Berita baik! Tarif Elektrik akan dinaikkan isnin ini

BARU tak sampai sejam ReJaM© tulis pasal kenyataan menteri bahawa kenaikkan tarif elektrik tak dapat dielakkan, dah keluar berita pulak pasal Kenaikkan tarif elektrik sudah diluluskan [mStar].

Majlis Ekonomi Negara (NEC) pada Jumaat meluluskan kenaikkan tarif elektrik yang butirannya hanya akan diumumkan Isnin ini. Kenaikkan tarif elektrik sudah diluluskan, dan akan diumumkan isnin ini, maka dalam bahasa mudahnya, hari Isnin ini harga elektrik naiklah.


Kata orang, kata-kata itu satu doa. Mungkin rakyat selalu sangat sebut Barisan Nasional sebagai Barang Naik, maka kerajaan Barisan Nasional pun terus menggila menaikkan harga barang. Semua benda dia nak naikkan harga, rasanya inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia, harga barang-barang naik tak sudah-sudah tapi hari-hari dok canang slogan "Rakyat Didahulukan".

Kalau kita tengok Tenaga Nasional Berhad, TNB tanpa gagal setiap tahun mengumumkan keuntungan berbilion ringgit hasil menjual elektrik kepada rakyat Malaysia. Tak pernah dengar TNB rugi ke, tak bayar sewa bangunan ke, pekerja tak dapat gaji ke semua yang baik-baik je kita dengar.

Kalau dah untung setiap tahun berbilion ringgit tak pernah kurang, yang diorang dok naikkan lagi harga elektrik pasal apa? Sengaja nak susahkan rakyat? Kalau minyak kerajaan bagi alasan harga minyak dunia naik maka harga minyak kena naik.

Mungkin harga elektrik dunia pun meningkat naik sebab tu kena naikkan harga elektrik. Almaklumlah makcik-makcik dan pakcik-pakcik tua kat kampung pedalaman nun tak paham ekonomi dunia. Apa kerajaan cakap semua dia angguk.

Kepada penyokong gerombolan songkok tinggi tak mengapalah, mereka ada kad diskaun ahli United Malays No Otak, UMNO. Bila nak bayar bil elektrik tunjuk je kad diskaun ahli UMNO dapatlah diskaun harga elektrik.

ReJaM© "Semua orang simpan lektrik banyak-banyak isnin letrik dah naik harga kah kah kah"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan