Keputusan tak rasmi Pilihanraya Negeri Sarawak



  1. Berita yang dipetik daripada twitter Ustaz Nasrudin Tantawi, mengesahkan bahawa PAS gagal merampas kerusi N 24 Beting Maro [Twitter Nasrudin]. Keputusan tak rasmi di N 24 Beting Maro : BN menang majoriti 436. PAS =2578 : BN 3014 : Rosak 37. Peratus Keluar mengundi 70. 15%.
  2. Pengurus Kempen PKR di Ba'Kelalan, Paul Bian mengesahkan abangnya Baru Bian yang juga seorang peguam berjaya dalam cubaan keduanya bagi menawan kerusi yang terletak bersebelahan sempadan Kalimantan di Indonesia itu.Keputusan tidak rasmi menunjukkan pengerusi PKR Sarawak itu mendahului dengan 540 undi dan masih menunggu sebuah lagi pusat undi yang belum dikira. Pusat itu hanya mempunyai sekitar 100 pengundi.
  3. Keputusan tak rasmi, PAS kalah di semua 5 kerusi yang ditandingi.
  4. Keputusan tak rasmi, BN berjaya mengekalkan kuasa di Negeri Sarawak, sumber dipetik dari twitter Free Malaysia Today [FMT].
  5. DUN batu Lintang dimenangi oleh calon PKR dengan majoriti lebih 2,400 undi [TwitterMK].
  6. Unofficial DAP menang di kerusi Kota Sentosa dengan jumlah undi 12594 dan BN 7776 Majoriti 4818 walaupun dengan kehadiran 3000 undi pos [Swk4change]
  7. Calon DAP bagi kerusi Piasau, Ling Sie Kiong, mula meraikan kemenangannya. Beliau mendahului dalam pengiraan undi, dan meninggalkan presiden SUPP, Tan Sri George Chan, yang mempertahankan kerusi tersebut.

    Sehingga ini, Ling memperolehi 5,770 undi, berbanding dengan George Chan yang mendapat 4,162 undi. Ling mendahului dengan majoriti 1,608 undi.
  8. SNAP dan PAS gagal memenangi sebarang kerusi yang ditandingi [FMT]

klik sini untuk keputusan Rasmi Pilihanraya Negeri Sarawak [Keputusan Rasmi Sarawak]

Berita lanjut menyusul... [Sila refresh untuk maklumat terkini]

6 Comments

  1. Quote"Keputusan tak rasmi, PAS kalah di semua 5 kerusi yang ditandingi.

    source: http://milosuam.blogspot.com/2011/04/keputusan-tak-rasmi-pilihanraya-negeri.html#ixzz1JgPLlsRm"unquote

    Ini akibat bila TGHH memeluk Najib.,

    TGHH tidak mau belajar dari Sejarah.,

    Bila dia memelok Lim Kit Siang,

    Terangganu(PAS) terbang ke BN.

    ReplyDelete
  2. xpe rr..skurangnye TGNA x sanjung pemusnah Islam Kemal attartuk..

    ReplyDelete
  3. takde kena mengena peluk memeluk lah. Semuanya bergantung pada empunya badan. Terpulang hendak pangkah PR atau BN. Perlu sangat ke tengok drama-drama politik untuk menyedapkan hati memangkah?

    ReplyDelete
  4. agenda PAS belum lagi dapat diterima di sarawak, mungkin sedikit masa lagi, insyaalah

    ReplyDelete
  5. Apa sudah jadi bro PKR cuma mampu menang 3 kerusi aje, nampak sangat rakyat menolak PKR secara terang2an, DAP menang banyak kerusi pun sebab kawasan majoriti cina, diorang ni menang sebab semangat perkauman mereka ni kuat, tula korang tak nak langsung berjuang untuk bangsa sendiri, follow aje DAP tu, tengok la apa yang dah jadi, PAS lagi sedih kalah terus 1 pun tak menang, rakyat masih sayangkan BN, hidup BN!!!!

    ReplyDelete
  6. Betul kata Sokong BN. Parti lain dah tak relevan kat Sarawak dan termasuklah PKR. PKR paling byk kerusi yg dipertandingkan iaitu 48 kerusi tp menang 3, PBB 38 dan menang 38, DAP 15 menang 13. Rasanya 5 tahun lagi PR mintaklah DAP je jadi wakil dan tanding semua kerusi. PKR cakap bukan main tinggi. Nak jadi ketua konon. Naik bendera PKRje dah cakap semua org Sarawak dah sokong PKR. Jgn samakan masalah kat semanajung sama dgn sarawak. Org srawak x heran dgn anwar tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan