Dominique Ng terpaksa bersara daripada politik selama-lamanya

Kata orang, "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". Ayat ini mungkin sesuai sekali ditujukan kepada satu-satunya calon KEADILAN yang berjaya memperolehi kerusi di Negeri Sarawak pada Pilihan raya negeri tahun 2006 yang lalu, Dominique Ng Kim Ho.

Ini berikutan janjinya atau lebih tepat beliau sudah mengumumkan kepada media sebelum ini untuk bertaruh, seandainya beliau berada di tempat tercorot di dalam pertandingan tiga penjuru Pilihan raya negeri, maka beliau akan bersara buat selama-lamanya daripada politik [Bernama]



Mungkin kerana menyangka sebelum ini para pengundi di Pandungan mengundi beliau kerana nama Dominique Ng Kim Ho, maka dengan bongkak beliau berani bertaruh sedemikian rupa. Namun keputusan pilihan raya negeri semalam membuktikan bahawa dengan membawa kekuatan nama Dominique Ng Kim Ho, beliau hanya mampu membazir masa disamping membazirkan wang pertaruhannya sahaja.

Dominique Ng hanya memperolehi 439 undi di DUN Pandungan yang dimenangi oleh calon DAP Wong King Wei dengan majoriti besar 7,884 menewaskan calon Barisan Nasional, Sim kiang Chiok.

Dominique Ng sebelum ini berang apabila tidak dipilih oleh kepimpinan KEADILAN bagi mengekalkan kerusi yang disandangnya pada 2006 menyebabkan beliau bertindak mengganggu undi dengan bertanding sebagai calon Bebas mungkin dengan niat untuk menang atau sekurang-kurangnya mensabotaj calon DAP, malangnya beliau pula yang hilang wang pertaruhan.

Nampaknya terpaksalah beliau bersara dari politik, buat selama-lamanya atau beliau akan diketawakan orang.


ReJaM© "Agak-agak apa nasib Zulkifli Nordin kalau bertanding calon bebas ye?"

11 Comments

  1. Iutlah bahana cepat merajuk,Kalau tak boleh bertanding kat perliment.Biarkan Dominique terjun dengan bunga raya nya.Bagi nordin pula siap-siaplah gadai motor PU nanti.

    ReplyDelete
  2. ZUL NORDIN BERTANDING NNTI, HANYA LEMBU, KERBAU, AYAM ITIK JER YG PANGKAH DIA BRO...

    ReplyDelete
  3. Pemimpin yang berprinsip cakap guna akal. Kalau ikut nafsu inilah jadinya.

    ReplyDelete
  4. zul nordin tu spesis apa...? lembu ka babi? tak kenai pun..tgk dari jauh mcm kambing gurun...

    ReplyDelete
  5. dia dapat duit byk didunia...semata2 untuk berlepas diri dari pemimpin yg zalim..tapi dia mendapat cemuhan dari rakyat...

    ReplyDelete
  6. sbnarnya Dominique Ng itu seorang pemimpin yang bagus dan berprinsip serta berjiwa rakyat. Cuma kesilapnnya dia merajuk dan bertaruh untuk bersara. Spanjang kempen dia tidak memburukkan PR tapi BN. Saya pk dia patut diberi ruang dalam PR kembali.

    ReplyDelete
  7. Salam saudara milo suam..

    Tak adil lah saudara kata hanya pada zulkifli nordin sahaja..berlaku adil lah..kerana allah sangat menyayangi pada insan yang berlaku adil. Dan jangan lah saudara milo suam berlaku zalim kerana hanya menyebut nama zulkifli nordin sahaja..bagaimana dengan zaharin? dan beberapa lagi yang suka menjadi katak lompat?? Hehe ..sekadar renungan sahaja..

    ReplyDelete
  8. YUP BTL3...HANYE KAMBING LEMBU DAN TENUK SAJER YG PANGKAH ZUL NANTI.....

    ReplyDelete
  9. VIDEO : Cikgu terkinja-kinja di dalam sekolah!!!

    Minah Indon hina Rasulullah S.A.W di Facebook ?

    Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

    "Mengapa saya perlu menutup aurat sedangkan itu bukan saya" ?

    Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!

    Zulkifli Nordin menang atas tiket Pr.pru13 nnt mungkin dia atas tiket Umno atau Bebas pro Umno.

    Cakap pasal pilihanraya serawak.
    Perak bila nak bubar Dun? Haritu "golongan sana" kata kalau menang di mahkamah akan bubar Dun perak.

    ReplyDelete
  10. Bersabarlah,Semua Katak2 kat Semenanjung akan bersatu bersama2 Ketua Katak dlm satu parti baru,
    pd PRU13 nanti,Barulah mereka tahu yg rakyat pilih mereka atau lambang parti yg mereka wakili dulu...Di Perak,dah senyap kes mangkok 2 ekor yg rasuah dulu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan