa perancang tempatan
    ii/ Kuasa mengeluarkan lesen
    iii/ Kuasa mengenakan cukai-cukai tertentu
    iv/ Membina bangunan, perumahan dan unit-unit perdagangan (pasar, gerai-gerai dsb.)
    v/ Kuasa untuk menjalankan fungsi merancang dan menguruskan kawasan bandar
    vi/Mengurus dan mengawal lalulintas (termasuk mengurus sistem pengangkutan awam bandaran)
    vii/ Kuasa untuk merancang dan menyediakan kemudaha-kemudahan awam

    Jelas, jika dirujuk kpd faktor ii/ Kuasa mengeluarkan lesen..... ini juga bermaksud Kerajaan Tempatan mempunyai kuasa penuh membenarkan/mengeluarkan/meluluskan lesen-lesen primis untuk beroperasi.

    Malah didalam Perlembagaan Persekutuan didalam akta Perlembagaan Persekutuan Malaysia/Perhubungan Antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri, Perkara 74. Hal perkara undang-undang persekutuan dan Negeri. Klausa (2) Tanpa menjejaskan apa-apa kuasa untuk membuat undang-undang yang diberikan kepadanya oleh mana-mana Perkara lain,Badan Perundangan sesuatu Negeri boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Negeri

    Maka tidak ujud jika pihak Kerajaan Tempatan boleh disaman kerana menghadkan/menutup/menberhentikan/tidak memperbaharui lesen premis perjudian.

    Persoalannya sekali lagi, adakah ujudnya kriteria-kriteria didalam Akta Kerajaan Tempatan membenarkan premis perjudian dibuka sehingga Kerajaan Tempatan boleh disaman?

    ReplyDelete
  23. Dulu semasa PR khasnya PAS tidak sekuat sekarang, tidak terdengar langsung isu judi dari umno. semuanya selesa dgn judi disekeliling. redho dan bior lah.

    bila isu judi ditentang dan diketengahkan oleh PR maka umno cabar pula PR tutup juddi, seolah2 mereka tidak berkuasa.

    persoalannya, tanpa PR adakah umno akan menentang judi?

    setahu hamba umno lah yg memulakan judi di bumi malaysia ini. takkan mereka pula nk bersungguh2 tutup judi.

    umno hanya menolak duit judi RM100 seorang di PPinang, rupa2nya mereka mahukan berjuta2.

    ReplyDelete
  24. Jikapun pd suatu ketika dulu PR (PAS khasnya) dikatakan tidak kuat, dan dikatakan juga dgn pertuduhan kerajaan BN selesa dgn perjudian.....
    Harus juga kita ingat!!!! Perjudian dibuat adalah untuk yang bukan muslim, apasalahnya jika kerajaan mengawal perjudian dan memungut hasil judi tersebut bagi digunakan utk pembangunan prasarana?
    Harus juga kita ingat!!!! Kerajaan BN juga telah menggubal Perundangan Syariah utk umat Islam Malaysia bagi meghalang umat islam supaya tiak terlibat dgn gejala perjudian.

    Harus juga ingat!!! Pada ketika itu, siapa pemimpin dan puak2 mana yang berjanji yang kononnya jika dipilih, maka mereka akan menghapuskan gejala maksiat da perjudian? Yang konon merekalah yang berupaya memimpin dan mempunyai cara menghapuskan maksiat dinegara multi kaum!!

    Adakah salah jika kini BN bangkit menuntut janji2 mereka sebelum ini bagi pehak suara rakyat?

    Adaah bermaksud dulu adalah HARAM memberi keselesaan utk org kafir? dan kini kembali HALAL utk pembangakang memberi keselesaan kpd rakyat yg kafir?

    Renung2kan dan selamat beramalll

    ReplyDelete
  25. Perjudian bukan dibuat utk org kafir. ia memang telah bertapak dgn keizinan pemimpin terdahulu sebagai merai kemerdekaan acuan penjajah.

    kalau nak dikira keperluan org kafir maka apa saja yg haram bagi kita, dibolehkan bagi mereka. pelacuran, pergaulan bebas, arak, tipu, sifat buruk mazmumah. apakah kita harus merai segala kebebasan mereka itu?

    pemerintah bukan saja menegak hukum tetapi juga mendidik. sebagaimana mendidik buruknya dadah tanpa mengira agama, begitu juga menasihati amalan lain yg buruk tanpa mengira agama.

    bukan budaya sesiapa pun berjudi ini. mengguna wang hasil judi utk prasarana ialah jalan sebaik2nya mengguna wang tersebut. tetapi tidak boleh dgn membanyakkan judi dgn alasan membangun lebih banyak prasarana? ia tidak harus menjadi sesuatu yg digalakkan..hanya sesuatu keterpaksaan.

    Rakyat akan faham bahawa berjudilah supaya duit judi akan diguna utk membina parit, longkang, beli kasut keluarga, beli tong sampah, beli pagar rumah. Berjudi menyumbang untuk negara.

    kita harap bahawa kerajaan pusat telah mengasingkan wang judi dan cukai arak dalam tabung Wang Yang Disatukan dalam perbendaharaan kerajaan.

    yg dilarang dalam berjudi ialah perbuatannya itu. bukan hasil dan cara guna hasil yang boleh mengharuskannya. hakikat judi lebih banyak merugikan pengamal tapi menguntungkan taukeh judi semata2.

    bukankah dirakam dlm Al Quran bahawa arak itu lebih byk buruk dari baiknya. maka tidak harus menggunakan arak sebagai ubat sebelum berusaha mencari ubat yg lain.

    tidak salah bn mengungkit janji PR mengenai judi arak dan maksiat. selain mencabar PR, bn perlu juga menunjukkan usaha dan program ke arah yg sama..jika benar berniat begitu.

    semata2 mencabar sedangkan diri sendiri juga tiada pelan tindakan bukanlah suatu alasan yg lunak di hadapanNya nanti. mencabar utk menghalalkan tindakan bukan mencabar utk memperbaiki masalah.

    ReplyDelete
  26. Izinkan hamba ulangi sedikit sejarah Kasino Genting Highland.

    Suatu waktu Lim Goh Tong(LGT) berjumpa seorg PM sebuah parti 'anu' ketika itu utk mohon tanah di genting highland utk buat hotel kerana sesuai utk tempat peranginan.

    Ditanya oleh PM tersebut, siapa yg nk dtg sana? Maka akhirnya tanpa diduga PM tersebut mencadangkan dibina kasino supaya menarik org dtg. Dgn terkejut beruk LGT mcm tak percaya kerana seorg pemimpin agama Islam buat cadangan tersebut. Suka sungguh hati dia dgn cadangan itu.

    Maka berangkatlah LGT ke Taiwan utk belajar bisnes kasino. cadangan dia digelakkan pengurusan kasino di sana kerana kata mereka, " mana mungkin sebuah negara dikuasai oleh org Islam nk buat kasino". LGT kata "ini betul2 bukan cobaaaaan!"

    akhirnya tertegaklah sebuah kasino disebuah tanah umat Islam hasil sokongan seorg pemimpin parti 'anu' yg menjadi PM ketika itu.

    Inilah yg dikatakan satu sunah yg baik yg dianjurkan akan mendapat saham kepada penganjurnya selagi mana ianya diamalkan oleh setiap manusia. Begitu juga lah kalau 'sunah' yg dianjur itu berupa perkara mungkar.

    dan penganjur liwat juga tetap menerima saham selama mana fitnah itu berlegar dalam masyarakat dan masih ada yg mempercayainya.

    Wallahualam

    ReplyDelete
  27. selepas tanpanama 7 Mac 2011 2:24 PM menjelaskan dengan jelas.. maka.. ada la puak yg terkulat2 sebab diorg da salah sbb tunjuk terer tapi bodo melantun2.. hahahaha.. i like.. len kali.. jgn la ditegakkan benang yg basah dan buat2 pandai.. tetiba je jadi pandai pasal undang2 pulak.. cerita pasal kapal selam.. tetiba jadi expert kapal selam.. cerita pasal mahkamah.. tetiba je pandai nak mampos undang2.. last2.. kantoi dan terkulat2.. lu mmg kental tanpanama 7 Mac 2011 2:24 PM

    ReplyDelete
  28. mengulas pandangan JAKA pada 8 Mac 2011 10:55 AM dan 1:29 PM

    Nampaknya persoalan tentang perjudian semakin terkilaf atau dengan sengaja disalah ertikan.

    1... Bila bermulanya judi?
    Hakikatny Perjudian bertapak sejak zaman melayu lama sebelum Tanah Melayu dijajah lagi.
    Tuduhan judi bertapak dgn keizinan pemimpin terdahulu sebagai merai kemerdekaan acuan penjajah adalah salah dan penuh muslihat serta fitnah.

    2... Utk rakyat kafir, Mengapa hanya memberi lesen JUDI dan kenapa tidak menerima Pelacuran, pergaulan bebas, arak, tipu, sifat buruk mazmumah (bangsa kafir).
    Hakikatnya semua agama yang wujud didunia mengHARAMkan Pelacuran, pergaulan bebas serta arak. Namun kebanyakan agama (kecuali ISLAM) menerima judi sebagai/dgn sifat riadah dan/atau mencuba nasib.
    Tuduhan melebelkan untuk menyamakan dan seratakan (bagi agama kaum kafir) sifat JUDI sama dgn sifat pelacuran adalah salah, dan penuh dgn penipuan dan percubaan untuk memesongkan fakta. Tidak ada satu pun agama didunia mengganggap PELACURAN itu mulia atau boleh diterima.

    3... Untuk menuduh Kerajaan Pusat tidak mempunyai plan tidakkan tentang masaalah judi juga adalah satu fitnah dusta yg mendustakan dan penuh putar belit. Bukti yang dengan sengaja dikelirukan dan dengan sengaja menyelewengkan kebenaran yg sebenarnya.

    Adapun perbuatan fitnah itu hukumnya adalah haram dan termasuk dalam perkara dosa-dosa besar. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Qalam ayat 10 - 11 tafsirnya:
    "Dan janganlah kamu menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina, yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan."
    Diriwayatkan daripada Khuzaifah Radiallahuanhu, beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya:
    "Tidak masuk syurga orang yang suka memfitnah (mengadu domba)." (Hadis riwayat Imam Muslim).

    "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya." (Surah Al-Baqarah: 191)

    ReplyDelete
  29. 4... Untuk pengetahuan Judi berlesen telah dilesenkan sejak 1971 dan dgn pindaan pada 1972 dibawah akta 65 Akta Cukai Perjudian, yang telah menggariskan syarat yang tertentu.
    Mengapa judi diLESENkan adalah mudah, sebagaimana yg kita ketahui judi wujud sebelum zaman Tanah Melayu dijajah lagi. Pelabagai jenis telah ada dan menular di Tanah Melayu, ianya di"meriahkan" lagi setelah kaum2 pendatang (yg bukan beragama Islam) dibawa masuk.
    Sebelum 1971 JUDI telah dijadikan perniagaan secara terbuka, sesiapa sahaja boleh berjudi (termasuklah mereka yg beragama islam yg tetapi telah lari dr akidah).

    Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Akta 289) telah pun diadakan untuk mengengkang penularan JUDI. Saya ulangi, akta ini ditubuhkan pada tahun 1953 oleh kerajaan pusat untuk mengekang PERJUDIAN.
    Dgn pindaan pada 1983 menggariskan kesalahan ini boleh dituduh dibawah sek. 6(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka dan hukumannya ialah denda tidak melebihi RM 2,000/-.

    Manakalah tuan punya/penduduknya boleh juga dituduh dibawah sek. 4(1)a atau 4 (1)b Akta Rumah Perjudian Terbuka kerana membenarkan permainan judi dimainkan dalam rumahnya, dan hukumannya ialah penjara tidak melebihi 2 tahun atau denda RM 20,000/- atau kedua-duanya sekali.

    Selain dari tindakan mahkamah, tindakan dibawah Bab 39 Enakmen Kediaman terhad boleh juga diambil sekiranya cukup bukti yang menunjukkan penganjur-penganjur bergiat dalam sebarangan perjudian bertujuan buang daerah/menghadkan pergerakannya.

    Sebagai salah satu langkah mengawal perkara ini yg boleh membawa kehancuran masyarakat, maka undang2 JUDI diperkenalkan bagi mengengkang gejala perjudian ini. Maka Akta 65 diwujudkan, maka pihak berkuasa mempunyai hak dalam mengawal gejala sebegini.

    5...Sementara Undang-Undang Syariah diwujudkan bagi mengengkang umat Islam terbabit didalam aktiviti berjudi.

    6... Mengapa tidak diHARAMKAN sahaja Judi...
    Harus kita ingat, ISLAM itu sendiri telah mengHARAMKAN segala bentuk perjudian. Namun sebagai negara yang mempunyai penduduk yg berbilang bangsa, maka kerajaan juga harus melihat kpd keperluan dan kehendak mereka yg sebegini. Jika pun kerajaan mengharam terus perjudian, hakikatnya kita tidak dpt menolak, perjudian tetap akan berlaku terutama secara "gelap", permintaan2 oleh mereka ini untuk melakukan perjudian tetap berlaku.Manakala walaupun dengan kewujudan akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, yg wujud sejak 1953 pun, kes-kes penangkapan perjudian tetap berlaku, ini disebabkan permintaan untuk berjudi tetap ada.
    Jika "permintaan" melebihan "penawaran" maka hasil transaksi dlm betuk wang akan berlaku. Dgn terciptanya odinan undang2 AKTA 65, maka perjudian dpt dikawal, diselengarakan supaya kes-kes yang melanggar akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 tidak terus berlaku secara berleluasa.

    ReplyDelete
  30. 7... Semasa perbahasan untuk mengwujudkan akta 65 Akta Cukai Perjudian 1971, segala pandangan telah dibentangkan, dan pandangan2 ulama2 terkenal telah diambil dan dititik beratkan....

    i/ Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:
    maksudnya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir (dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. (Al-Majmu' , 9/428).

    ii/ Imam A-Ghazzali berpandangan:-
    maksudnya : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212).

    iii/ Ulama Hanafi menyebut :-
    maksudnya: Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) (Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61).

    iv/ Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab Maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. (rujuk Al-Dzakhirah, 5/69).

    Hasil dari timbal balas dan dgn mengambil kira pandangan ULAMA maka akta 65 Akta Cukai Perjudian 1971 diwujudkan, maka dengan itu juga hasil cukai tersebut dikutip dan mengekangkang penularan perjudian gelap. Maka dengan ini juga diharap terjawap lah secara mudah mengapa kasino di Genting Hightland dibina.

    ReplyDelete
  31. Apa yang dinyatakan diatas adalah pandangan2 asas pihak Kerajaan Pusat untuk rakyatnya yang berbilang kaum, khususnya kpd rakyat yang bukan beragama Islam.

    Hakikatnya PR (khususnya PAS) mencuba memutar belitkan fakta dan mencipta segala bentuk fitnah dan fatwa bagi menegakkan benang yang basah.
    Hakikatnya pemimpin PR (khususnya PAS) lidah bercabang, jika dahulu apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan pusat adalah HARAM, tetapi kini mengapa pula menjadi HALAL bagi mereka?
    Mana janji2 yang sebelum ini dilaungkan? Adakah mereka kini menjilat ludah mereka sendiri?
    Jika sebelum ini pemimpin PR (khususnya PAS) melaungkan segala jenis janji, kini rakyat menuntut kembali janji2 tersebut, manakala BN memberi tekanan agar PR menunaikan dan membuktikan bahawa PR berupaya menunaikan janji, dan jika tidak PR hanyalah sekadar TONG KOSONG.

    Harus diingat!!! tidak menepatinya merupakan tindakan yang tercela. Allah ta’ala telah memuji Nabi Isma’il karena beliau adalah seorang yang jujur dalam menunaikan janji,
    “Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan” (Ash Shaaf ayat 2 dan 3).

    Manakala didalam surah At Taubah ayat77. Allah berfirman, yang artinya,
    “Maka Allah menimbulkan kemunafikan pada hati mereka sampai kepada waktu mereka menemui Allah, karena mereka telah memungkiri terhadap Allah apa yang telah mereka ikrarkan kepada-Nya dan juga karena mereka selalu berdusta”

    Sementara Dari Abu Hurairah RA, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda,
    “Tanda orang munafik ada tiga: bila berbicara, ia berdusta; bila berjanji, ia mengingkari; dan bila diberi kepercayaan (amanah), ia berkhianat.”

    Mengkhianati setiap perjanjian yang terjadi antara seorang Muslim dan orang lain haram hukumnya sekali pun orang yang diajak berjanji itu adalah seorang kafir.

    Oleh karena itu, di dlm riwayat al-Bukhari, dari hadits ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash, dari nabi SAW, bersabda,
    “Siapa yang membunuh jiwa yang diberi perjanjian tanpa hak, maka ia tidak akan mencium bau surga. Sesungguhnya baunya terasa dari jarak perjalanan 40 tahun.”

    Di dalam kitab ash-Shahihain, dari hadits Abu Hurairah RA, dari nabi SAW, bersabda,
    “Tiga orang yang tidak diajak bicara oleh Allah pada hari Kiamat, tidak Dia bersihkan diri mereka dan mereka malah akan mendapat azab yang pedih…” Di dalam hadits ini, beliau SAW menyebutkan salah satu dari mereka, yaitu seorang laki-laki yang telah membai’at seorang imam, tetapi ia membai’atnya hanya karena dunia; jika ia (sang imam) memberinya sesuai dengan apa yang diinginkannya, maka ia menepatinya dan bila tidak, maka ia tidak pernah menepatinya.”

    Termasuk dalam janji yang wajib ditepati dan haram dikhianati adalah seluruh akad seperti jual beli, pernikahan dan akad-akad lazim yang wajib ditepati, yang terjadi di antara sesama Muslim bila mereka saling rela atasnya. Demikian pula, sesuatu yang wajib ditepati karena Allah SWT dari perjanjian hamba dengan Rabbnya seperti nadzar berbuat kebajikan dan semisalnya.

    Kemanakah perginya ungkapan ini... "Selepas PAS memerintah, Kelantan berjaya menutup premis-premis judi. Di Kedah usaha menghapuskan judi berjalan secara berperingkat, begitu juga dengan Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah Pakatan. Kita serius untuk menghapuskan judi dan mendidik rakyat ke arah kehidupan yang bebas dari maksiat." (sumber harakah: ucapan Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat)
    Adakah sekadar retorik? atau percubaan menipu rakyat? atau percubaan menutup kesalahan mungkir janji?

    Setiap Yang Buruk itu Datang dari Allah dan Setiap Yang Baik itu Juga datang Dari Allah s.w.t...WALLAHUALAM

    ReplyDelete
  32. dan Setiap Yang Buruk itu Datang dari kita dan Setiap Yang Baik itu datang Dari Allah s.w.t...

    Harap mencerahkan sedikit kekalutan. wassalam

    ReplyDelete
  33. ah sudah lah...sampai kiamat xhabes politik ni...ape2 pon kite tgk kat pdg mahsyar..sape betol sape salah....sape yang salah 2 padan muka la kne azab...

    ReplyDelete
  34. last2... pemimpin penyokong UMNO hentam PAS sebab haramkan judi... hahahahahaha... lawak sangat dh ni...

    ReplyDelete
  35. maaf raden....terlebih dahulu sila bezakan antara LOTERI KEBAJIKAN dan Loteri 4 dijit/Judi Kuda....

    Sila rujuk juga rang undang2 enakmen yang telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan siapa yg dibenarkan membeli. (seperti yg saya nyatakan diatas)

    Sila rujuk juga pandangan2 ulama yg telah diambil (sila rujuk komen sy yg teratas)

    ReplyDelete
  36. as salam

    kepada rejam dan penyokong pakatan rakyat.. khasnya kepada yang menyokong islam tetapi tidak lancar berbahas agama dan hukum hakam untuk menyokong perjuangan PAS dan menegakkan syariat ISLAM melalui Perjuangan POLITIK janganlah kecewa ataupun tergugur keyakinan untuk menentang UMNO..

    kemunculan tanpa nama berbahas hukum islam dan mengaitkan dengan kepimpinan UMNO@BN amatlah dipuji... lihat sahaja tutur katanya yang tersusun jauh sekali menaip perkatan yang mencarut ataupun yang paling lembut bangang.. tidak sesekali dia mengucapkan.. tutur kata yang cukup tersusun..

    adakah kita semua akan menyokong kerajaan PUSAT..... adakah kita mampu menyakinkan pengundi2 umno diluar sana... itu adalah tugas kita.. adakah kiter hendak mencarut2 pada tanpa nama.... JANGAN JANGAN SESEKALI WAHAI SAHABATKU PAKATAN RAKYAT KHUSUSNYA PENYOKONG PAS

    KITER TIDAK KALAH CUMA KITA BELUM MENANG.. PERJUANGAN INI ADALAH SATU KISAH YANG PANJANG.......

    ReplyDelete
  37. KEPADA TANPA NAMA....

    Saya ingin berkata sdikit perkara.. pernahkah kita ke kelantan diabawah pimpinan nik aziz... apakah suasana yang ada disana...

    1. ada kita nampak kedai magnum,sport toto berdiri megah menghiasi bandar kelantan... tidak ada kan.....

    JAWAPAN umno.... di kelantan terdapatnya kedai judi haram yang tidak mampu ditutup oleh kerajaan negeri.. orang2 kampung@melayu@penyokong umno pung tergelak2 menggelakkan PAS cakap pandailah nik aziz pun x mampu tutup.... kalau berani bukak la kedai judi tu depan2 terang2 senang kita dah cegah dan tegah.. tapi ingin sekali saya menarik perhatian anda secara terang-terangan ada tak.....ada sape2 ada bukti dah tahu ada kedai judi haram pasti buat aduan kat majlis tidak dilayan.... ada sape2 boleh bagi tahu disini.. TAPI SURAT KHABAR DAH BG TAHU KAN.. HMMM MAJLIS X BUAT KEJE KE....kena gelak lagi.... kan


    sebab tu saya kate jangan mengalah.. perjuangan kite masih panjang.....

    ReplyDelete
  38. onani 3.01... aku mmg bodoh pasal judi ni... maknanyer loteri halal... 4D haram... mcmtu ker maksud ko...???... hahahahahahaha

    ReplyDelete
  39. loteri kebajikan???? nak beli kat mane....

    ReplyDelete
  40. Raden dan sempoi...
    Bagi LOTERI KEBAJIKAN juga... Utk siapa membeli, sila rujuk juga rang undang2 enakmen yang telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan. (seperti yg saya nyatakan diatas)

    Sila rujuk juga pandangan2 ulama yg telah diambil (sila rujuk komen sy yg teratas) yg merujuk kpd padangan ulama tnetang penggunaan wang haram, itupn jika anda belum pasti garis panduan agama ISLAM.

    Sila rujuk juga akta Rumah Perjudian Terbuka 1953... jika anda belum pasti garis hak anda sebagai rakyat beragma ISLAM.

    ReplyDelete
  41. hasil loteri tu dari mana?? aku baru tau loteri halal ni...

    ReplyDelete
  42. loteri ni nak beli kat mana??... jabatan k'jaan mana yg jual loteri ni...

    loteri ni sama ngan loteri big sweep yg beli rm3... hadiah rm3 juta tu ker...

    ReplyDelete
  43. yg k'jaan kelantan haramkan tu loteri big sweep yg di uruskan oleh Pan Malaysian... cmpany tu gak ada 3D.. 3+1D... Betting kuda... pendek kata... suma judi belaka la...

    so... aku tnya onani 11.16... yg ni HALAL???

    ReplyDelete
  44. loteri kebajikan masyarakat tu ada lagi ker??... bukan ker tahun 80an loteri tu dh x de... yg ada skrg ni... loterry big sweep tu la... so... yg ni sama ker... masih halal??

    ReplyDelete
  45. Ada juga loteri yang halal ye?!!! kah kah kah.....
    Tak payah layanlah si sengal tu Raden kah kah kah...

    ReplyDelete
  46. Ya ALLah...
    Jauhi lah aku & suadara2 seagamaku dari segala bentuk kemaksiatan yang ada di atas muka bumi ini....

    Ya Allah...
    Berikan kami pemimpin yg dapat menunjuk kami ke arah jalan yg di redhoi mu...
    Jauhilah kami dari pemimpin yg menyesatkan kami di dunia dan akhirat....

    Amin ya Robbi Alamin...

    ReplyDelete
  47. tanpa nama

    yang skang nih aku tgk ramai nak cakap judi ke ape ker loteri ape benda sekalipun adalah haram...lagi company tu ada share judi walaupun sebesar zarah.... ade ker company yang involve dengan loteri kebajikan nih... pada yang sama bidang business dia x da campur langsung dengan judi lain....

    tp yang pelik en tanpa nama.. ayik suruh rujuk akta
    akta Rumah Perjudian Terbuka 1953... jika anda belum pasti garis hak anda sebagai rakyat beragma ISLAM. ... aku memang la x arif pasal akta ni nama pun akta perjudian.. kalau aku expert bab akta nih kenapa en tanpa nama...... saya akan dapat hak istimewa membeli loteri kebajikan ker.... dan bertambah istimewa kalau saya beragama islam.......

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan